Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, May 21, 2011

26 Weeks Check Up + Goodies + Gifts

Assalamualaikum... uolss..
*
I went for my 26 weeks check up yesterday (friday). Sepatutnya I did the check up during my 24 weeks which was scheduled on 6th May tapi that day my gynae ada emergency case & I opted to reschedule the appointment instead of buat check up dengan gynae lain, tak berapa biasa la makk. Pastu lagi cepat boleh gi mom & baby expo kat midvalley hari tu sebab check up dah cancel. Ehehe, motif sebenar dah keluar. Kehkehkeh.
*
Check up was at 3.15pm, habis kerja pukul 12.15pm, lepak-lepak jap kat court pastu 2.45 gerak dari Klang gi Shah Alam. Sampai DEMC pukul 3.10, amik berat, amik urine, terus masuk jumpa gynae. Berat aku naik 500 gram dari last week, hehe.. Overall, 6+ bulan pregnant berat aku dah naik 6kg, which gynae cakap sangat okay & kalau boleh maintainkan increment 1kg sebulan tu, yg aku rasa agak mustahil lepas ni sebab aku dok gila makan aiskrim & makan western sekarang ni. Lantak laaaa. Bila lagi nak melantak aiskrim pukul 11 malam sesuka hati, ye dok?
*
Urine pun alhamdullillah negatif protein & urine. Tapi blood pressure naik sikit semalam, 149/89, gynae cakap still under control cuma sebelum ni BP aku tak pernah naik & tak pernah turun, so gynae tanya ada masalah pape ke.. Aku pun tak tahu, rasa semua okay je, stress pun tak, lapar pun tak. Saje je kot nak naik sikit, eheheh.
*
*
Pastu scan budak kecik ni, dia tengah tidoq, so buat pertama kalinya aku dapat tengok dia betul-betul, kalau tak dok memusing sana sini.. Gynae cakap memang dia tengah tido sebab heartbeat dia tak laju macam kalau baby bangun.

Alhamdulillah semua okay, plus last week baru buat detail scan kan, doctor cakap nampak semua normal, alhamdulillah.. Lega sangat-sangat.. Kalau last week scanning specialist tu cakap baby aku berat dia 1.14 kg, tapi semalam gynae check 971 gram lah puloks. Aku tanya mana satu yg the exact one, gynae cakap amik yg latest. Tapi apa pun baby aku memang besar dari yg sepatutnya, ehehe, gomuk la ko nak oiii, tembunnnn!
*
Semalam check up pun sekejap je. Aku tanya kat gynae sekarang ni kalau malam-malam anak aku jarang gerak, dia sangat aktif waktu pagi sehingga tengah hari, petang slow down sikit & bila malam dia senyap, kadang-kadang je gerak. Doctor cakap baby at this stage tengah develop sleeping pattern dia, and very likely sleeping pattern ni akan kekal lepas dia dah keluar nanti. Bagussss, malam-malam tido ye, siang hari nak melalak pun takpe, ehehe.. Aku rasa ni ada kaitan dengan amalan yg aku buat 2 minggu lepas, iaitu ajak baby aku tido sambil ajar dia baca doa tido tiap-tiap malam. ^__^

Kalau few weeks ago time aku nak tido punyalah payah sebab dia asyik memusing, pastu aku ada baca kat internet, ajar anak kita baca doa yg sepatutnya & pujuk-pujuk dia untuk tido sama dengan kita, solat dengan kita, makan dengan kita, insyallah akan kekal dia amalkan bila dia dah keluar nanti.. Alhamdulillah, walaupun aku tak tau sejauh mana kebenarannya tapi takde masalah kalau kita cuba kan?
*
*
Oh ye semalam jugak lepas check up DEMC bagi goodies. Ni third time aku dapat goodies lepas monthly routine check up. First time dulu dapat sample susu, second time dapat car seat organizer dari Anmun, and kali ni dapat "Mummy's Tummy Box" from www.baiboo.com.
*
Mummy's Tummy Box
*
Dalam box ni banyak dapat sample goodies, seronok! Tapi paling best of course discount vouchers dari Mom's Care! Hehe..
*
Maternal milk samples from Anmum, diapers samples from Huggies & Pureen, maternity pad sample, baby bath, feminine wash & nappy cream sample also from Pureen.
*

Discount vouchers from Mom'sCare! Yeayyyy!
*

Goodie for my car, comelll tapi for safety reason, aku tak pakai.. Tapi tetap comel!
*
*
And semalam jugak my baby received his first gift, 5 pcs of cuteeeee carter's' rompers, pants & bibs from his uncle, my eldest brother! Thank you abg long, what a nice surprise. Seronok sangat, rasa macam lain je bila dapat hadiah dari beli sendiri, hehe... =p
*
Thank youuu uncle!!!
*
*

Last but not least, makhluk yang over ingat ni hadiah die. +____+
*
*
Have a happy weekend everyone!

Tuesday, May 17, 2011

Shopping For Baby

Rajin pulak nak buat entri baru. Biasanya 2 minggu sekali. Ehehe.
*
Rajin sebab tadi kemas-kemas barang baby yang dah di beli. Tak banyak mana pun, hari tu beli time butik baby Fiffy kat Taipan USJ ni buat sale the whole April hari tu. Baju la mostly, banyak yang murah-murah & berbaloi-baloi. Mittens & booties pun beli kat sana sebab murah melampau. RM1 sepasang, singgit ye, singgit. Berkira ke? Dok aihhh, dah nama rezeki kan, tak kan nak pejam mata buat tak nampak je bila dah nampak harga tak logik macam tu. Hehe.
*
Rompers (s/l sleeve), sleep suits (s/l sleeve), mittens + booties, socks, pants, leggings, towel. Separuh storage box ikea ni dah penuh, razmin balik nanti kita penuhkan lagi separuh, cukuplah kot ekk.
*
*
Pastu beli barang-barang kat Mom & Baby Expo kat Midvalley early May hari tu. Kat expo tu tak beli baju pun, beli barang-barang yg sangatlah berbaloi & dalam jumlah yg banyak mcm breast pad, EBM storage bag (with zipper), baby wipes, pampers & diaper bag. Itu je rasenye yang dibeli hari tu. Owh pastu beli baby carrier time sale kat Jusco hari tu, sebab laki aku nakkk sangat gendong anak dia kat depan dada dia bila dah besar nanti, comel mcm kangaroo katenye. T___T
*
Pastu ada jugak rompers yang comel-comel dari Kak Yat & kawan aku, Cikta. Pastu beli breast pump, storage bag, steriliser, bottle warmer, feeding bottles for NB, travel warmer & nursing cover dari FB friend yang duk kat UK. Free shipping & semua adalah barang Avent yang haruslah separuh harga dari sini. Jimat di situ. Insyallah early July ni sampai.
*
Pastu suami tercinta pun dah beli baby stroller, car seat & playard merangkap tempat baby tido time dia turun kat Savannah, US hari tu. Harga dia senang cite memang kalau beli Graco kat sini memang nangis. Dia beli semua sekali RM850, aku tengok hari tu the same car seat SAHAJA, RM899. Memang nangis kann kalau beli kat sini. Tapi time beli tu tak tau lagi gender baby, so hubby confident je beli color green + pink, so jambu lah hero aku ni bila letak dia dalam stroller. Nanti kalau terserempak dengan aku kat mall mana-mana, ketahuilah bahawa sesungguhnya baby aku adalah boy. +___+
*
Benda-benda besar macam tu memang aku serah kat dia sebab dia lagi excited nak beli barang-barang macam tu, so sekarang ni biar die excited kena pikul kotak-kotak turun kapal pulak. =p
*

*
(both images courtesy of google)
*
Rasanya tak banyak pun lagi barang nak beli. Tapi laki aku pesan tunggu dia balik sebab dia pun nak rasa beli baju baby gak dengan aku. Alaaaa, sian die ekk... Sabarla ye, nanti abang balik kite gi shopping ye. Saya kalau gi shopping jarang sakit pinggang & bengkak kaki, siries! ^__^
*
*
Dalam banyak-banyak benda yg aku beli (selain online shopping), aku paling berpuas hati dengan pemborosan aku kat baby expo. Memang tak tipu, murahnya memang teramat. Ada jugak yang aku tengok harga sama dengan retail price kat luar so tak payah beli kat expo pun takpe kan. Yang paling aku suka beli baby wipes & breast pads from Pigeon. Rata-rata yang aku survey, chewah, takdela, yang aku tanya & baca kat blog-blog mommies yg lain, ramai yang recommend breast pads Pigeon or NUK. Aku jumpa kat expo hari tu breast pad Pigeon ni, promotion untuk 144 pcs, RM62 sahaja, instead of RM128 kalau tak silap aku. FOC mosquito wipes.
*
Pastu baby wipes pulak, aku beli kat Pigeon jugak, tapi bagi aku baby wipes ni apa-apa brand pun sama je kan, semua pun okay tapi aku beli kat Pigeon jugak sebab berbaloi amat & dapat bag free, hehe. Dasar Melayu, suka free je ye dok?

Takdela, memang bila beli breast pads & baby wipes kat Pigeon hari tu depa bagi bag, yang bestnya material bag-bag tu lain-lain. Kalau beli breast pad dapat bag material ala-ala plastik so bole isi toiletries baby, kalau beli baby wipes pulak, dapat bag ala-ala thermal bag gitu, bole isi baby punye feeding set kalau travel. Oh harga baby wipes ni pulak, untuk 7 pack ( 7 x 80 wipes each pack = 560 wipes ) hanyalah RM35, instead of RM80 kalau tak silap aku. See, berbaloi kan? =) Pandai kan bang sy belanja duit abang? Gitu.
*
*
*
Diapers pun murah, aku beli PetPet, untuk newborn ada 64 pcs each pack, satu pack hanyalah RM23, instead of RM28/RM30 retail price. Owh pastu, beli diaper bag from Carter's, half price & comes with travel diaper changing mat kat dalam. Comel macam gula-gula.
*

*
All in all, itu saja rasenye. Buat masa ni, memang takkan beli apa-apa lagi sementara tunggu suamiku pulang, insyallah kalau ikut plan dia dgn captain yg nak turun jugak tu, paling awal 2 July ni dia balik, kalau tak, end of July. Tinggal nak beli sikit lagi baju, toiletries & nursery items macam bedding set. Kalau ikut hati memang nak beliiiiii je semua tu tapi biarlah razmin sama-sama rasa keseronokan shopping yg selama ni dia tak pernah faham kenapa shopping itu seronok. Siap dia pasni, harus jadi shopaholic gitu.
*
*
Ok bye, jom layan desperate hsewives jap lagi. Eh lupa, Mothercare ada buat sale ye 28 & 29 May ni. Jom terjah.

Sunday, May 15, 2011

The Detail Scan + Budak Dompok

*My entry for the check ups done during pregnancy + for self reference in the future too.*

I'm at 25 weeks pregnant now. More or less, tinggal 100 hari lagi before the EDD, insyallah. Wahh, sangat tak sabar nak jumpa si budak dompok ni! ^____^
*
I went for a detail scan appointment last friday, 13th May. Friday the thirteen gitu. Karut marut. Initally the appointment was scheduled on 27th April, tapi lepas tu kena gi kursus BTN kat U.S (ulu sepri ye, bukan united states), rescheduled to 11th May tapi lepas tu aku pulak yang tak free, ade kes court orang besar, sape lah kite yg picisan ni untuk bantah +___+, so 13th May lah pergi buat detail scan tu.
*
*
Detail scan ni optional sebenarnya, tak perlu buat kalau tak nak. Gynae aku cakap kalau nak buat boleh, tak nak buat pun boleh. Last check up aku tanya, detail scan ni untuk apa, doktor cakap untuk check in detail all limbs plus major internal organs, esp the brain, heart & kidney. Nak tengok if there's any visible defect on your baby. Gulp! Seramnya! Aku cakap time tu, nanti aku fikir & discuss dengan hubby dulu. Time tu sebenarnya aku tak sure aku kuat atau tak nak hadapi detail scan tu sorang2. *___*

Aku tanya gynae lagi, boleh tak aku buat scan tu dekat2 nak bersalin nanti (so razmin dah ada time tu kan), gynae cakap boleh tapi recommandable kalau buat between 24-28 weeks sebab IF ada apa-apa defect, all the parties boleh discuss treatment plan & birth plan at an early stage. OKAY, double seram di situ. +___+
*
*
Razmin nasihatkan aku untuk buat, parents aku pun sama. Razmin cakap kita usaha & ikhtiar semua peluang yang ada, kalau ada apa-apa (nauzubillah) we can be prepared at an early stage & if tak ada apa-apa, a bonus for us untuk tau condition baby. Betul lah kan, berserah saja kepada Yang Maha Pencipta.
*
So on friday, I went to DEMC, and all alone seperti biasa. Tak nak susahkan sesiapa. My appointment was at 2.45pm, tapi masuk awal, 2.30pm nama dah kena panggil. Owh, the detail scan was not done by my gynae, tapi oleh pakar scan, dia ni was a gynae but now a specialist + technician in scanning & imaging. Aku lupa nama doktor tu apa, ehehe, sebab dah nervous sangat. Suara dia besar kooo, aku bagi salam lemah lembut, dia jawab macam ada microphone depan dia, terus terjaga anak aku.
*
Aku terus pandai-pandai sendiri naik atas katil & baring tanpa disuruh. ekeke. Kata dah nervous, memang aku diammm sepanjang dia scan tu. Dia cakap all the shortforms, RVOT, LVOT,AC, HC, bla bla, nurse tu pun tundukkk je salin semua, dah la dia cakap lajuuuuu, kalau aku jadi nurse tu aku baling pen kat doktor tu. Hehehe, aku jahat.
*
Lepas dalam 10 minit dia scan untuk amik ukuran yang satu apa pun aku tak faham, dia pun mula sembang2 dgn aku. Dia cakap tadi tu first round, so ni second round, dia akan buat slow-slow & nak explain kat aku, pastu dia senyummm.. wahhhh..manisnya senyuman mu mak cik! ^___^ baruuu aku lega. Hehe.. So dia pun start explain, tapi aku terlalu asyik tengok anak aku yg makin besar, dah nampak mcm baby betul dah pun, aku kurang dengar, yang aku cuma tanya "semua ok ke doktor?". Tak sabar kan kau ni elya oiii. Doktor cakap alhamdulillah semua ok, baby is a healthy baby boy. Senyum di situ. Confirm hero. Alhamdulillah..
*
*
Beberapa perkara yg aku jakun, antaranya mcm mana canggihnya teknologi sekarang, sampai jantung budak tu pun boleh tengok. Dia siap tunjuk lagi the 4 valves (4 kan?) healthily & steadily pumping doktor tu cakap.. Pastu nampak otak dia, nampak the two kidneys, nampak tapak kaki dia, tapak tangan dia.. Semua-semua lah.. Kaki anak aku sebelah kat bawah, sebelah lagi dia tarik gi depan muka dia, tak senonoh sungguh, tapi sebab dia buat macam tu, aku pun nampak birdie dia, ekeke, comel je ko ni nak. Shame shame!
*
So bile aku dah lega, alhamdulillah semuanya okay, mulut aku pun pot pet lah tanya itu ini. Aku tanya berat baby, berat dia 1.14 kg! Wohoooo, berat dia macam baby at 27 / 28 weeks. Adeh.. yang aku pulak berat naik sekilo je dalam masa sebulan ni. Bagus budak ni, dia betul2 serap semua makanan yang aku makan, akhirnya dia yg dompok! Jangan laaa dia ni terlalu besar sampai ada apa-apa complication, nauzubillah...
*
Lepas tu doctor buat 3D scan lak. Ha, yang ni aku suke =p .Tapi anak aku ni mula2 buat 3D scan tu boleh pulak dia buat muka tak puas hati, berkerut seribu sambil tangan dia macam block-block muka dia, ala-ala nak elak paparazzi amik gambar, konon glamer la tu. Hehe.. Pastu doktor try lagi sekali, kali ni baru okay, tapi ala-ala cebik sikit, marah la tuu orang kacau dia tido.
*
*
Sebaknyaaaa aku bila tengok gambar 3D dia tu.. Ya Allah, rasa terharu & tak percaya sangat2! Nampak ruas kening dia macam razmin, tebal! Pastu bentuk mata pun bundar sikit, pun macam razmin. Hidung nampak besar2 mancung, itu gabungan aku & razmin, pastu mulut macam mulut aku, comel & kecik je, kiput bak kata orang ganu. =p Hehe.. ye ye je aku ni kann, sekali keluar muka macam bapak dia, nangis aku. +__+ Tak kisahlaa mcm mana pun, janji sihat sempurna, cukup sifat, alhamdulillah.. Bulatttt sangat muka ini budak, memang 1.14 kilo lah gaya tembunnya tu.
*
Tak sabar tunggu razmin singgah singapore esok, nanti dia ada line phone, bole MMS gambar 3D tu.. Dia lagi laaa tak sabar kan? Aku yang dah 2 hari tengok ni pun angau semacam lagi, asyik sengih je tengok gambar 3D ni, meh nak share =)

ehehe.. boyfriend aku yang baru, bisa bikin angau.
*
*
Alhamdulillah semua okay, harapnya biarlah semuanya selamat hingga lahir nanti & di sepanjang kehidupannya, insyallah...
Owh ye, for mommies out there yang nak buat detail scan + 3D scan, boleh lah buat kat DEMC, Shah Alam. Memang lama detail scan dia, 3D pictures pun dia bagi banyak, both in CD & print out (black & white 2pcs), RM250. Aku tak tahu murah ke mahal compare kat luar tapi maybe standard price. Kalau salah jgn marah aaa.. Ha yang ni ING tak cover ye kawan-kawan.
*
Okay bye. Selamat bekerja esok & bercuti lusa.


Wednesday, May 11, 2011

Si Kembang

Hari ni rasa nak glamer kan diri.
Ye la, sejak-sejak ngandung ni aku rasa takde lagi gambar aku yang mengembang aku letak dalam blog ni.
Untuk kenangan katekan.. Ehehe..
*
Bukan malu nak letak gambar sendiri, tak malu aihhh, dah kata blog sendiri kan.. Tapi sebab takde sape nak amik gambar aku ngandung *sedih*. Tapi sebab hari tu laki aku request nak tengok gambar aku ngandung, aku pun layankan lah, amik gambar sebelum gi baby expo kat midvalley hari tu.. Sebelum ni ada jugak amik gambar MMS kat dia tapi gambar tak pakei tudung la kan, ni baru gambar sopan yang boleh aku upload, tak terfikir pun selama ni, punye laaa mak tak gile glamer. Wah gituu. =p
*
*
Ai yang kembang di 24 minggu.
*
Lengan, peha, kaki semua dah kembang.
Perut pun sama, tapi dalam gambar ni tak nampak sangat kebulatannya sebab baju besau.
*
*
Tapi laki aku cakap aku comel. Ihiks.
*
Ok dah, tu je. Bye.
Hahahaha!

Thursday, May 5, 2011

Our First Song



Chasing Cars by Snow Patrol.
*
Ntah kenapa semalam rindu sangat kat suami.
Selama ni rindu la jugak tapi semalam rindu sangat.
Mungkin sebab semalam dia dah bagi green light untuk shopping sepuas-puasnya kat midvalley esok.
Wahahaha. Rindu bermotip rupenye.
=p
Esok kan dah start midvalley baby expo, dari esok sampai ahad ye uolls. I dah amik cuti peristiwa sempena expo tu. Ehehe. Macam hari sukan sekolah dolu2.
*
*
Lagu kat atas tu lagu yang laki aku mula-mula bagi kat aku time awal2 bercinta tahun 2007 dulu. Ye la, time sekolah mana die berani nak dedicate dedicate lagu cinta2 ni kat aku, mau aku lempang. Ye la, aku kan senior die. Ihiks.
*
Memang syahdu lagi ni, dulu kalau dengar takde la nak hayati betul-betul sebab gua tak layan lagu omputih ni sangat, dah-dah lagi group-group yang tak kenal ni. Laki aku tu pulok tak layan lagu melayu, tapi takde la mata biru pong. Ehehe, kuat betul aku caras laki aku hari ni.
*
*
Kalau layan lagu ni memang sampai pejam mata la, dah-dah lagi penyanyi dia boleh tahan handsome. Gitew. Ini gambar peristiwa sempena lagu ni. =p

If I lay here,
If I just lay here,
Would you lie with me
and just forget the world...?

All that I am,
All that I ever was,
Is here in your perfect eyes
They are all I can see...
*
*
Hmmm...rindu la sebenarnya kat laki aku, bukan rindu bermotif, memang rindu sangat...
Lagi 3 bulan dia nak balik, insyallah... Dah halfway journey dah... ^____^ sabo eh.

Tuesday, May 3, 2011

Govt.Hospital vs Private Hospital

Tajuk kontroversi ni. Eheh. Ini adalah pandangan peribadi aku semata-mata. Ceh, kalau peribadi apsal nak blog kan puloks? Sebabbbb, aku nak betulkan persepsi beberapa jenis manusia yang suka nak condemn plus mengutuk bab-bab hospital ni, esp kalau dikaitkan dengan warga mak buyong. Pedih telinga ni weh. Series.
*
Ada dua persepsi biasanya. General perception bak kata orang putih.
Yang pertama "kalau ko check up kat private hospital, ko kaya & nak menunjuk."
Yang kedua "kalau ko check up kat hospital kerajaan, ko takde duit, nak yang free & hospital private mahal je lebih, tapi tak sebagus kerajaan."
*
*
Hah, jangan nak nafikan pulak ye pada yang terasa tu. Ekeke. Tapi betul la kannn, norma masyarakat kita sekrang ni memang over sensitive pasal benda-benda macam ni. Aku pun tak faham kenapa nak kena ada double standard macam ni, sampaikan bab orang gi check up kat mana pun nak jadi isu. Tapi ye lah kan, kita ni memang kuat sentap, isu nasi lemak yang tak berdosa tu pun jadi isu global, ape ntah lagi isu cek perut bila dah pregnant ni. Ihiks.
*
Hospital kerajaan atau hospital swasta, sama saje sebenarnya. Okay, memang lah ada yang lain, tapi pokok pangkalnya terpulang kat individu tu sendiri. Tak baik tau kalau dok mengata sana sini. Aku nak cerita pengalaman aku sendiri ni. Ada yang bertanya, kenapa aku check up kat private hospital. Okay fine lah kan, orang tanya, aku pun jawab seikhlas hati. Tapi yang tak menahan tu, lepas aku jawab, ade puloks ulasan lanjut, macam dlm FB lak nak berkomen-komen jawapan aku. Antara komen yang aku paling tak bleh blah :
*
1) kenapa nak membazir, hospital kerajaan dah la free, ubatnya same je, beranak jugak ko nanti.
*
2) laaa..kate keje gomen, apsal gi sokong hospital swasta?
*
*
Choyyy, tak ke panas? Tapi takpe, kita senyum je lah kan. Buat apa nak rendahkan mentaliti kita untuk bertekak isu yang tak dapat duit pun kalau ko menang, dapat piala pun tak. Ni jawapan aku :
*
1) Ramai yang tak tau bahawasanya, mereka-mereka yang check up di hospital swasta adalah tidak mengeluarkan duit pun. Contohnya aku lah, laki aku keje swasta,yang baca blog aku, sah2 la tau laki aku keje dgn MISC. MISC bagi insurance, coverage pulak extend kepada isteri & anak-anak. Maknanya, bila aku pregnant ni, aku check up lah kat mana-mana pun, insurance bayor. Dah ada kemudahan macam tu, kenapa aku nak lepaskan? Tak ke bodoh kalau lepaskan peluang keemasan macam tu? kannn?
*
2) Aku dok kat subang jaya. Sape bleh bagitau aku kat subang jaya iaitu di USJ tempat aku tinggal kat mana ada klinik kesihatan kerajaan / hospital kerajaan? Ha fikir...... jawapannya, nan ado. Memang takde ye. So alternatif terdekat adalah di PJ atau di shah alam. Memandangkan HQ aku di shah alam dan kerja di Klang, maka shah alam lah pilihan aku. One way gitew. Kenapa tak check up di Hospital besar Klang? Sebab jalan ke hospital klang adalah selepas jalan nak ke court. Ahaha. Aku ni kan malas nak drive jauh2, so aku pilih shah alam. Senang cite.
*
3) Kenapa tak check up di klinik kesihatan seksyen 7? Tuan-tuan & puan-puan, aku pernah ke sana untuk tanya pasal hal-hal check up orang ngandung ni, bukan aku tak pernah tanya. Tapi aku dinasihatkan untuk ke hospital sebab kata pegawai di sana, mereka dah overflow, ramaiiii sangat orang. So, aku cuma mendengar nasihat, dan hospital yang paling dekat adalah hospital klang dan aku tak gi sana atas sebab pemalas yang dinyatakan di atas.
*
4) Lepas aku dah exhaust sume pilihan yang aku ada berhubung hospital kerajaan, barulah aku & laki aku gi buat kad ING kat office die. Nampak takkk? Lepas dah tanya pasal hospital kerajaan baru kitorang decide untuk buat check up di private hospital, i.e. di DEMC, shah alam. Baruuu terhegeh-hegeh nak buat kad ING. Makanya memang takde isu double standard atau pilih kasih di sini.
*
5) Tak semestinya kalau ko keje gomen, ko wajib check up kat gomen. Ishhh, aku pelik betul lah ideologi korang yang cakap mcm ni. Ape laaa yang korang makan ekk? Mak aku tu pesara kerajaan, cikgu ye uolss, tapi adik beradik aku semua lahir kat hospital swasta. Takde pulak mak aku kena tahan gaji sebab tak beranak kat hospital kerajaan. *____*
*
*
Pastu ramai yang cakap kalau bersalin kat hospital kerajaan, check up die very thorough, lepas bersalin nanti ada nurse datang check anak & ibu, ibu & anak, lepas tu memang detail semuanya dari awal mengandung hinggalah bersalin. Well, memang betul lah kan. Takde sape pun nafikan benda ni. Tapi tak bermaksud private hospital tu cincai & tak thorough. Kat private hospital pun same je, takkan laaaa depa nak buat lebih kurang, kang kena saman tak pasal2. Zaman sekarang ni jgn main2 koo, silap saiz jarum pun orang saman tawww.
*
Tapi, kita pun tak boleh nak nafikan yang kalau check up di private hospital, keadaan adalah condusive, esp dari segi masa. Pengalaman aku selama ni kat DEMC, kalau appointment pukul 9 pagi, pukul 9 pagi lah ko masuk jumpa doktor. Paling lama pun, 9.15 dah masuk. Tapi macam aku cakap awal-awal tadi, semuanya terpulang kepada diri masing-masing. Kalau rasa tak kesah tunggu sekejap, apa salahnya kan? Tapi yang gi check up kat private hospital pulak, jgn la ko nak mengutuk yang kalau kat hospital kerajaan tu kene tunggu sampai 4,5 jam. Over taww statement.
*
Pasal hal-hal doktor & nurse pulak, jgn lah benda-benda mcm ni nak dijadikan isu. Bagi aku kelayakan doktor adalah exemplary. Memang hebat, ingat senang ke nak jadi doktor ni. Kalau kat private rata-ratanya adalah doktor pakar, tapi yang check up kat private tu jgn nak berlagak pulak, sebab kalau ada apa-apa complication (mintak jauhhh la kannn) banyak kes akan di refer ke hospital kerajaan. Pastu yang check up kat hospital kerajaan tu pulak jgn la nak mengutuk doktor-doktor kat hospital private ni puloks, sama je mana-mana pun.
*
Kalau ada yang kena dengan mana-mana doktor yang tak mencapai standard korang, itu semua kes terpencil. Korang kena ingat, diorang ni bukan jaga kaunter pertanyaan 9 to 5, diorang ni nak bagi nasihat & pandangan pasal nyawa orang. Kalau yang gynae tu pulak, dua nyawa sekaligus, ko dgn anak ko. Kalau kembor? Dah banyak nyawa dah. Tahap stress diorang ni adalah tinggi, dan mereka pun manusia biasa jugak, kalau termarah ter ape ke, jgn lah amik hati sangat, put yourself in their shoes, mau tak muat. Pening wooo. Dan aku percaya doktor-doktor ni sehabis daya nak layan setiap patient dgn ramah & professional. Jadi jangan nak beza-bezakan doktor di hospital kerajaan & swasta, sebaliknya, cuba fahami keadaan diorang.
*
*
Senang cerita, ikut lah keselesaan masing-masing. Ikut kemampuan masing-masing. Bukan dari segi kewangan semata. Cuba luaskan sikit minda fikiran tu, asal check up kat kerajaan je, ko cakap orang tu miskin, kalau check up kat swasta, ko cakap orang tu berlagak. Dah-dah la fikir macam tu, apa yg korang dapat pun kan? Kita kan pengguna, kita ada hak. Kalau tak puas hati, tukar hospital, pi check up kat tempat lain. 9 bulan mengandung, pegilah 9 hospital kalau ko tak puas hati sangat. Yang penatnya bukan aku, ehehe. Masing-masing tau apa yang baik untuk diri sendiri & untuk anak.
*
Yang penting, kita sesama Islam ni doakanlah yang terbaik buat setiap saudara kita. Yang dalam kandungan tu adalah penyambung umat Muhammad s.a.w, kat mana pun bayi tu dilahirkan bukanlah satu kepentingan yang utama, yang paling penting bagaimana kita nak corakkan bayi tu, untuk jadi umat yang berguna. Ha, kan aku dah tazkirah. Padan muka. Ehehe. Ok bye.
*
*
Wallahualam...

Monday, May 2, 2011

Kem BTN Ulu Sepri & Mengandung.

Lama sungguh blog ni tak ade update. Macam tak biaseeee. =p
*
Hari ni hari isnin yang paling best sebab isnin yang cuti, makanya tak payah gi keje. Last week pun keje 2 hari je sebab hari rabu sampai sabtu kena gi kem BTN. Program Transformasi Birokrat Jabatan Peguam Negara, Bahagian Pendakwaan. Gitu namanye. Buat di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan.
*
Seperti namanye, Ulu Sepri adalah tempat yang sangat jauh di mata. Exit Pedas Linggi kalau dari arah utara PLUS highway, lepas tu pandai2 lah ikut sign board. Memang saujana mata memandang, hijauuuu je. Tapi dalam hati mesti rasa "aik, bila nak sampai niiii..". Aku gi drive seorang diri. Kata tak gentar jadi isteri pelaut kannn. Hehe. Lagi senang drive sendiri dari naik bas yang disediakan. Bertolak pun ikut time sendiri, janji sampai on time kan? Pastu segala mak nenek barang boleh sumbat dalam kereta sendiri.
*
Program 4 hari. Okay okay aje. Memang relax, walaupun nama kursus BTN tapi memang relax. Sebabnya, aku kan ngandung. Hehe. Best tuu kalau gi kem BTN time pregnant. Mula-mula minta exemption, tapi tak dibenarkan. Asalnya aku patut di kem kat Balik Pulau, Penang tapi Dato' ketua bahagian bermurah hati tukarkan aku ke Ulu Sepri, lagi dekat katanye. Ape pun uolss, ini kesimpulan yang aku dapat : KALAU KENA PERGI KEM BTN TIME PREGNANT, SILA LAH PERGI TANPA SUSAH HATI. ^___^
*
Sebabnya,
1) Tak payah buat senaman time riadah or berkawad. Tapi boleh jalan-jalan amik angin main anak sungai sambil gelakkan member2 muka masam gila yang kena berkawad bersenam.
*
2) Tak payah bangun pukul 3.30 pagi untuk program burung hantu tapi boleh tidur dengan nyenyak sampai pukul 6.30 pagi.
*
3) Tak payah jalan kaki jauh gila untuk join aktiviti kat camp site untuk masak-masak bersama kumpulan masing-masing time breakfast lepas aktiviti burung hantu tapi cuma naik land rover atau kereta untuk breakfast. (makanan dah siap dimasak, tinggal makan je, hehe)
*
4) Tak payah berdiri lama-lama atau duduk atas lantai dalam dewan lama-lama bila ada aktiviti nyanyi-nyanyi lapan belas lagu patriotik atau aktiviti kereta api la, ape la, tapi boleh duduk atas kerusi empuk kat belakang dewan sambil, *lagi sekali*, gelakkan member2 yang macam budak2 kena ikut aktiviti. Ihiks.
*
5) Dapat dorm yang paling dekatttt dengan semua benda. Dalam dorm pulak tak payah bersesak-sesak dengan 20 orang, tapi 10 orang je sebab semua guna katil bawah, so katil atas kosong. Dorm juga dikenali sebagai 'wad bersalin', semua yang mengandung je. Tak kisah la nak panggil apa pun, janji selesa ye dok.
*
6) Tak payah masuk hutan untuk aktiviti hari last (sabtu) tapi boleh mandi manda kat air terjun & anak sungai yang sangatlah sejuk sambil makan roti gardenia vanila, jagung & coklat, selepas breakfast maggi kari, sandwic sardin & sandwic telur yang group sendiri sediakan time aku masih lagi tidur. Kiranya hari sabtu hari tu aku pergi berkelah di Ulu Sepri. Hehehe..
*
*
Seronok kan aku gi BTN? Hehe.. Memang tak menyesal, sebabnya, betul la cakap mak aku, baik pergi sekarang dari kena ganti lepas bersalin nanti. Nak kena tinggal anak lagi, nak kena buat segala macam aktiviti lagi. Walaupun aktiviti berkumpulan (LDK) adalah sangat predictable & cliche, tapi aku memang tak amik port sangat pun. Takde la bersungguh-sungguh berbincang bagai, aku cuma iya kan aje apa orang cakap. Seronok lak tengok yang semangat-semangat ni bertekak dengan fasi bagai.
*
Walau apa pun, memang banyak benda baru yang aku belajar kat Kem BTN ni. Aku rasa aku boleh dapat ilmu sebab aku tak penat macam member2 lain kot, sebab tak payah buat aktiviti fizikal. Makan pun sodap sebab ada peruntukan tambahan, time kasih Tan Sri Peguam Negara. *bodekss ni*.
*
Kalau korang kena gi kem BTN kat Ulu Sepri ni, nasihat aku, kalau yang pakai line selain celcom tu, sila lah beli sim pack celcom siap-siap sebab yang ada coverage cumalah celcom, sebab CEO celcom pernah datang kem kat sini pastu bila dia tau xde lline, terus dia pacakkan tiang antenna celcom. Nanti kot2 CEO maxis or digi datang kem BTN, diorang buatlah benda yang sama kotttt. Setakat ni, hanya CEO celcom je yang kena datang BTN. Hehe..
*
*
Ok itu je, ingat pesan aku tu, kalau time ngandung kena gi BTN, gi jeghssss!