Yeah laki mak dah nak naik kapal. Sabtu ni, 31 Ogos. Selepas 4 bulan setengah cuti uols. Lama sungguh cuti kali ni. 3 bulan cuti + sebulan lebih pergi Pasir Gudang buat kerja-kerja sleeving.
Alhamdulillah kali ni pun dapat naik kapal dekat, route Bintulu-Jepun. Naik Seri Ayu kali ni. Suka lah dia. Hari tu naik Seri Alam. Mak pun suka, dapat bawak Riyadh pergi Bintulu jumpa papa. Syukur syukur.
Perkembangan terbaru? Selain mengembang (read : gemuk), Riyadh dah 2 tahun dah 15 Ogos lepas, alhamdulillah. Makin banyak mulut dia. Tokwan dia cakap dia mulut lembik hahaha. Layankan aje. Ni dah psiko2 dia bagitau papa nak kena pergi work lagi 3 hari, dia jawab "okay". ha baru mak nak lega, boleh pulak dia sambung "nak ikot pa" alamak. mampuih.
Riyadh ni boleh tahan jugak firm dia (read : degil). Kalau hitam, hitamlah. Aku pulak terima nasihat mak aku, "jangan rasuah" dia, tapi explain. Nanti dia faham. Takpelah mak, bab ayah anak ni Y akan guna taktik berjanji belikan apa2. Tak sanggup den.
Pastu apa lagi ek. Oh kakak ipar aku dah pregnant 2 bulan yeay! Alhamdulillah. Tak lama lagi dapat anak sedara pertama buat aku, cucu kedua mak abah & cousin pertama Riyadh. Ya ampun Riyadh sekarang ni sejak-sejak Tasha pregnant manja bukan main dengan Tasha. Manja tahap nak kena lempang hahaha. Bila dengan Tasha bukan main lentok dia, suara pun halusssss je takdelaa nak memetir macam cakap dengan aku. Nak minum susu pun beriba uols. Pastu asyik la nak berdukung dengan Mama Cha dia. Sekejap2 bagi telefon kat aku suruh call "ma, ma shaaaaaa". Gedik. Baby girl la kot ekk Tasha ngandung ek ek ek. Bestnyaaaa!
Oh pastu hari ni & esok & Jumaat aku cuti. Dah lama dah pun amik cuti Rabu & Khamis, sebab tau dah Jumaat mesti MISC bagi cuti sebab Sabtu kan Hari Merdeka, so Jumaat replacement leave. Elok je amik cuti, rupanya laki nak kena naik kapal Sabtu ni, alhamdulillah. Dapatlah spend masa dengan dia lama sikit. Sesungguhnya Allah sememangnya sebaik-baik Perancang.
Speaking of MISC, alhamdulillah minggu depan dah setahun aku kerja dengan MISC sejak-sejak meninggalkan gomen. Alhamdulillah aku happy sebab banyak sangat belajar benda baru, especially sekarang ni, sebab bos baru aku sangat hebat & sangat baik berkongsi ilmu. Sumpah dia sangat sabar mengajar aku teknik vetting agreement dan dia tak segan silu mintak aku ajar dia pasal hal2 mahkamah and prosedur. Tak macam bos lama yg pendek kata, tak tahu vetting dan telah ajar aku macam2 benda yg salah dalam vetting. Tutup buku, I dont need you. If you are reading this, yes, I mean it.
Okay itu je. Laki mak ajak breakfast roti canai cicah kari kambing uolsss. Gemoknya. Ahh pedulikkk.


1 comment:
Semoga dipermudah segalanya. Amin...
Post a Comment