Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 29, 2013

Raya! 2013

Oh ya, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada yang membaca blog ini iaitu laki aku hehehe. 

Raya tahun ini lain dari yang lain. Lain sebab raya kat Taiping, rumah mertuaku - for the first time :) Raya ni kali ketiga as husband and wife, as a parent pun kali ketiga jugak. 

Kali pertama raya kat USJ, tapi tak consider raya sebab iols baru 15 hari bersalin, pakai kain batik lagi mak. Raya kedua kami anak beranak semua raya kat kampung mak ayah aku kat Dungun Terengganu, sebabnya- kononnya itu last dapat kumpul complete satu family sebab DD cakap dia dah tak boleh balik raya dah lepas tu, which ntah kenapa kitorang percaya sebab tahun ni dia balik jugak. ceh. 

Tapi ada hikmahnya balik Dungun tahun lepas. Sebab tak berapa lama lepas tu, nenek aku meninggal. Itulah raya terakhir bersama nenek aku, yang aku rapat sangat, yang jaga aku time aku sekolah MRSM kat Dungun dari tahun 1998-2000. I miss you, Tok. Alfatihah.:(

Okay berbalik kepada raya di Taiping, kitorang balik hari terakhir Ramadhan, dalam pukul 3 gerak dari USJ. Sebabnya aku masih bekerja, aku amik cuti raya kelima dan keenam. Berbuka puasa kat R&R Sg.Perak, highway okay tak jam pun cuma heavy traffic, tapi tidak ler tersangkut kat mana-mana, alhamdulillah.

Bila dah sampai Taiping, ngam-ngam dah isyak- terus takbir raya berkumandang. Haa, masa ni aku nangis hehe. Sayu sebak semua ada. Berjujuran air mata mengenangkan mak abah & adik beradik kat Dungun tengah buka puasa makan bubur lambuk lauk ayam goreng, tradisi turun temurun buka puasa kat kampung aku bila hari terakhir Ramadhan. Sobsss. 

Sampai rumah, mak mertua aku dah setel masak nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging & rendang hijau daging. Baik punya menantu :p Bukan setakat tu, dinner pun dah siap hehe. Thank you mama, love u lah!

Pagi raya, bangun siap-siap, jalan kaki ramai-ramai pergi Masjid Daerah Taiping, Kg.Jambu. Dekat je dengan rumah mertua aku, tak sempat berpeluh pun. Alkisahnya, bila orang dah nak start solat, Riyadh ni main lari-lari lah pulak, adoi mak dengan beaded chiffon nyew, takkan lew mak nak berlari jugek. Aku rasuah Riyadh jalan dengan aku balik rumah atok cakap kat dia kita balik amik kereta pastu pergi masjid naik car. Dengar je car haruslah setuju budak ni. So gigihlah aku patah balik dengan Riyadh gi amik kereta & duduklah aku & Riyadh dalam kereta depan masjid sambil dengar khutbah raya. Tahun depan buat lagi perangai membuas mama piat telinga!

Lepas solat, makan, bermaafan, pastu lepak rumah tunggu orang datang. Tu je raya aku hehehe. Sebabnya kampung laki aku kat Masjid Tanah sebenaunye. Tapi tahun ni mertuaku nak beraya kat rumah sendiri, so merasalah raya takde sedara mara. Tapi enjoy je, ramai orang datang, budak2 datang, kawan2 sekolah rendah laki aku pun datang. Sempatlah aku masak nasi tomato, ayam masak merah, acar nenas, buat cocktail, mee goreng udang. Alhamdulillah.

Balik USJ, berpusu-pusulah undangan open house kan. Tapi nak dijadikan cerita aku diarrhea yang agak teruk selama 3 hari. Kuruslah sementara hahaha. Takpelah, sakit penghapus dosa kan. Makanya tak sempat lah memenuhi jemputan open house. Pergi yang wajib je, rumah abang aku, rumah Fatin sebab nak jumpa bffs, rumah pakcik Razmin & rumah mak sendiri yang buat doa selamat kecil-kecilan sempena 2nd birthday Riyadh 15/8/2013, birthday adik aku Q 16/8/2013, sempena Tasha pregnant, sempena abang aku naik pangkat, sempena Razmin nak sign on & sempena Q nak fly pergi Manchester next week sambung masters. Banyak sungguh sempena, jimat belanja :p

Selain dari tu, of course ada raya kat office. Ada majlis raya kat MISC Logistics Port Klang tapi tak dapat pergi sebab meeting dengan lawyer sobs. Yang pergi cuma satu je kat Dayabumi itu pun rushing. Takpelah, panjang umur tahun depan ada rezeki nak berjimba dengan rakan-rakan seofis.

Okay uols, mak tengah cuti ni mulalah rajin nak update blog. Laki takde lagilah rajin sebab takde benda nak buat lepas balik kerja. Riyadh sekarang dah pandai main sendiri kan, cari aku kalau nak baca buku, kalau nak nyusu & kalau nak tidur je. Pasrahh.

Gambar raya 2013 :

Bertiga untuk kali ketiga bersama. :)

Baju mak adalah recycle baju abg long nikah bulan 12 tahun lepas, pakai sekali je. Baju melayu Razmin buat sekali time abg long nak nikah jugak, tak pernah dipakainya. Raya 2013, raya paling jimat, serious talk!

Nak ke masjid. Handbag tahun ini adalah tajaan Avent, thermal bag bawak fresh milk Riyadh. Redho. 

Nyawa, jiwa raga. Semualah.


Mini open house untuk kawan-kawan Razmin. Iols masak nasi tomato, ayam masak merah, mee goreng udang, acar nenas & fruit cocktail. 

Gambar di whatsapp dari Dungun. Sobsss.

Atok & Tokma Riyadh. Dengan makcik2 nya gambar semua tak bertudung lah puloks. Pak Ngah di lautan. 

Cinta hati yg sengal tapi inilah kawan dunia akhirat. Fatin's open house. Thank you Fatin!

Birthday celebration untuk mereka berdua. Riyadh yang fokusnya hanya pada lilin cake. Adik saya berumur 24 tahun, lulusan Bachelor in Engineering (Honors), minggu depan sambung Masters in Science, tajaan MARA di University of Manchester, al-Hafiz- 30 juzuk di usia 17 tahun alhamdulillah,tak suka makan nasi, suka makan salmon, masih single dan mencari. Haha itu pointnya. Berkenan? Sila hubungi saya. :p

Mak iols masak. Nasi kunyit, rendang ayam, nasi himpit & kuah kacang.

 Selamat Hari Raya Aidilfitri! 
Maaf zahir dan batin :)
-Razmin, Elya & Riyadh.

1 comment:

Harimau Belukar said...

Rindunya nak berhari raya :)