Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 19, 2012

Homemade Chicken Stock

Sebenarnya bila riyadh dah start solid food, aku telah diberi mandat oleh suami untuk update setiap makanan yang aku masak untuk riyadh supaya tak lupa nanti untuk anak-anak seterusnya. Boleh?

Tapi memandangkan aku ni memang rajin tahap dewa, aku baru nak start sekarang bila riyadh dah masuk 8 bulan. Abang, berikut adalah alasan saya :
1) Saya ma_ _ s.
2) Time riyadh 6 bulan, dia hanya makan fruits & veges puree so tak dikira 'masak' sebab stepnya adalah sama tak kira apa jenis buah/sayur sekalipun : steam-blend-tapis.
3) Time riyadh 7 bulan pun sama jugak, tapi dah start makan bubur (brown rice) & rolled oats (which riyadh tak suka) yang di campur dengan puree fruits/veges. So memasak hanya boleh digunapakai time masak bubur, which tak perlulah saya cerita macam mana nak masak bubur pulak kan.
4) Time 8 bulan ni baru best nak update pasal makanan sebab dia dah boleh makan protein (ayam,ikan,daging) so variety tu ado.

Atas alasan-alasan yang kukuh di atas, saya isytiharkan bahawa saya tak bersalah sebab tak update langsung pasal makanan riyadh sejak dia start solid food 2 bulan lepas. Hehe.

Walaubagaimanapun berikut adalah senarai fruits/vege yang lulus untuk riyadh :
1) Pear
2) Banyak sgt lah bang, rasa macam tak best pulak nak tulis panjang-panjang.

Haha. Okay siries sikit. Sepanjang tempoh riyadh weaning ni, dia hanya allergic kepada 1 perkara : Yogurt dari Farm Fresh, which is expected sebab dia ada eczema so probably riyadh allergic to protein lembu, what more if it is from fresh product macam Farm Fresh ni, which dikuatkan lagi dengan teori bila saya minum fresh milk dari Farm Fresh & menyusukan riyadh, dia memang akan gatal-gatal.
*
End of story, lets start with the first menu : HOMEMADE CHICKEN STOCK

Before 8 months, your baby doesnt need any animal protein since his bowel & kidney are too fragile to process the protein enzymes in animals. But at 7 months, you can introduce your baby to organic smooth tofu which contains soya but be careful since soya can be a possible allergen.

The best way to start introducing chicken to your baby is by first giving him the chicken stock and the best is of course homemade chicken stock. Stok ni boleh campur dalam bubur or oat or with other fruits or vege, terpulang kepada selera anak sendiri. Aku campur dalam bubur riyadh & he loves itttt, siap ada bunyi mmm mmm mmm.

Bahan-bahan :


-chicken bone
-garlic, a clove
-ginger, 1cm x 1cm (kot)
-holland onion, medium size
-1 celery stick
-1 carrot

Steps :
- Campak semua dalam periuk, slow cook for 4 hours. Orang putih reneh sampai 6 jam tapi aku buat 3-4 jam je hehe.
- Bila air dah tinggal 2/3 or half, stop masak, scoop lemak di lapisan atas and buang.


- Tapis semuanya, ambil air sahaja untuk baby, ayam & sayur-sayur yang ditapis tu jangan buang, sayang woo, boleh buat bubur/moi untuk diri sendiri makan.



- Stok perlu jadi stok yang clear untuk baby, tidak ada bendasing. Letak dalam ice cube tray & once dah frozen, chicken stock cubes boleh disimpan dalam tupperware or ziplock bag, simpan dalam freezer and boleh ambil je cube untuk diguna pada bila-bila masa.

Itu je, senang maaa.


Untuk riyadh : Brown rice porridge with carrot & broccoli (blend) + chicken stock & sweetened with pear puree.

Untuk mama riyadh : Guna bahan tapisan tadi, buat bubur ayam McY, sedap!
*
Okay, kita tunggu episod resepi untuk baby seterusnya, mungkinkah bulan depan? wahaha. Bye.

Sunday, April 15, 2012

8 Months Young Riyadh Iman

8 bulan dah. Alhamdulillah :)

Thank you Allah for this greatest gift of all.

Riyadh sekarang makin banyak mulut, banyak sangat. Tapi dah pandai memilih orang. Kalau kat tempat baru dengan orang yang dia tak berapa kenal, memang diam je dia, siap boleh nangis teresak-esak sambil peluk mama. Manja, sangat manja. Macam mama kan? Bukan bab manja, tapi bab susah nak percayakan orang.

Tapi bila dah 'panas enjin' dia, memang suara paling tinggi dia keluarkan, memang banyak sembangnya, sambil bebel. Comel je. Anak sendiri, siapa lagi nak puji kalau bukan maknya kan.

Kuat makan, kalau dulu bubur nasi dalam 2 oz campur dengan puree sayur/buah 1 oz sekali makan, sekarang ni bubur nasi je dalam 3 atau 4 oz, tambah lagi puree sayur/buah 1 0z, tambah lagi dengan sup ayam 1 0z, licin! Tapi berat tak berapa naik, sebabnya kuat main. Merangkak macam main cak cak je, tak berapa nak bersungguh, lagi suka berdiri, duduk pun tak suka. Memang lenguh selenguh lenguhnya kalau ampu dia berdiri sebab suka melompat.

Suka tengok kereta. Kalau dah nampak kereta mulut tu bising uu uu uu. Kalau nampak mama pakai tudung laju je depa tangan sambil tengok luar. Naik kereta memang favourite. Mama tak pernah risau bawak riyadh naik kereta dari dulu sampai sekarang sebab riyadh tersangatlah behave dalam kereta, sikit pun tak nangis. Main kat belakang sorang-sorang, bila penat, tidur. Kesian mama tengok, sabar ye sayang, nanti papa balik, papa drive, mama teman riyadh ye sayang.

Happy 8 months sayang. Be good boy okay?
We love you so much little man!



PICTURE COURTESY OF KAK KAY. TQ KAK.

Friday, April 6, 2012

Today Is Your Birthday

My dear husband,
Today is your 26th birthday.
Happy Birthday sayang :)

As you said this morning, this is the third time you are 'getting old' while on duty, in the open sea.
We laughed, but deep down, I wish I was with you to celebrate your special day. But it's okay, I know someday we'll get the chance, insyallah :)

But one thing for sure, this year, you celebrate your birthday as a FATHER. And I know it means a lot to you. You are a good father, yes you do. You are not with us for 6 months but your love keeps us going, thank you sayang.

I wish you a very happy day today, I hope you have a beautiful year ahead and many more to come, insyallah.

I love you so much, and so does Riyadh. He may know nothing yet but I am very sure one day he will appreciate and honor you as his father, as his hero, for the sacrifices you've made and will make.

I miss you so much.

Happy Birthday My Dear Husband.
^_____^

You are NOT getting the jeep for your birthday, ever!

Happy birthday mr.razmin. >.<

Monday, April 2, 2012

Misi Dua Bulan

Atau orang putih kata; a two months' mission.
*
Misinya adalah untuk kurangkan berat badan. Kurangkan berat badan ye, bukan untuk kurus sebab itu hanya mimpi. Sobs. Kenapa 2 bulan? Sebab lagi 2 bulan laki aku nak balik dah. Bukan la 2 bulan tepat-tepat, 2 bulan setengah lah lebih kurang, tapi kira 2 bulan lah sebab aku dah set aside yang setengah tu untuk kegagalan misi ini di hari minggu bila makan kat luar dengan family. Ihiks. Keji sungguh misi ni ada faktor kegagalan yang dah dikenal pasti.
*
Aku tak ada modus operandi bersenam ala tentera, aku cuma makan bubur. Yes, aku makan bubur dah 2 hari tau. Kagum tak kagum tak? Ceritanya bermula bila aku buat chicken stock untuk riyadh. Riyadh dah nak masuk 8 bulan kan, so sebelum aku kenalkan ayam kat dia time dia 8 bulan nanti, aku rasa better aku kenalkan 'rasa' ayam kat dia so what is the most better way to introduce him, yes, chicken stock.
*
Senang je, aku beli rangka ayam (banyak nutrisi & kalsium), campak celery, carrot sebatang, bawang holland sebiji, bawang putih seulas & halia 1 x 1 cm, letak air sampai rangka ayam tenggelam, tenggek kat dapur, api kecik je, tutup periuk, reneh berjam-jam. Aku buat 4 jam, perghh memang tertanggal isi dari tulang. No garam, no gula ye.

Pastu bila dah siap, cedok keluar minyak-minyak lemak ayam yang berkilat tu, tapis, untuk riyadh amik air tapisan sahaja, pastu yang tulang isi ayam & sayur mayur semua tu aku campak pulak dalam rice cooker, tambah stok dalam 2 cawan, beras 1 cawan, garam secukup rasa, setting rice cooker kat porridge, tunggu 2 jam, bila dah siap maka terhasil lah makanan diet aku di hari pertama : Bubur McY.Hehehe siriessss rase macam bubur McD, maybe sebab ayam tu kan tapi jauh lebih healthy ye noks, maka jadilah McY. Adik aku yang kat UIA pun cakap sedap, habis semangkuk besar dia makan, tapau pulak bawak balik UIA semalam, kelassss.
*
Okay, motif nya ialah, hari pertama di MDB (Misi Dua Bulan) ialah bubur ayam, hari kedua ialah bubur sardin. Wakakaka. Buruk benor bubur sardin tapi of course lah sedap kan,jangan panggil i mak jemah hokay kalau tak sedap :p
*
Pun senang, beras setengah pot, air secukupnya, ikan sardin dlm tin kecik, carrot, celery, halia, bawang putih, bawang holland, garam sesudu kecik, campak semua dalam rice cooker, tunggu 2 jam sambil buat kerja rumah (tak ke gaya hidup sihat tu). Dah siap, tabur ikan bilis & bawang goreng homemade, sedap woooo.
*
Bubur ni makan semangkuk pun dah kenyang kan, kalau makan nasi dengan lauk sedap sedap harus makan berpinggan pun tak kenyang kan maka inilah alternatifnya. Ok fine, memang ayat nak sedapkan hati sendiri. Sobs.
*
#1: Bubur McY
*
*
#2 : Bubur Sardin
*
*
Dan ini adalah antara barisan calon-calon penggagal misi dua bulan aku.
Haih sedapnya nasi budu. *sigh*
*
*
Mari doakan aku berjaya mengharungi MDB ini. Kalau aku berjaya korang jugak yang gembira hahahaha.
Gilos.
Okay bye.

Wednesday, March 21, 2012

Hello Papa!

Lepas 2 bulan razmin belayar hari tu aku pergi Bintulu bawak riyadh kan. Sentap tau mak sebab bila lepas kahwin dia belayar takde pulak dia suruh aku pergi jumpa dia, ni dah ada riyadh beriya tetapkan syarat kena pergi Bintulu 2 bulan sekali sebab nak jumpa riyadh. Okay fine.
*
Aku pergi 3 hari 2 malam. Wah macam destinasi bajet lak 3 hari 2 malam. Yang tak tau cerita destinasi bajet dok diam-diam. Aku mula jatuh hati kat Qi time dia jadi host destinasi bajet, pastu dia couple dengan Yuna aku dah patah hati siket sebab time tu aku tak berapa suka Yuna tapi sekarang Yuna dah buat lagu Terukir Di Bintang untuk Qi aku dah suka semula kat Yuna sebab lagu tu best, feeling italy gitu. Semoga jodoh Yuna bersama Qi untuk selamanya amin.
*
Okay back to Bintulu scene, walaupun bandar Bintulu ni ado-ado sajo, aku selesa je pergi sana and enjoy jugak walaupun laki aku tak bagi pergi mana-mana sampaikan makan pun dia suruh room service je sebab dia risau aku berdua je dengan Riyadh. Tapi kalau dah namanya iron lady macam meryl streep, takkan nak dok diam kan, aku pun mintak izin nak pergi mall kat bawah hotel, itu pun jadilaa. Syok jugak sebab dapat pergi guardian beli mask muka iyelah persediaan nak menyambut suami haruslah muka kena berseri-seri. Mask acai berry 5 hengget pun jadilah kan, berseri giteww, tenang muka suami memandang, berganda pahala dapat. Ok diam sekarang Y.
*
Apa aku nak tulis sebenarnya ni eh. Owh, aku nak letak gambar riyadh dengan papa dia selepas 2 bulan tak jumpa. Kenal ke tak? Kenalllll, kalau dah nama darah daging sendiri, haruslah dia kenal. 50% darah daging riyadh adalah dari bapaknye kan.

Tak nangis pun budak ni. Siap nak menyusu pegang tangan razmin bagai, tidur pun nak mengiring kat razmin, pastu razmin bagi makan elok je dia duk diam razmin pangku. Kalau aku pangku nan hado la nak duk diam, harus bersilat nak lepaskan diri. Razmin mandikan dia siap sembang-sembang, razmin pakaikan pampers pun senang, takde macam dengan aku. Kalau dengan aku dia siap angkat bontot dia tinggi-tinggi pastu berguling sambil tarik pampers dia. Tak ada okay, tak ada. Dengan razmin dia lah budak paling baik budi. Memang lenje bak kate orang ganu. Maksud lenje cari sendiri hikhik.
*
*
Eh?
*
Eh mama, papa la!
*
Okay papa come here i nak check jerawat kulit you dah kurang ke belum.
*
Dekat sikit papa, jangan ngelat.
*
Haish, tak cuci muka ke pa, masih seperti dulu.
*
Owh no no no please no! Kulit i pakai moogoo pa!
*
*
*
*
*
Makan beradab.
*
Alolo manjanyeww. Papa tak sedar pun riyadh oiii, papa dah kroh kroh.
*
*
Ok bye papa.
Itu je, 12 jam je bertemu. Eh silap, 12 jam yang sangat bermakna, alhamdulillah.
Thank you sayang, we love you so much!
*
2 minggu lagi ke Bintulu lagi kamik orang! ^_______^

Thursday, March 15, 2012

7 Months Young Riyadh Iman

Mama mengantuk ni riyadh.
TAPI, Happy 7 Months Young anak mama, anak papa.
*
Dah 7 bulan Riyadh ceriakan hidup kami sekeluarga, semoga semuanya indah sampai ke syurga, amin.
*
Riyadh makin suka makan sekarang, kalau lambat suap siap lah dia buat bunyi berderam macam harimau nak terkam arnab. Kalau dah buat berderam tu tapi kita lambat suap, dia akan jerit macam arnab kena terkam dengan harimau tadi. Haish.
*
Dah pandai bersosial. Tunjuk kamera macam nak ambil gambar dia, confirmmm senyum. Kalau tengok Ipad2 nenek dia,dia dah tau mesti nak skype dengan Mama Chu kat Jordan. Bila skype mesti gelak-gelak jerit-jerit. Nasib baik mama chu layan ko nak.

Kalau kat rumah acik siti, suka sangat buli fadhila anak acik siti. Mentang-mentang lahir tahun yang sama (riyadh bulan ogos, dila bulan mac 2011), memang dibulinya cukup-cukup dila.

Riyadh suka berebut remote control astro dengan dila. Mama report kat papa, papa suruh mama beli remote astro kat kedai DIY untuk riyadh, buat dummy. Mama pulak kena sound dengan papa sebab tak beli mainan macam remote untuk riyadh. Hepp!

Kalau dila tidur kat sebelah dia, bukan sebelah sangat, jarak 1 meter, confirm riyadh bergolek mengengsot ke arah dila sebab nak tarik rambut dila, sampai dila nangis. Rambut kak wawa & kak zureen (kakak-kakak fadhila) pun riyadh suka tarik.

Tapi riyadh paling suka buli dila. Kalau dila merangkak/jalan depan riyadh, riyadh tendang manja manja dila tapi dila nangis jugak. Petang tadi acik siti cakap riyadh tarik kaki dila tak nak bagi dila gerak. Riyadh riyadh, nasib baik acik siti sayang. +_+

Sekarang ni kalau tinggal riyadh sorang-sorang mesti riyadh jerit. Pastu bila nampak kelibat sape-sape kat rumah ni riyadh akan tegur sambil depa tangan. Haipp. Suka nau berdukung. Tapi yang paling buat mama ketap bibir sebab suka sangat masuk bawah coffee table nenek. Siap bawak masuk mainan sekali. Ni tak merangkak lagi ni. Semoga mama cemerlang menjadi kurus dalam program Riyadh Weight Management. +_+
*
*
Riyadh at 7 months :

Mula-mula kontrol comel.
*
Lepas tu golek ke kanan sambil tarik mainan yang paling menarik di mata.
*
Lepas tu sambil sebelah tangan pegang mainan yang menarik hati tadi, tangan sebelah lagi capai kayu meja untuk support yang lebih baik, supaya cepat dapat masuk ke bawah meja sebelum mama tarik keluar.
*
Kalau guna tangan membuahkan hasil yang tidak mapan, tolak dengan kaki pulak ye, setelah stokin ditarik sehingga tertanggal.
*
Akhirnya, dapatkan posisi yang terbaik dan mula sembang dengan mainan yang paling menarik tadi. Setel! Kemudian dengar mama jerit sambil buat muka tak bersalah.
*
*
Happy 7 Months sayang, semoga terus menjadi anak yang soleh dan semoga Allah permudahkan segala urusan kamu sayang.
We love u so much. :-*
*
Ngantuk, tapi tetap mau main.

Wednesday, March 7, 2012

Poligami.

Woot woot. Tajuk mengundang kontroversi mak nih. Hehe.


Sebenarnya ni entri rentetan daripada topik kat Hot FM pagi tadi. Diorang bukak topik sudut positif berpoligami. Mula-mula dengar tajuk, fitrahnya sebagai wanita aku terus 'hak eleh apehalll' tapi teruskan jugak mendengar walaupun sekarang aku lebih suka dengar Era sebab ada Johan Raja Lawak dalam JOHARA di pagi Era, lagi simple & of course lawak nak mampsss. Memang sengal habis si Johan ni, sorry la kalau ada yang tak suka dia tapi aku & razmin suka sangat kat Johan ni dari Zizan sebab Johan lagi real. Perghhh champion lah!


Eh terkeluar tajuk lak. Berbalik kepada topik sudut positif poligami ni kan, aku tau dan memang dibesarkan dengan perpektif bahawa poligami itu tidak salah dan dibenarkan dalam Islam. (dibesarkan dengan perspektif dari pengajian di universiti ye, bukan dari pengalaman keluarga. choyy tau speku awal-awal). Kalau nak cerita pasal dalil dalam poligami ni, memang banyak la kan, dari ayat Al-Quran sampaikan sunnah Rasulullah & pendapat 4 Imam besar tapi bukan itu yang aku nak share.


Aku nak share cerita seorang caller ni yang dah buka minda aku sebanyak beberapa percent pasal sudut positif poligami ni. Nama dia ape ntah aku lupa, Hariz kot. Wah terus ombak rindu kannn.


Cerita dia, dia baru berumur 30 tahun tapi dah ada isteri dua. Isteri kedua dia adalah bekas GRO. Senang cite, korang tau lah kan kalau GRO tu kerjanya macam mana, pakaiannya macam mana, wallahualam. Katanya die bukan berkenalan kat kelab, tapi kat kedai makan. Dia mendekati perempuan tu dan setelah kenal, dia minta izin isteri pertama dia untuk bernikah dengan GRO tu.


Surprisingly, first wife dia izinkan. Dipendekkan cerita, si Hariz ni cakap sekarang isteri kedua dia dah bertudung litup, berjubah, sudah kenal semula dengan sejadah dan sudah kembali menemui orang tua di kampung lepas bertahun-tahun tak balik kampung sebab bergelumang dengan dunia GRO. Dia dah jadi muslimah yang baik alhamdulillah.


Apa yang menarik perhatian aku ialah pesanan Hariz kat akhir cerita dia. Dia cakap, sebagai lelaki, jangan main-mainkan hati dan perasaan wanita. Ramai yang berpoligami sebab berpegang kepada nas yang menghalalkan seorang lelaki berkahwin sehingga 4 isteri, tapi kalau dah kahwin lebih seorang, kehidupan lebih huru hara, baik tak payah kahwin lebih.


Nak jaga seorang isteri mungkin senang, tapi kalau ada anak-anak, itu kan amanah Allah.. Macam mana nak tunaikan kewajipan ke atas amanah ini kalau hidup dok pening bertekak dengan bini number one two three four.


Lagi satu, kalau tak yakin boleh bimbing wanita di jalan Allah, jangan kata kahwin dua tiga empat, nak mulakan hidup berumahtangga dengan seorang bini pun kena fikir panjang sebab kalau tak senget lah bahu kiri tu, berattttt.. nauzubillah.


Aku suka sangat dengar penjelasan Hariz tu, memang membuka minda aku dan slowly jadi toned down sikit dengan konsep poligami, nampak keindahan poligami tu kalau lelaki-lelaki yang pasang hajat nak berpoligami ada pemikiran macam Hariz. Dari seorang GRO, dah jadi isteri yang mithali. Mungkin ada keberkatan dalam berpoligami di situ bila niat Hariz bukan berlandaskan nafsu dan isteri pertama dia redha. Dia sendiri cakap, bila dia nak kahwin dengan GRO tu, bukan setakat isteri dia, dia pun sedih sebab dia tahu dia dah lukakan hati isteri dia tapi dia juga redha. Kalau dua-dua tak redha, mungkin tak bahagia macam sekarang katanya. Dan sebab keredhaan itulah dia makin sayang dengan isteri pertama dia.


Above all, aku kagum dengan isteri pertama Hariz tu. Izzah kot namanye ekekeke. Okay siries sikit. Honestly, aku rasa aku tak mampu untuk jadi redha seperti itu dan aku harap razmin tak ada keinginan untuk berpoligami. Uhuk uhuk. Bila difikirkan rasa menusuk nusuk sebak semacam je dada ni. Begitu hebat jiwa isteri yang merelakan seorang suami untuk berpoligami tanpa sebab macam sakit, tak boleh beri zuriat etc. Semoga hidup Hariz sekeluarga bahagia hingga ke syurga, amin...


Tapi siapa tahu kan, satu hari nanti keadaan akan berubah, kita hanya merancang...
Wallahualam..


*DISCLAIMER : ENTRI INI TIADA KAITAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAHTANGGA AKU YE NOKS. HIDUP KAMI LAKI BINI BAHAGIA ALHAMDULILLAH, TAK ADA ORANG KETIGA KEEMPAT KELIMA. JANGAN INTAI-INTAI LAKI AKU YE, DIA TAKDOK PONG, ADA KAT LAUT NUN EKEKE.




Tapi riyadh tak kahwin lagi, boleh lah kalau kapel ramai-ramai.

Hehe..budak yang sangat suka skype dengan adik aku, pantang nampak ipad2 tok wan dia, melompat-lompat nak tengok, vain taww!