Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 13, 2012

First Family Holiday. Part 1

Aummm cakkkkk! Kuikui windunyew nak blogging. Okay tipu. Sebenarnya memang asyik pasang niat nak blogging tapi niat selalu terbang ke laut, almaklumlah orang laut dah balikkkk ^^. Cerita basi pun sebab razmin dah balik nak dekat sebulan dah hehe, dia balik 21 Jun hari tu, balik selepas drama 18 episod dengan orang ofis. Biasa letewww, kalau tak drama bukan MIS* la jawabnye iye dok?

Ni aku bersiaran dari taiping nan indah permai. Syok weh dok umah mak mertua nih, sejuuuk je tepeng nih, reduppp je, perut pun laparrrr je, pastu bila dah lapar dok makannnnn jeee. Sebab tu malas nak kurus kurus time laki pi belayaq sebab tau sat gi bila dia balik konfem gemokss balik sebab dia asyik laa nak ajak orang makan sana sini, dah dah lagi dok tepeng ni makanan heaven amat, pahtu pulak musim durian adoiyai , sedapnyeeee, siap makan durian untuk breakfast koo, melampau!

Ok cut the story short short, lepas Razmin balik 21hb, 24hb Jun 2012 kitorang sefamily kecik yakni aku, laki aku & anak aku si riyadh pergi Kota Kinabalu untuk our first family holiday. Ni kali ketiga aku pi KK, laki aku first time, riyadh kali ke satu setengah sebab time aku pi second time riyadh dah ada dalam perut so kira setengah la eh hehe. Kenapa pi KK? Sebab laki aku nak pi KK so ikut je lah. Dia seronok dengar cerita aku cakap KK best esp tang makan (see??) so dia nak pergi KK, pastu nak tengok Gunung Kinabalu, nak pi snorkeling etc etc. Aku layan jee janji dapat makan seafood 2 kali sehari haha.

Gerak 24hb tu amik first flight pukul 7.30 pagi, merasa koo bangun kul 4.30 pagi terpisat-pisat kejut anak kejut laki. Laki aku cakap amik flight awal sekali sebab nak sampai KK awal so ada sehari suntuk lagi boleh jalan-jalan KK eleh padahal first flight harga murah lagi hahaha ampun bang. Tapi memang betul pun, sebabnya beli tiket last minit, harga flight time lain sume macam nak pi London. Ikutkan plan asal nak amik second flight pukul 9.20 sebab abang long aku bawak flight tu tapi iyelah, itulah flight yang macam nak pi London tuh, tak hagak-hagak MAS nih, mahal! Mahal lah bagi aku yang sendu nih kan hehe. 

Sampai KLIA pukul 6.45am, check in, terus boarding. Sepanjang flight razmin tengok movie, naik 737-800 baru kan, nganga lah sikit ada movie dalam flight, feeling gi oversea giteww. Riyadh sebelum take off lagi dah selamat tidur, lepas take off lagi sakan dia lelap sebab dah baring dalam bassinet, so lepas brekafast nasi lemak aku pun tidur. Sebelum pape dah ternak lemak kan aku nih.

Sampai airport amik cab terus pergi hotel. Kitorang stay kat hotel Le Meridien (Jalan Tun Fuad Stephens), memang sebelum ni pi KK pun stay sini pastu no turning back dahhh, memang favourite hotel ayah aku nih, pi mana-mana kalau ada Le Meridien memang dia stay Le Meridien. Request nak check in awal dalam pukul 11.30 pagi sebab ada baby lah kununnya kan padahal aku nih memang malas nak menapak tengah panas. Setel check in, terus tido hahaha. Melepek je masing-masing sambung tido sebab kena bangun awal, dengan riyadh2 sambung tido. Holiday lah sangat khennn. Bila dah bangun laki aku pi beli lunch kat kedai sebelah hotel, untuk riyadh pulak aku bawak bubur frozen dari rumah, turun pi kitchen hotel mintak depa panaskan, senang.

Lepas dah isi perut, dah mandi, dah suka hati, bermula episod pergi pasar filipina, pasar ikan masin & pasar seafood bakar. Jalan kaki je pun, seberang jalan hotel tu jah. Sebab tu suka dok Le Meridien nih, tak payah jalan jauh, turun lift pergi lobby, keluar hotel, lintas jalan, sampai dah pasar filipina hehe. Beli ikan bilis kat kedai Pak Tam untuk MIL aku, pastu acara wajib beli gelang mutiara untuk MIL & SsIL, pastu jalan-jalan nampak orang jual seafood pulak, dan dan perut rasa lapar semula. Gilos sungguh kitorang nih. Tapi kitorang tak makan nasi (diet di situ), makan udang, sotong katak & ikan bakar uji rashid je. Murah wehhhhhhh, dengan air kelapa siap, dalam RM20 je kot kalau tak silap aku. Senyum sampai ke telinga laki aku bila nak bayar hehehe. Sempoi je depa ni jual seafood bakar, bakar kat situ jugak fresh fresh, paling kick makan dengan air asam rumpai laut diorang, perghh terangkatt!!

Lepas tu jalan-jalan lagi, pusing-pusing beli air pisang hijau sejuk ahhh sedapnye pastu balik hotel nak bawak riyadh swimming. Kemain lagi budak nih bila jumpa air, siap nangis-nangis takmau keluar pool. Haip biase nih! 

Pastu malam tuh kitorang pi makan kat Ocean Seafood Restaurant. Restoran ni betul-betul sebelah Hotel Promenade. Depan Le Meridien pun ada restoran seafood, Portview namanya, memang famous siap ada culture show bagai tapi harga 3x ganda mahal dari Ocean. Siriess nih, kitorang sefamily dah kena dah time pergi awal tahun 2011 hari tuh haha. Siannn kat abah hehe. Aku & razmin jalan kaki je pergi & balik ke Ocean, dalam 20 minit jalan, takdelah dekat sangat tapi saja nak jalan-jalan tepi waterfront, amik udara masin laut sambil tolak riyadh dalam stroller, langsung tidur budak nih.

Makanan kat Ocean sedap sangat! Memang recommended lah. Kitorang makan err 4 pinggan nasi, butter prawn setengah kilo, ikan siakap steam ginger spring onion, tofu with mixed vege in oyster sauce & of course the ever famous sabah vege masak belacan, fresh juice sorang satu. Masing-masing makan senyappp je hehe, tambah2 pulak riyadh ketidoran sebab penat swimming petang tuh, memang nikmat dunia sungguh!
Lauk banyak sangat siap tapau. Riyadh pulak lepas kitorang habis makan baru dia bangun, aku bagi dia bubur labu aku masak kat hotel. 

Yes, aku bawak rice cooker kecik & beras & ikan bilis & labu & keledek & kentang & carrot & buah pear & epal plus hand blender untuk prepare makanan riyadh hari-hari sepanjang kat KK. No kedai food okay riyadh, except for breakfast sebab boleh makan buah, telur rebus, wholemeal bread + unsalted butter & plain yogurt yang ada kat hotel. Alah bukan kena menumis pong, campak semua dalam rice cooker, buh air, on je rice cooker tuh, dah siap nanti blend, letak dalam thermos, siap!

So itulah ceritanya untuk hari pertama di KK. Kalau ikutkan ada lagi 3 part lah kan cerita holiday nih adoiyai malasnyeeee! Tapi mengenangkan ini adalah first holiday riyadh dengan papa dia yang jarang dapat bersama dia sobs sobs maka mama gagahkan diri untuk menaip sambil hirup bandung soda tokma riyadh bancuh sambil makan durian kampung yang manis atuk riyadh beli hahahah walawehhhhh nikmatttttt!!!!

Enjoy the pictures. Kalau tak nak enjoy pun takpe, banyak nihh hehehe. See you in part 2, ntah bila pun aku tak tau ekeke.

Subuh sapiee layan Euro dulu sedas sambil masing-masing alas perut. Papa makan beger semalam, anak makan roti wholemeal.

MH2604 with love baby. Cewah.


Ketiduran.

Ketibaan. Arrivals. Anak panah.

Room 612 cityview tapi nampak laut jugak hehe. Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu.


Mata putih. Fresh wehhhh.

Bakar kosong je, tak perlu marinade bagai, isi ikan manissss.
Everytime lalu mesti berhenti. Tak beli pun nak berhenti jugak tengok sambil berangan sedapnyee ekeke.

^^

Ala-ala cendol kita tapi pisang raja manis balut dengan tepung hijau ala ketayap, potong-potong, makan dengan air gula melaka adehhh sedapnye.


Muka sorang sorang dah sama macam kena panggang jugak.

Si kurus mama. Ikut mama la nih kurus kurus nih ekekeke.

Suka sangat main air budak nih!

Anak penyu





Friday, June 15, 2012

10 Months Young Riyadh Iman

Yeay riyadh dah jadi ben ten! Hehe puloks.

My baby boy dah 10 bulan dah. Alhamdulillah, sihat cerdik pandai sempurna (doa seorang ibu nih, layankan sajo). Walaupun baru keluar ward rabu lepas (13hb) lepas 3 malam di DEMC sebab acute bronchiolitis, riyadh tetap cheeky, playful seperti biasa, tak menyusahkan mama di DEMC jaga riyadh tapi mama yang cengeng nangis ntahapeape mak ko nih.





Riyadh tak jalan lagi, merangkak pun suam-suam kuku, dia lebih suka nak berdiri ala-ala konon dah boleh berdiri lepas tu gedebuk jatuh. Kalau nak gerak ke sana sini lebih gomar mengengsot slash merangkak tapi paling suka kalau orang yang dukung bawak dia dari point A ke point B huehuehue.



Current favourite : video alif ba ta raiyan & sofiya kat youtube, layan ni tak makan minum pun takpe. Speaking of makan minum, dah pandai makan sendiri duduk diam diam dalam high chair yeay high five! Tapi dah menunjukkan minat nak bukak safety belt grrrrrr. Kalau nak tengok riyadh makan banyak bagi dia homemade rusk atau roti wholemeal massimo sambil pasang upin ipin, sambil dia makan suap lah dia bubur apa saja, konfem licin. Betul betul betul! hihi.




Makin rajinnnn mengemas. Takpelah sayang, mama rela. Oh, tiba-tiba makin kuat menyusu siang. Adeh lah, mama kena mantopkan usaha bekalkan susu kat kak siti ye yadh. Kadang-kadang boleh sampai 30 oz *pitam*. Dah la tamau frozen EBM. Takpe takpe, mama akan beri yang terbaikkkk! Speaking of susu, kalau menyusu sekarang macam-macam gaya. Sambil menonggeng, sambil duduk layan tv, sambil sebelah tangan pegang mainan, gigit cik N tak payah cerita lah kan, eh gigi takdop lagi. Takpe takpe, comel je sengeh takde gigi hehe. Bak kata paed riyadh, lambat tumbuh lambat rosak.



Okay okay, nampak sangat mama kering idea kan. Mama tengah pening, papa ni balik ke tak niiii, dah cukup terlebih cukup 6 bulan niiiii. Tak ape la, janji balik boleh puasa, raya & celebrate first birthday riyadh sama-sama, insyallah, amin...

Apa apa pong, happy 10 months young sayang, semoga sentiasa di bawah lindungan & rahmat Allah, jadi anak yang soleh, teguh iman dan pekerti, insyallah.. You are my PERFECT 10!
Muah muah.

Thursday, June 7, 2012

Antilop

Sesi shopping bersambung hari ini di IKEA.

Dah lamaaaa sangat nak highchair Antilop nih. Suka sebab putih bersih, tray luas and paling penting murah sangattt. RM64 sahaja! RM64 kalau dengan tray, kalau tak nak tray RM49 je. Gila kan? Tak sia-sia aku halang razmin dari beli highchair kat mothercare sebelum dia sign on akhir tahun lepas, mahal woo. Antilop ni takda renyah2, nak cuci lap je dengan wet towel, ko nak siram air pun boleh, nak biar tengah hujan pun boleh huehuehue. Of course safety standard adalah tinggi, its IKEA. Senang gila nak pasang, tak sampai 5 minit dah siap, serious!

Selama ni riyadh makan duduk dalam bumbo chair atau sambil main dalam jumperoo dia tapi sekarang rasanya dah sampai masa untuk ajar dia makan dalam highchair, sebabnya :
1) Kena ajar dia makan sekali dengan family, or at least dengan aku sorang je pun takpe. Makan di meja makan, untuk ajar dia table manners.

2) Dia dah pandai baby led weaning i.e makan sendiri atau lebih tepat kutip makanan masuk mulut dan kunyah, bila dah habis kunyah kutip lagi dan masuk mulut. Pincer grasp dia pun dah accurate since dia 7 bulan makanya dah boleh train dia makan pakai sudu. Sekarang ni nampak je sudu bawak masuk sudu dalam mulut tapi tak reti cedok makanan dari bowl dia, ketuk mangkuk dengan sudu pastu tumpahkan reti lah. +_+

3) Sebab paling utama ialah tak lama lagi papa riyadh balik maka mama dah berangan nak makan sekali one happy family. Senang nak keluar makan kat 27 restoran yang mama dah senaraikan bila riyadh dah pandai behave duduk makan dalam highchair. Amik kau, 27 restoran, kalau dapat pergi 7 pun dah syukur hehehe.

Ni gambar antilop.
Before :


After:


Senang okay nak pasang, tak payah screwdriver bagai pun. Aku ingat kena ada screwdriver itu yang keluarkan dari tool box tapi tak payah rupenye.

Okay itu je, sekian. Eh kalau nak pergi IKEA toksah laaa lalu LDP nyah, jem tak hengat sebab Paradgim Mall dah bukak. Lalu la jalan lain selain LDP. Tadi aku guna NKVE, senang je tak jem langsung, balik lalu LDP sebab arah ke Subang Jaya tak jem, yang lorong sebelah lagi lah jem sebab Paradigm Mall arah ke Damansara. Macam bagi info trafik radio pulak dah. Bye.

Tuesday, June 5, 2012

Jalan-jalan

Sejak cuti 2 bulan dari bekerja ni, aku memang dok terperap je kat rumah dengan riyadh. Ye lah, dah selama ni bertahun kerja kan, bila dapat dok rumah jadi jakun jap haha. Tapi best woo, bangun lambattt tambah-tambah lagi riyadh bagi kerjasama yang mantop sebab dia pun bangun lambat. Kalau dia lapar ape ade hal, pandai la dia datang menyusu dengan aku. *the TOP perk of breastfeeding!*

Pastu dapat masak hari-hari untuk riyadh, memang dia jadi mangsa resepi baby version aku, apa pun dia makan so memang best dapat feeling-feeling jadi donna hay. Speaking of masak, korang tak rasa nak cabut ke specs si azwan ali dalam masterchef selebriti tuh? Bila dia nak kena tendang keluar, siriesssss aku tak faham kenapa dia join. Pandai tau astro ni amik hakak azwan tu, memang naik rating masterchef selebriti malaysia tuh sebab ramai nak kutuk azwan ali, macam aku ni ha.

Hari ahad lepas riyadh keluar outing sempena mothercare ade sale hehe tak lah, sempena takde apa-apa sempena pun. Saja nak keluar sebab tengah cuti sekolah kan. Bila cuti sekolah ni subang jaya memang lengang, mall macam subang parade & empire pun tak sesak mana macam weekend biasa, best lah nak berjalan. 

Parents aku ajak keluar brunch & bawak riyadh jalan-jalan. Sebenarnya aku tak nak pergi sebab aku tau aku MESTI terjebak dalam mothercare punya sales tapi sebab tak nak hampakan mak ayah aku, aku pun ikut. Nampak tak yg aku ni anak yg baik. ptuii. Pastu macam magic jugak sebab abah tak main golf di hari ahad, macam nak celebrate pun ade haha. Sorry bah, me love you.

Kitorang makan kat uncle lim's, pastu dah, tu je. Selebihnya lepak kat sofa depan MPH & Mothercare je. Ayah aku lepak baca newspaper sambil jaga riyadh, mak aku masuk MPH dengan adik aku (tq EE sebab belanja riyadh story book), aku masuk mothercare sebab nak buktikan yang memang aku akan terjebak huehuehue.

Best wooo gila babas diskaun tapi aku bangga dengan diri sendiri sebab berjaya tak beli baju or seluar untuk riyadh, kalau tak mesti aku kena perli lagi dengan laki aku nanti "sayang nak bukak francais mothercare eh kat usj 9 ni?". choy! Aku memang sukaaaa sgt baju-baju mothercare, kualiti tip top. Aku rasa 85% baju riyadh dari mothercare kat mesia, kat jakarta, kat bali, kat london. Eh berlagak pulak kau. Baju-baju time riyadh baru lahir elok lagi tak kusam or berbulu or nampak lama, masih lagi cantik.

Ok dah, itu je ceritanya, malas nih, panas wehhh cuaca. Ngantuknyaaaaa. Riyadh kat rumah babysitter sebab bibik nak datang kemas rumah. Nak tidolah. Bye.


Hi. Saya riyadh, saya makan shortbread ni, tak menyempat2 saya nak makan sampai bergelut dengan mama yang nak pakaikan saya bib.


Pastu saya amik timun dari pinggan nasi lemak mama saya.

  

Pastu saya tak faham kenapa mama saya kena amik gambar dengan saya bila saya tengah makan.


Ini tokki dan tokwan saya. Mereka adalah best. Ala gambar terbalik puloks. Mama saya adalah malas untuk edit. Maaf ye.


Tokki saya baca paper, saya minum susu tapi sebenarnya saya ngantuk sebab saya bosan tunggu pompuan pompuan ni shopping.


Tapi pastu mak saya bagi saya lunch. Mama saya duduk je atas lantai sebab dia memang tak tahu malu sikit. Dia cakap "janji homemade food". Saya makan bubur kurma, ada lauk grilled salmon & sup tauhu.


Tokki saya memang kelakar, dia buat saya ketawa sambil makan. Tokki cakap mama saya gemuk masyhur, macam dalam newspaper tuh. Memang mak saya gemuk dan cantik macam aishwarya rai.


Saya happy dapat mainan baru & dah kenyang. Thank you mama. Abaikan tangan mak jemah saya tuh, mama saya tak reti amik gambar, kelihatan seperti saya sedang menggayakan tangan azwan ali tapi sebenarnya saya tengah tepuk mainan tu sekuat hati. Saya adalah macho ye.


Saya juga dapat topi baru, kasut baru, cawan thomas baru dan truck baru yang saya baling-baling. Saya dah pakai kasut size untuk umur setahun. Kasut saya ada corak anchor kapal kat tapak macam anchor kapal papa saya work. Mama saya tergelak-gelak beli kasut anchor, dia cakap "macam budak-budak sekolah leww" kihkih.

Ok bye.

Wednesday, May 30, 2012

Unusual

This is not my usual entry but it's almost 2 in the morning and I can't sleep (this is also unusual me) but please bear with me this time okay? :) Kalau menyampah pun nak buat macam mana kan. hehe. :p

I miss you so much, I really do. We miss you so much.

But I can't imagine how much YOU miss us. It must be so painful for you and i'm so sorry you have to endure that much pain & loneliness. That what makes you a hero, at least, OUR hero.

Rindu sangat dengan abang, rindu semua-semua pasal abang, nak gaduh dengan abang pun saya rindu :)

Rindu nak tengok TV dengan abang.

Rindu nak layan abang main PS3 sambil jerit-jerit bila abang score.

Rindu nak berebut remote control astro dengan abang.

Rindu nak tengok abang semangat baca news bola kat laptop.

Rindu nak pergi pasar tani dengan abang.

Rindu nak masak untuk abang.

Rindu abang sekejap-sekejap masuk dapur sambil dukung riyadh nak check saya dah siap masak belum.

Rindu abang mintak nak rasa apa yang saya tengah masak. 'baby, sikit sikit, sikit je'.

Rindu nak tengok abang makan banyak. Banyak sangat. >.<

Rindu nak tengok abang basuh pinggan.

Rindu nak jalan-jalan dengan abang.

Rindu nak pergi holiday dengan abang.

Rindu nak solat jemaah dengan abang.

Rindu nak mengaji dengan abang.

Rindu nak dengar abang order 'baby, milo dinasour satu, ais lebih' :)

Rindu nak dengar abang bebel kat saya sebab lambat basuh baju riyadh.

Rindu nak tengok abang lipat balik baju riyadh sebab saya lipat tak betul.

Rindu nak dengar abang bebel sebab saya main letak je baju abang & riyadh tak ikut 'giliran'. :p

Rindu nak tengok abang sembang dengan riyadh.

Rindu nak tengok abang pujuk riyadh nangis.

Rindu nak tengok abang dukung riyadh.

Rindu nak tengok abang mandikan riyadh.

Rindu nak tengok abang siapkan riyadh.

Rindu nak TUNGGU abang bersiap. Lama tau. hik.

Rindu nak tengok abang refill air sejuk dalam tupperware.

Rindu nak tengok abang refill air dalam ice cube.

Rindu nak dengar abang bebel kat saya bila tengok saya pegang handphone : "facebook, facebook, facebook". Hehe. 

Rindu nak baca SMS abang hantar kat saya biar abang kat sebelah saya je pun time tu.

Rindu nak dengar abang basuh bilik air SETIAP kali lepas abang mandi. :p

Rindu nak tengok muka berkerut abang bila nampak kereta kita kotor.

Rindu nak dengar abang gelak tengok edisi khas.

Rindu nak dengar abang ceramah kat saya pasal 'business' & uzar.


And the list goes on.

Rindu sangat.

I won't ask you to come home.

I will WAIT for you to come home.

Because I know you WILL come home when your turn is up. Insyallah.

And that's what a wife to a seafarer is best at, we WAIT and will never be tired of waiting.

Thursday, May 17, 2012

Diva Celop

Wuhuuu. Kecoh kat group PGK kat FB pasal statement panas dalam entry salah seorang tunang kepada seorang seafarer baru-baru ni. Mula-mula aku ingatkan dia nak tujukan entry dia kat sesetengah pihak je tapi bila baca entry dia mak aihhh punya berani mati, di aplikasikan kepada kesemua wives orang kapal tuh, mane boleh camtu dik non, mananye tak mendidih semua orang dalam PGK tuh. Memang patut la dia kena maki and kena tegur dengan seniors tapi kalau dah namanya kurang ajar memang takde la dia nak minta maaf ke nak dengar nasihat ke ape ke kan, menjawab lagi noksss, lancar je dia menjawab, pendek kata budak ni memang kurang ajar. Mungkin kaya dengan harta benda tapi serious terkurang dalam budi pekerti.

Apa yang aku kesalkan ialah dia tak sedar, or mungkin dia sedar tapi sebab dah bangga diri sangat dia buat-buat tak sedar, yang entry dia tuh dah memburukkan nama tunang dia. Mungkin bagi dia, dia boleh hidup tanpa komuniti partners seafarers ni sebab dia boleh hidup sendiri kat utagha nun tapi dia tak fikir impak entry dia kat tunang dia, or husband to be dia nanti.

Kat atas kapal nun hidup diorang dipendekkan cerita memang tak indah. Kerja, laut, kerja, laut, kerja, laut, masuk port, kerja, keluar port, kerja, laut, kerja, laut. Entertainment yang ada selain main games, karoake, sukaneka & layan movie adalah berborak bersembang dengan orang-orang atas kapal, tak kira officers atau rating, mereka memerlukan antara satu sama lain.

Bila si diva wanna be tu buat entry macam tu, aku pasti semua partner yang baca akan berdesuppp bagitau suami masing-masing, sama ada through email atau menunggu suami masuk port untuk bercerita. Kalau suami yang dah ada kat port tu tak payah cerita lah kan, memang confirm dah bagitau punya sambil update berita terkini hiburan sensasi ngeh ngeh ngeh.

Bila berita macam ni dah sampai atas kapal, nak tak nak memang tunang si diva ni akan terkena tempiasnya. Walaupun suami-suami kami ni takde la nak amik port pun cerita-cerita gosip mak jemah ni tapi bila tunang budak tuh naik kapal tak lama lagi, mesti ada yang akan teringat gosip ni lalu berkata "ooooo..tunang ko la ekk yang cakap kitorang ni tak reti nak ajar bini sebelum naik kapal ekkk???".

Yes, itu yang budak gems tu cakap "orang kapal ni tak reti nak ajar bini masing-masing untuk jadi educated sebelum naik kapal". Very the kannn????

Tak kisahla dik non, ko pun baru sebulan je bertunang, tak rasa lagi pahit masam bergelar isteri seafarer ni, sekarang ni yang ko rase manissssss je. Aku pun baru nak masuk 2 tahun kahwin, anak baru seorang tapi aku takde la nak kurang ajar dengan seniors, aku respect diorang semua, semua berpelajaran tinggi, bekerjaya hebat bagi yang bekerja tapi yang paling penting diorang ni tabah. Sangat tabah. Sebab tu kadang-kadang tu kalau aku nak tanya apa-apa aku akan tanya kat a few yang aku rapat or terus post persoalan aku kat group tu, ramai lah yang sedia membantu nanti. 
Bukan nak membelakangkan family sendiri tapi kadang-kadang tu hanya yang mengalami akan memahami. Serious.

Bila dah berumahtangga dengan seafarer ni orang jarang nampak yang elok-elok. Sebabnya kita sebagai isteri yang 'ditinggalkan' untuk berbulan lamanya akan secara otomatik akan memikul tanggungjawab sebagai ayah, ibu dan tidak keterlaluan kalau aku cakap sebagai 'ketua keluarga' buat sementara waktu. Semua keputusan akan bulat-bulat diserahkan kepada kita esp bila keadaan memaksa atau ada emergency. Itu belum lagi orang luar sana yang bergurau senda pasal keperluan 18sx. Apa, ko ingat kahwin ni untuk main je? Tak ada amanah dan tanggungjawab lain dah selain keperluan batin? Sheesssh puhleasseee, so shallow lah uolss!

Anyway, kami tak macam wife lain yang ada suami bersama setiap hari, bila ada apa-apa yang memerlukan jawapan dan keputusan, terus call suami "bang, boleh ke kalau bla bla bla". Kadang-kadang tu aku faham, bukan untuk minta izin sebab dah tau suami akan izinkan tapi sebab itulah sifat seorang isteri, memang akan sentiasa bergantung kepada 'pintunya' ke syurga itu.

Tapi kami, bila bawak anak pergi hospital dan doktor cakap "anak puan kami nak pantau, nak drip air, puan nak kami admit kan ke atau nak stay kat observation bay je?" atau "your baby has viral infection but we are thinking of giving him antibiotic, do you agree maam?", dan kau adalah berseorangan, kau takkan boleh nak call suami time time tu jugak, kau cuma tarik nafas panjang, fikir sejenak dan bagi jawapan kat doktor. Sukar macam mana pun, itulah realiti yang perlu dihadapi.

Sebab tu bila suami pulang ke rumah, aku percaya ramai yang disalah anggap membuat segala keputusan dalam rumahtangga dan bukannya suami. Hakikatnya bukan begitu, kami masih memerlukan izin dan persetujuan suami cuma orang akan nampak kami yang lebih 'lantang' kerana kami dah 'terbiasa' berdikari dan suami memang percaya 120% dengan keputusan yang kami buat. 

Bukan suami kami tidak mampu bersuara tapi itulah indahnya hubungan suami isteri yang bekerja berbulan di lautan ini, kami penuh demokrasi. Tiada istilah 'aku suami, ikut cakap aku' tapi kami akan saling bertanya pendapat antara satu sama lain sebab kami dah terbiasa hidup sendiri-sendiri, jadi bila dapat bersama untuk seketika cuma kami akan berusaha untuk menjaga hati dan perasaan pasangan masing-masing.

Dan suami pula sedaya upaya cuba memenuhi keinginan isteri dan anak yang berbulan ditinggalkan kerana mereka mahu melihat kegembiraan di wajah kami setiap hari sepanjang mereka bercuti. Kerana bila mereka kembali ke lautan, mereka tidak lagi dapat melihat wajah-wajah yang mereka sayangi tersenyum kepada mereka berbulan lamanya.

Sebab itu, bila dilihat dari blog kakak-kakak & kawan-kawan yang suaminya kerja seperti razmin, bila balik memang akan sentiasa nak bersama isteri dan anak, hatta kerja rumah pun suami buat. Basuh baju, jemur baju, lipat baju, kemas bilik, mandikan anak, bersihkan toilet, potong bawang potong sayur, pergi pasar, hantar isteri pergi kerja, hantar anak pergi sekolah, pergi holiday and all other things yang biasanya tugas seorang isteri, suami yang ambil alih. Memang itu nature pelaut ni, mereka terlalu menghargai keluarga mereka, mereka tidak segan silu menjadi house husband buat seketika. 

Tapi bagi yang tidak memahami : "ikut sangat cakap bini sampai sanggup buat semua kerja" atau "buat apa jadi suami kalau kena buat semua tu" atau "benda kecil macam tu pun nak kena tanya bini?" They just simply don't understand. Explain lah macam mana pun, mereka tidak akan faham so you better don't explain, simple as that.

Sebab itu, konklusinya dari entry diva celop tuh, eh, ingatkan dah habis dah ye pasal diva celop tuh ekeke, bila dah berkawan dengan rakan-rakan partner seafarer nih, janganlah rosakkan hubungan yang ada dengan tulis entry bodoh macam tu. Terlalu bodoh sampai aku rasa nak vote ko untuk jadi blogger terbodoh 2012.

Sebabnya bila kau dah berumahtangga nanti dengan seafarer ni, takkan ada siapa pun yang akan faham konsep-alam rumahtangga-tapi-tak-ada-suami-untuk-enam-bulan melainkan mereka yang bergelar isteri kepada seorang pelaut ni. Percayalah, hatta keluarga sendiri pun takkan faham walaupun kita sangat-sangat memerlukan mereka untuk bergantung harap dan menumpang kasih (macam aku) bila suami tiada di sisi. 

Mak, ayah, adik beradik dan keluarga mertua boleh beri kau moral support yang terbaik yang kau perlukan tapi untuk berkongsi rasa dan kerinduan melampau terhadap suami, geng partner kapal adalah tempat kau meluahkan, walaupun tak kenal tapi percayalah, once dah berceloteh, macam bertahun dah kenal.

Buat diva celop, renung-renungkan dan selamat beramal walau aku tahu kau rasa kau terlalu hebakk untuk terima nasihat kami nih, choyyyy!!!

Tuesday, May 15, 2012

9 Months Young Riyadh Iman

Oh my oh my oh my! Dah sembilan bulan dah Riyadh.

I'm happy but i'm not. Apo ko merepek nih.

Seriously, sangat sekejap masa berlalu. Lepas ni dengan izin Allah, 10 bulan, 11 bulan, setahun, 2 tahun. dapat adik, eh, masuk sekolah, masuk sekolah asrama, masuk oxford (gitew), dating, clash, couple, clash, curang, eh tak, couple, tunang, nikah. Adoi adoi adoi. 

Over kan. 

Hehe, walaupun over dan gedik, mama ingin mengucapkan selamat umur 9 bulan buat buah hati pengarang jantung mama, riyadh yang nakal. Sigh. Serious makin nakal. Habis satu rumah dah round, mengutip bagai, menjerit, semua semua lah yang budak umur dia buat. Diva tau. Eh diva diva jangan sebut ye mak jemah, kang ada orang meroyan ekeke.

Riyadh's milestone? Hmm ape ek, makin laju bergerak dengan pelbagai method i.e mengengsot, merangkak gear reverse, gear D, bergolek kalau dah malas, suke memerintah orang, hehe, suke balling botol susu bila dah habis minum, tapi sekarang dalam separation anxiety phase, please jangan tinggal saya sorang-sorang ye. 

Oh juga dalam mogok makan, a normal phase untuk baby 9 months. Kalau dulu semangkuk ialah 6-7 oz of solid food, sekarang dah turun jadi 3 or 4 oz, kadang-kadang 3 oz pun berchenta nak habiskan, itu pun kalau habis.

Oh dah pandai minum pakai cawan plastik dari 8 bulan hari tu, tahniah atas kemalasan mama yang malas nak menyudu air ke mulut riyadh bila meal time akhirnya riyadh pandai bawak diri dengan minum pakai cawan, syabas bette!

Oh juga dah pandai salam. Salam cium tangan pastu makan tangan huehuehue. Bye-bye tak berapa nak pandai lagi sebab tau nak mengikut orang je, so i tamau bye bye. :p

Oh muka juga dah berubah, no more mama-alike, now dah berevolusi ikut muka papa. Sobs. Pasni ikut muka mama semula ye riyadh. >.< Eh bang, bukan saya tak suka riyadh ikut muka abang, of course saya suka, abang kan hensemmm hihi.

 Hai, saya anak razmin aka mat min.

Dan akhir sekali, makin meninggi. Tak ada lagi orang cakap dia ni umur bawah setahun, semua tanya "dah setahun ye?". Memang tinggi, lagi tinggi dari anak pengasuh yang umur setahun lebih, dari anak kawan2 yang nak masuk setahun pun riyadh lagi tinggi. Nanti kat sekolah mesti kena duduk kat belakang sekali hihi.

Okay, ni nak show off sikit, sempena riyadh masuk 9 bulan, riyadh dapat stroller baru yeay. Thank you papa. No more pinky flowery stroller. Eh aku sayang laaa stroller graco tu, cuma tak muat nak masuk boot myvi. Nanti ada baby girl boleh pakai lagi, tapi papa kena beli alphard la dulu. Ha ni baru betul diva. Ko ada scha nur? Opps terkeluar nama sudeh. ngeh ngeh ngeh.

 Anak mat min lagi.

 Konon-konon syok la tu pejam-pejam mata pulak dapat stroller baru. Gigit kang.
See, panjang kan budak ni?


Happy 9 Months Young baby.
We love you so much!

Semoga terus berada di dalam lindungan Allah, amin...