Eceh tajuk kemain lagi. Kuntum sangats. Haha ini namanya tajuk spontan, sebab tengah dengar lagu sepi seorang perindu kat ofis ni, ha kena sangatlah dengan hati mak di pagi selasa yang sendu ni.
Suami tercinta dah selamat sign on kapal seri alam hari khamis lepas, dah selamat sampai taiwan pun semalam, sabtu ni sampai Bintulu dah. Cepat je masa berlalu kan? Harapnya cepat jugaklah 6 bulan berlalu, amin.
Riyadh okay je, mak dia yang hover demam selsema tak kebah-kebah lagi sampai hari ni. Bila papa dia sign on terus tukar mode. Manja mak aih dengan aku. Tapi at the same time behave pada waktu-waktu yang memerlukan dia sorang-sorang or tanpa aku di sisi ecewah. Ye lah kan, sebelum ni time papa dia ada mane boleh dok sorang-sorang, drama king uols, meleleh air mata.
Ni kalau aku mandi, solat, pergi dapur etc pandai pulak dia main sorang-sorang. Pastu pagi ni first time hantar dia pergi rumah kak siti awal pagi lepas 6 bulan tak hantar dia awal-awal, okay puloks, siap bye bye, siap sembang dengan fadila anak kak siti, kalau tak, aku hantar 3 jam je meraung toksah cite. Anak anak.
Alhamdulillah, dalam kerinduan kesedihan tu ada nikmat yang Allah bagi kan? He works in mysterious ways :)
Dan alhamdulillah riyadh pun dah masuk 1 tahun 1 bulan. Makin banyak akalnya sekarang ni. Semalam dah menapak 2 langkah, ha ye riyadh tak boleh jalan betul2 lagi, asyikla suruh orang dukung huehue, panjat tangga dari bawah sampai atas dah expert dah, siap boleh berhenti rehat kat tengah-tengah tangga, konsep R&R gitu. ihiks. Turun naik katil dah jadi hobi sebelum tido. Macam semalam aku dah tak larat nak tunggu dia turun naik katil berulang kali aku tertidur, tau2 dia dah tidur sebelah aku. Bagus, pandai pulak penat ye yadh, ingatkan tak penat-penat hehe.
Makin pandai faham arahan, lepas minum susu tau dah cari penutup botol susu, tutup botol pastu bagi kat aku, kalau nak minum fresh milk tau dah amik sippy cup bagi kat aku sambil bagi arahan dalam bahasa German dia. Kalau nak makan tau dah ajak aku pergi dapur pastu tunjuk nak makan apa, biasanya roti roti roti roti roti. Kalau aku mintak apa-apa barang yang dia faham, dia amik pastu pass kat aku contohnya milk (botol susu), mumble (buku), amik hello (handphone). Kalau nampak aku bawak makanan dia terus ala2 tadah tangan nak baca doa tapi aku baru bismillah dia dah amin. Hehe. Seronok rasanya tengok dia faham dan boleh respond walaupun baru masuk setahun, alhamdulillah.
Buat abang, walaupun abang sedih tak dapat tekngok perkembangan riyadh tapi abang jangan risau ye, abang balik nanti riyadh dah boleh berlari insyallah so sila lah take over hehehehe.
Ok bye uolss. Nak lunch. Oh lunch hari ni bento konsep nasi putih panas-panas & ikan sardin berapi. Zasss memang sedappp kan? Riyadh pulak lunch fish pancake konsepnya hari ni. Sebabnya tak nak makan nasi pulok. Rebus sweet potato, labu, broccoli, carrot & pear, bila empuk masukkan isi ikan (dory or salmon) pastu bila ikan dah masak, buang air rebusan tu, lenyek2, biarkan sejuk, pastu campur telur sebiji, pan fry. Siap uolss, senang dan paling penting a very super packed lunch, macam-macam ado!
No picture today, i is the very malas.


1 comment:
Kak Elya,
Jangan sedih-sedih ye kak. Semoga cepat sembuh. Kelas akak, bagi arahan dalam bahasa German gitu. HEHEHE~
Post a Comment