Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 2, 2011

Kem BTN Ulu Sepri & Mengandung.

Lama sungguh blog ni tak ade update. Macam tak biaseeee. =p
*
Hari ni hari isnin yang paling best sebab isnin yang cuti, makanya tak payah gi keje. Last week pun keje 2 hari je sebab hari rabu sampai sabtu kena gi kem BTN. Program Transformasi Birokrat Jabatan Peguam Negara, Bahagian Pendakwaan. Gitu namanye. Buat di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan.
*
Seperti namanye, Ulu Sepri adalah tempat yang sangat jauh di mata. Exit Pedas Linggi kalau dari arah utara PLUS highway, lepas tu pandai2 lah ikut sign board. Memang saujana mata memandang, hijauuuu je. Tapi dalam hati mesti rasa "aik, bila nak sampai niiii..". Aku gi drive seorang diri. Kata tak gentar jadi isteri pelaut kannn. Hehe. Lagi senang drive sendiri dari naik bas yang disediakan. Bertolak pun ikut time sendiri, janji sampai on time kan? Pastu segala mak nenek barang boleh sumbat dalam kereta sendiri.
*
Program 4 hari. Okay okay aje. Memang relax, walaupun nama kursus BTN tapi memang relax. Sebabnya, aku kan ngandung. Hehe. Best tuu kalau gi kem BTN time pregnant. Mula-mula minta exemption, tapi tak dibenarkan. Asalnya aku patut di kem kat Balik Pulau, Penang tapi Dato' ketua bahagian bermurah hati tukarkan aku ke Ulu Sepri, lagi dekat katanye. Ape pun uolss, ini kesimpulan yang aku dapat : KALAU KENA PERGI KEM BTN TIME PREGNANT, SILA LAH PERGI TANPA SUSAH HATI. ^___^
*
Sebabnya,
1) Tak payah buat senaman time riadah or berkawad. Tapi boleh jalan-jalan amik angin main anak sungai sambil gelakkan member2 muka masam gila yang kena berkawad bersenam.
*
2) Tak payah bangun pukul 3.30 pagi untuk program burung hantu tapi boleh tidur dengan nyenyak sampai pukul 6.30 pagi.
*
3) Tak payah jalan kaki jauh gila untuk join aktiviti kat camp site untuk masak-masak bersama kumpulan masing-masing time breakfast lepas aktiviti burung hantu tapi cuma naik land rover atau kereta untuk breakfast. (makanan dah siap dimasak, tinggal makan je, hehe)
*
4) Tak payah berdiri lama-lama atau duduk atas lantai dalam dewan lama-lama bila ada aktiviti nyanyi-nyanyi lapan belas lagu patriotik atau aktiviti kereta api la, ape la, tapi boleh duduk atas kerusi empuk kat belakang dewan sambil, *lagi sekali*, gelakkan member2 yang macam budak2 kena ikut aktiviti. Ihiks.
*
5) Dapat dorm yang paling dekatttt dengan semua benda. Dalam dorm pulak tak payah bersesak-sesak dengan 20 orang, tapi 10 orang je sebab semua guna katil bawah, so katil atas kosong. Dorm juga dikenali sebagai 'wad bersalin', semua yang mengandung je. Tak kisah la nak panggil apa pun, janji selesa ye dok.
*
6) Tak payah masuk hutan untuk aktiviti hari last (sabtu) tapi boleh mandi manda kat air terjun & anak sungai yang sangatlah sejuk sambil makan roti gardenia vanila, jagung & coklat, selepas breakfast maggi kari, sandwic sardin & sandwic telur yang group sendiri sediakan time aku masih lagi tidur. Kiranya hari sabtu hari tu aku pergi berkelah di Ulu Sepri. Hehehe..
*
*
Seronok kan aku gi BTN? Hehe.. Memang tak menyesal, sebabnya, betul la cakap mak aku, baik pergi sekarang dari kena ganti lepas bersalin nanti. Nak kena tinggal anak lagi, nak kena buat segala macam aktiviti lagi. Walaupun aktiviti berkumpulan (LDK) adalah sangat predictable & cliche, tapi aku memang tak amik port sangat pun. Takde la bersungguh-sungguh berbincang bagai, aku cuma iya kan aje apa orang cakap. Seronok lak tengok yang semangat-semangat ni bertekak dengan fasi bagai.
*
Walau apa pun, memang banyak benda baru yang aku belajar kat Kem BTN ni. Aku rasa aku boleh dapat ilmu sebab aku tak penat macam member2 lain kot, sebab tak payah buat aktiviti fizikal. Makan pun sodap sebab ada peruntukan tambahan, time kasih Tan Sri Peguam Negara. *bodekss ni*.
*
Kalau korang kena gi kem BTN kat Ulu Sepri ni, nasihat aku, kalau yang pakai line selain celcom tu, sila lah beli sim pack celcom siap-siap sebab yang ada coverage cumalah celcom, sebab CEO celcom pernah datang kem kat sini pastu bila dia tau xde lline, terus dia pacakkan tiang antenna celcom. Nanti kot2 CEO maxis or digi datang kem BTN, diorang buatlah benda yang sama kotttt. Setakat ni, hanya CEO celcom je yang kena datang BTN. Hehe..
*
*
Ok itu je, ingat pesan aku tu, kalau time ngandung kena gi BTN, gi jeghssss!

1 comment:

madam kheyr hameed said...

aku nak tag entri ni kat aishah. hahahahah...