Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 11, 2012

Tuhan jagakan dia..


Panggilan itu telah diterima. Kali ini bersama cik Seri Alam. Sign on khamis ni, 13 September. Alhamdulillah, masih route Bintulu-Jepun, insyallah akan ke sana 2-3 bulan sekali untuk bertemu suamiku, paling penting untuk si anak bertemu papanya.

Cuti razmin belum habis lagi tapi ini dah kali kedua office call untuk minta sign on lepas hantar NOR, takpelah, dah rezeki kan, kesian kat family yang menunggu kepulangan orang yang tersayang, kita gembirakan hati mereka, insyallah Allah gembirakan hati kita pula. :)

Tapi kali ini air mata menitik bila razmin telefon bagitahu tadi. Tak tahu kenapa. Semoga hati ini terus kuat. Biarlah rapuh diperli, rapuh berseorangan, asalkan hati ini kuat buat suami dan anakku. 
Hanya yang mengalami akan memahami.



Ya Allah, kuatkanlah hatiku untuk menempuh 6 bulan yang mendatang. 
Kuatkanlah hati suamiku untuk berjauhan dengan kami berdua.

Ya Allah, lindungilah perjalanan suamiku dalam mencari rezeki yang diredhaiMu buat keluarga kami.
Selamatkanlah pelayarannya, lindungilah suamiku dan anak kapal Seri Alam dalam rahmatMu Ya Allah.

Ya Allah, kepadaMu aku berserah dan kepadaMu jualah aku mengadu..
Amin ya rabbal alamin...

2 comments:

Ainul Hayat said...

Kak Elya,
Semoga sentiasa sabar dan tabah ye. Saya pun tunggu masa je untuk husband on balik.

eeroslan said...

Ainul,
insyallah, amin.. memang sabar tu dah sinonim sgt dgn kita kan? :)