Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 6, 2012

Edisi Merapu

Assalamualaikum. Hai uols.

Mak sekarang kat tempat kerja baru. Ini baru nak cerita. Aku kan dah berhenti kerja gomen bulan 4 hari tu. Berhenti sebab kontrak tak sambung, nak buat rayuan bagai & buat permohonan itu ini aku malasss. Dah tu pulak rasa nak dok rumah sementara nak cari kerja baru, nak berubah angin, bosan jugak sebenarnya dok naik turun court je hari-hari, seronok memang seronok, jumpa orang macam-macam peel tapi demi kemajuan diri sendiri ecewah aku pun biarkan diri dibawa angin. 

Seronok kerja kat mahkamah klang, orangnya semua baik2, dari Hakim sampai ke akak kantin, semua macam family, atok-atok polis pun baik-baik, memang macam atok, ayah & abang sendiri je. Yang perempuan memang boleh bergosip sampai hal dalam kain pun no hal hahaha. DPP yang seangkatan pun weng semuanya, kaki shopping, kaki ngulor eh tak lah, semua baik hati ajar aku macam-macam, dari hal kerja sampailah hal-hal luar dari kerja, thank you korang semua muah muah.

Lepas setengah bulan dok rumah, aku dapat beberapa call untuk interview lepas aku update resume kat jobstreet sambil apply sikit-sikit kot la ada rezeki kan, insyallah. Awal bulan Mei aku masuk kerja kat MISC Integrated Logistics, anak syarikat MISC tempat suamiku menghantar NOR eh company laki aku kerja lah kan. Yang empunya berpuluh kapal itew. Tapi aku kerja 2 hari je hahaha. Sebabnya third day tuh aku demam melampau, batuk melampau, menggigil gigil, rupanya kena thyroid so mana boleh nak MC bagai kan, aku pulak tetiba rasa malas nak kerja so aku hantar email tender resignation. Hahaha ko ade buat macam aku? :p

Okay nothing to be proud of pun sebenarnya sebab walaupun masih dalam legal services tapi bidang kerja jauh berbeza dengan apa yang aku buat kat mahkamah, aku cukup berminat nak belajar benda baru. Tapi takpelah, mungkin bukan rezeki aku time tu so aku redha je, sakit mati semua kan kat tangan Allah, kita tak boleh nak duga :)

Maka lepas tu bermulalah episod aku jadi housewife. Ya Allah, seronoknya memang aku bahagia sangat! Maybe kalau tak ada anak agak keboringan, dah pulak tuh laki takdop tapi dengan adanya riyadh memang tak menang tangan, happy amat aku dok bergolek dengan riyadh, main dengan dia, jadi pekdahnya bila aku naik kerja ni memang mengongoi je lah budak tuh cari aku. Nasib baik papa dia cuti lagi nih, ada jugak orang nak melayan. Tu pun by lunch time razmin akan hantar dia pergi babysitter jugak sebab nak tak nak kena train dia dok dengan pengasuh dia sebab nanti bila razmin naik kapal memang dia kena keluar rumah dengan aku pagi2 hari.

Sehari sebelum aku start kerja kitorang dah hantar dia. Naik je tangga nak pergi umah acik siti dia dah tarik-tarik baju razmin sambil mengalir air mata. Aku tunggu dalam kereta je kat bawah sebabnya kalau tak dia menangis air mata darah kot hehe. Pastu bila acik siti dia amik dia, hamik ko sampai ke bawah aku dengar dia meraung tapi kejap je, pastu diam dah. Mesti kena umpan dengan upin ipin leteww. Drama taw. Pastu laki aku cakap semalam nangis bila acik siti bukak pintu, masuk rumah nampak fadila tengah main bola terus diam, nak join main leteww. Drama lagi di situ. Hari ni tak tahu lagi sebab laki aku tak hantar lagi, tengah enak bergolek dengan riyadh katanye. Cait.

Eh lupa lak, aku kerja kat sini sebabnya sebelum puasa tuh depa call aku offer aku join balik kat MISC nih sebab senior exec nak resign so ada vacancy. Rezeki ramadhan :) depa cakap depa malas nak interview orang baru so terus call aku kot aku nak join. Alhamdulillah, aku pun dah lama sangat dok rumah, asyik berjalan ke kejenya, apa kata aku start rajinkan diri bangun pagi2 hehe. And so here i am.

Okay apa sebenarnya ekk aku nak cerita nih. Nampak sangat bosan takde kerja. Biasala baru 2 hari masuk, komputer aku pun tak pasang lagi. Ni pun gigih bawak notebook dari rumah sebab wifi lajuuuu, department legal sebelah ICT uolss, maunya tak laju eheh. Oh kat sini ada 3 legal exec termasuk aku tapi pasni tinggal 2 sebab senior exec nak resign dah. Semua pun perempuan, pastu clerk sorang. Semua pun boleh masuk kepala. Semalam first day kan aku dah sakit perut ketawa dengar diorang nih bercerita hehe. 

Office kat port klang, kat depan westports. Sejam maximum dari rumah. Dari rumah baru 20 menet! Itulah antara sebabnya aku rasa memang rezeki aku kat sini. Mungkin sekarang agak kejauhan dari rumah, pukul 7 last keluar rumah untuk hantar riyadh and gerak pergi port klang tapi by the time dah pindah rumah baru bila dapat kunci nanti insyallah akan mudah segalanya, amin.. Semoga Allah mewahkan rezeki kami sekeluarga.

Bagi yang berkawan dengan aku di FB, kot la korang perasan aku gigih upload gambar makanan dalam bento set (bento lah sangatss). Aku gigih uols masak untuk razmin & riyadh bila balik kerja. Masak untuk lunch diorang esoknya. Gigih kan aku? Haha ala laki balik 6 bulan sekali uols. 

Selama dia cuti ni hampir hari-hari masak untuk dia, bila naik kerja ni aku tetap nak masakkan untuk razmin walaupun hanya lunch sebab aku tau dia takkan keluar2 beli makanan kalau takde nasi kat rumah, dia makan buah2 cegitu je. Memanglah dia tak mintak aku masakkan tapi ntahlah, maybe sebab dia jarang ada kat rumah so aku masakkan je lah, biar simple mana pun kan, senang hati aku. Untuk riyadh memang aku masak hari-hari so ni masak untuk razmin sekali, menu diorang lebih kurang sama je lah cumanya untuk riyadh takde garam bagai. Oh aku pun bawak bento sekali jugak ke ofis :)) Colleague aku pun jenis bawak bekal & mengepam susu so yeay ada geng!

Bento untuk hari first aku kerja, 5/9/2012. Dua bekas atas tu untuk riyadh. Dragon fruit untuk snack, nasi lauk sup labu air & ayam goreng kunyit. Dua bekas yang bawah untuk bapak riyadh, nasi lauk kupang becili & ayam goreng kunyit.

Bento untuk hari ni 6/9/2012. Untuk riyadh snack dragon fruit and nasi lauk telur dadar & salmon in white cheese sauce. Bento untuk razmin, nasi lauk labu air masak sup pedas, telur bistik versi derhaka hehe & lamb patty.

Esok bento akan ku bekalkan spagetti bolognaise ayam. Sebabnya esok ada jamuan hari raya untuk department legal yang cinonet nih hehe so aku ditugaskan untuk masak spagetti dan aku telah delegate tugas itu kepada adik aku si DD untuk masak sebab dia cakap dia masak spageti sedap so kita tunggu sedap macam mana tuh. :D Riyadh dah boleh makan spagetti so balik rumah petang ni aku cuma masakkan kuah untuk riyadh jah, oh senang keje mak!

Ok bye, masa untuk buat-buat busy.

1 comment:

Harimau Belukar said...

Alhamdulillah, kenyang Harimau 2 hari ni. Rezeki anak. Aummmm!