Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 3, 2011

Govt.Hospital vs Private Hospital

Tajuk kontroversi ni. Eheh. Ini adalah pandangan peribadi aku semata-mata. Ceh, kalau peribadi apsal nak blog kan puloks? Sebabbbb, aku nak betulkan persepsi beberapa jenis manusia yang suka nak condemn plus mengutuk bab-bab hospital ni, esp kalau dikaitkan dengan warga mak buyong. Pedih telinga ni weh. Series.
*
Ada dua persepsi biasanya. General perception bak kata orang putih.
Yang pertama "kalau ko check up kat private hospital, ko kaya & nak menunjuk."
Yang kedua "kalau ko check up kat hospital kerajaan, ko takde duit, nak yang free & hospital private mahal je lebih, tapi tak sebagus kerajaan."
*
*
Hah, jangan nak nafikan pulak ye pada yang terasa tu. Ekeke. Tapi betul la kannn, norma masyarakat kita sekrang ni memang over sensitive pasal benda-benda macam ni. Aku pun tak faham kenapa nak kena ada double standard macam ni, sampaikan bab orang gi check up kat mana pun nak jadi isu. Tapi ye lah kan, kita ni memang kuat sentap, isu nasi lemak yang tak berdosa tu pun jadi isu global, ape ntah lagi isu cek perut bila dah pregnant ni. Ihiks.
*
Hospital kerajaan atau hospital swasta, sama saje sebenarnya. Okay, memang lah ada yang lain, tapi pokok pangkalnya terpulang kat individu tu sendiri. Tak baik tau kalau dok mengata sana sini. Aku nak cerita pengalaman aku sendiri ni. Ada yang bertanya, kenapa aku check up kat private hospital. Okay fine lah kan, orang tanya, aku pun jawab seikhlas hati. Tapi yang tak menahan tu, lepas aku jawab, ade puloks ulasan lanjut, macam dlm FB lak nak berkomen-komen jawapan aku. Antara komen yang aku paling tak bleh blah :
*
1) kenapa nak membazir, hospital kerajaan dah la free, ubatnya same je, beranak jugak ko nanti.
*
2) laaa..kate keje gomen, apsal gi sokong hospital swasta?
*
*
Choyyy, tak ke panas? Tapi takpe, kita senyum je lah kan. Buat apa nak rendahkan mentaliti kita untuk bertekak isu yang tak dapat duit pun kalau ko menang, dapat piala pun tak. Ni jawapan aku :
*
1) Ramai yang tak tau bahawasanya, mereka-mereka yang check up di hospital swasta adalah tidak mengeluarkan duit pun. Contohnya aku lah, laki aku keje swasta,yang baca blog aku, sah2 la tau laki aku keje dgn MISC. MISC bagi insurance, coverage pulak extend kepada isteri & anak-anak. Maknanya, bila aku pregnant ni, aku check up lah kat mana-mana pun, insurance bayor. Dah ada kemudahan macam tu, kenapa aku nak lepaskan? Tak ke bodoh kalau lepaskan peluang keemasan macam tu? kannn?
*
2) Aku dok kat subang jaya. Sape bleh bagitau aku kat subang jaya iaitu di USJ tempat aku tinggal kat mana ada klinik kesihatan kerajaan / hospital kerajaan? Ha fikir...... jawapannya, nan ado. Memang takde ye. So alternatif terdekat adalah di PJ atau di shah alam. Memandangkan HQ aku di shah alam dan kerja di Klang, maka shah alam lah pilihan aku. One way gitew. Kenapa tak check up di Hospital besar Klang? Sebab jalan ke hospital klang adalah selepas jalan nak ke court. Ahaha. Aku ni kan malas nak drive jauh2, so aku pilih shah alam. Senang cite.
*
3) Kenapa tak check up di klinik kesihatan seksyen 7? Tuan-tuan & puan-puan, aku pernah ke sana untuk tanya pasal hal-hal check up orang ngandung ni, bukan aku tak pernah tanya. Tapi aku dinasihatkan untuk ke hospital sebab kata pegawai di sana, mereka dah overflow, ramaiiii sangat orang. So, aku cuma mendengar nasihat, dan hospital yang paling dekat adalah hospital klang dan aku tak gi sana atas sebab pemalas yang dinyatakan di atas.
*
4) Lepas aku dah exhaust sume pilihan yang aku ada berhubung hospital kerajaan, barulah aku & laki aku gi buat kad ING kat office die. Nampak takkk? Lepas dah tanya pasal hospital kerajaan baru kitorang decide untuk buat check up di private hospital, i.e. di DEMC, shah alam. Baruuu terhegeh-hegeh nak buat kad ING. Makanya memang takde isu double standard atau pilih kasih di sini.
*
5) Tak semestinya kalau ko keje gomen, ko wajib check up kat gomen. Ishhh, aku pelik betul lah ideologi korang yang cakap mcm ni. Ape laaa yang korang makan ekk? Mak aku tu pesara kerajaan, cikgu ye uolss, tapi adik beradik aku semua lahir kat hospital swasta. Takde pulak mak aku kena tahan gaji sebab tak beranak kat hospital kerajaan. *____*
*
*
Pastu ramai yang cakap kalau bersalin kat hospital kerajaan, check up die very thorough, lepas bersalin nanti ada nurse datang check anak & ibu, ibu & anak, lepas tu memang detail semuanya dari awal mengandung hinggalah bersalin. Well, memang betul lah kan. Takde sape pun nafikan benda ni. Tapi tak bermaksud private hospital tu cincai & tak thorough. Kat private hospital pun same je, takkan laaaa depa nak buat lebih kurang, kang kena saman tak pasal2. Zaman sekarang ni jgn main2 koo, silap saiz jarum pun orang saman tawww.
*
Tapi, kita pun tak boleh nak nafikan yang kalau check up di private hospital, keadaan adalah condusive, esp dari segi masa. Pengalaman aku selama ni kat DEMC, kalau appointment pukul 9 pagi, pukul 9 pagi lah ko masuk jumpa doktor. Paling lama pun, 9.15 dah masuk. Tapi macam aku cakap awal-awal tadi, semuanya terpulang kepada diri masing-masing. Kalau rasa tak kesah tunggu sekejap, apa salahnya kan? Tapi yang gi check up kat private hospital pulak, jgn la ko nak mengutuk yang kalau kat hospital kerajaan tu kene tunggu sampai 4,5 jam. Over taww statement.
*
Pasal hal-hal doktor & nurse pulak, jgn lah benda-benda mcm ni nak dijadikan isu. Bagi aku kelayakan doktor adalah exemplary. Memang hebat, ingat senang ke nak jadi doktor ni. Kalau kat private rata-ratanya adalah doktor pakar, tapi yang check up kat private tu jgn nak berlagak pulak, sebab kalau ada apa-apa complication (mintak jauhhh la kannn) banyak kes akan di refer ke hospital kerajaan. Pastu yang check up kat hospital kerajaan tu pulak jgn la nak mengutuk doktor-doktor kat hospital private ni puloks, sama je mana-mana pun.
*
Kalau ada yang kena dengan mana-mana doktor yang tak mencapai standard korang, itu semua kes terpencil. Korang kena ingat, diorang ni bukan jaga kaunter pertanyaan 9 to 5, diorang ni nak bagi nasihat & pandangan pasal nyawa orang. Kalau yang gynae tu pulak, dua nyawa sekaligus, ko dgn anak ko. Kalau kembor? Dah banyak nyawa dah. Tahap stress diorang ni adalah tinggi, dan mereka pun manusia biasa jugak, kalau termarah ter ape ke, jgn lah amik hati sangat, put yourself in their shoes, mau tak muat. Pening wooo. Dan aku percaya doktor-doktor ni sehabis daya nak layan setiap patient dgn ramah & professional. Jadi jangan nak beza-bezakan doktor di hospital kerajaan & swasta, sebaliknya, cuba fahami keadaan diorang.
*
*
Senang cerita, ikut lah keselesaan masing-masing. Ikut kemampuan masing-masing. Bukan dari segi kewangan semata. Cuba luaskan sikit minda fikiran tu, asal check up kat kerajaan je, ko cakap orang tu miskin, kalau check up kat swasta, ko cakap orang tu berlagak. Dah-dah la fikir macam tu, apa yg korang dapat pun kan? Kita kan pengguna, kita ada hak. Kalau tak puas hati, tukar hospital, pi check up kat tempat lain. 9 bulan mengandung, pegilah 9 hospital kalau ko tak puas hati sangat. Yang penatnya bukan aku, ehehe. Masing-masing tau apa yang baik untuk diri sendiri & untuk anak.
*
Yang penting, kita sesama Islam ni doakanlah yang terbaik buat setiap saudara kita. Yang dalam kandungan tu adalah penyambung umat Muhammad s.a.w, kat mana pun bayi tu dilahirkan bukanlah satu kepentingan yang utama, yang paling penting bagaimana kita nak corakkan bayi tu, untuk jadi umat yang berguna. Ha, kan aku dah tazkirah. Padan muka. Ehehe. Ok bye.
*
*
Wallahualam...

6 comments:

AizaZiha said...

slm perkenalan..nk tnya ing cover ke utk pgnant..kalo cover nk la sy pakai..huhu..slama ni sy pkai cash je stiap kali checkup..nt bersalin pn ING cover gak ker??sy xtau pn..huhu..

Momma Qiestina said...

terbaaaaaaaaaaaaaiklaa entri kamu nie..

:)

iliokee.! lapanblas juta kali.hehe.eh eh mana butang like takde ni? LOL.

kak yat even companyku dulu tak cover g private ttp vote dokter fatimah kesygnku kat annur itu.hehe.

w|cKa` said...

nnt pas besalin soh husband pegi register kat klinik kesihatan terdekat.. walopon kita besalin kat priate, still misi gomen akan dtg cek ibu & baby.. tu kewajipan diorg.. kalo xnak pon xpe.. bukan kena bayar pon..

btw, i pon keja gomen.. tp besalin kat private jugak.. i cek up kat gomen & private.. n i can see the differences..

Anonymous said...

ING cover ehh ntok maternity..penah g kt private die kate x cover..kene bayo x masal..kalo cover baik gune je kan..-aqila-

eeroslan said...

aizaziha & aqila,
Salam.. ING cover utk antenatal check up kt private hosp.. Tpi prosedur die renyah la sikit.. Kene gi panel klinik ING dulu, mtk reference letter, fax ke ING utk dapatkn guarantee letter dri ING utk guna di private hosp.. takpun call je manning dept misc, bhgian insurance, tau la depa nk jwab soalan kite.. Utk bsalin x cover rasenye, utk check up shja.. :)
*
Kak yat,
Ehehe...tenkiu.. Harussss... Slalu fikir yg tbaik utk anak kan? Nti qies jdi doctor eh kat annur, bleh aunty elya dpt free..ehehe..
*
Wicka,
Owh ye, thnk u for the info... Insyallah akan dipanjangkn kpd sang suami.

fatinhanum said...

ada peluang keemasan, grab je..tak rugi.cayalah!!!!!!!!!