Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 23, 2012

Salmon Rocks! Recipe #1


Haih, dah macam donna hay pulak aku rasa aku nih, sakan sungguh nak upload resepi anak. Maklumlah penganggur katakan. Eh, tak keje ke mak jemah? Ihiks, lain tahun I story ye uols.

Start dari hari sabtu hari tu aku kenalkan riyadh dengan his second eh third protein source. First tofu, second ayam, third : SALMON. Yumss! Why salmon?

This is why (from C.Bailey). Salmon is an oily fish, bukan oily skin, tapi ikan yang kaya dengan omega-3 fats DHA & EPA. Lemak-lemak ini penting untuk support brain & nervous system, and also for hormone production. Salmon juga boleh cantikkan kulit sebab salmon ada vitamin E and the mineral selenium. Together gether dengan DHA & EPA, vitamin & mineral ni pentinggggg untuk kulit bermasalah, khasnya untuk baby yang ada eczema (and psoriasis), macam sape ek, hmm, ye betul, macam cik riyadh!

Aku buat 2 resepi, resepi lah sangat kan padahal main campak je. Okay takpe, riyadh tak tau pun, dia tau makan je. 1 resepi untuk 2 hari, 2 resepi, 4 hari, maka cukuplah untuk 4 days wait rule.

Hari ni (Isnin) hari ketiga & so far riyadh cemerlang makan salmon, tak ada naik rashes, poo poo pun okay, wangi. Hehe. Maybe sebab family aku memang makan salmon esp mak aku yang favourite dia memang salmon. Kalau kat rumah dia buat grilled salmon, marinade dengan black pepper & garlic, fuh sedap! Kalau makan kat chilis pun mak mesti order salmon padahal lamb chop chilis yang lagi sedap, pergi roma's pun mak order salmon padahal ribs die lagi sedap. Takpe mak, i love u.

Okay, cukuplah cerita pasal nenek riyadh. Entri ni panjang sikit sebab ada dua jenis masakan salmon ye.

1) GRILLED GARLIC SALMON WITH STEAMED PUMPKIN & BABY PEAS.

Nama tamau kalah, semua bahan nak masuk ekeke.


Bahan-bahan :
- salmon (buang kulit & tulang). The best is frozen norwegian flow salmon but any salmon will do. Norwegian flow mahal nak mampos sangat.
- 1tbsp unsalted butter (nak guna Virgin Olive Oil pun boleh)
- garlic, a clove, finely diced
- pumpkin, diced
- baby peas
- brown rice porridge

Steps :
- sautee salmon with garlic in unsalted butter. Pastikan salmon betul-betul masak, i.e salmon tu jadi flakey.
- dalam masa yang sama steam veges sampai lembut.


- bila salmon dah masak, masukkan bubur, kacau perlahan-lahan sampai salmon dah mix dengan bubur
- masukkan steamed veges tadi, siap!

Bila nak makan, boleh mash bagi hancur or tak mash pun takpe or blend kasar, ikut lah baby dah makan tekstur macam mana kan. Macam riyadh, aku blend kasar or bahasa omputih, blend to form a coarse puree. Gitu.


Masuk dalam thermos sebab nak pergi lunch kat Glenmarie sambil tengok tokki main golf tapi tak jadi sebab tokki nak tengok golf kat TV je. Hancur harapan mak jemah nak makan nasi ayam tersedap di dunia. +_+

Eh tetibe kan aku malas nak type resepi kedua, nak makan jap, kang aku buat entri lain ye. Ihiks. Bye. 

Friday, April 20, 2012

Homemade Teething Biscuit

Okay  saya angkat tangan saya pernah bagi Riyadh biskut Heinz Farleys Rusk tuh. Tapi itu sebelum saya tau macam mana nak buat teething biscuit. Sekarang saya dah tau, saya pun buat laaaaa. Riyadh sukaaaa sangat, tapi dia suka yang kosong yang ada susu formula sahaja, yang ada perisa buah macam pear & kurma dia tak berapa suka, tak tau kenapa, macam orang tua takde gigi la riyadh ni, suka yang tawar tawar je hehehe. 

Cool cool, bukan tak nak letak EBM, kalau letak EBM doh tu jadi cair loley orang ganu cakap so tak boleh buat sekuk orang ganu cakap. Tak salah pun kan letak formula milk, bukan untuk dia minum, untuk makan. 

Kalau untuk minum pun apa salahnya bagi yang tak mampu nak fully breastfeed, jangan prejudis sangat dengan ibu yang bagi anak minum formula milk, ibu mana yang tak nak fully breastfeed, ibu mana yang tak nak bagi yang terbaik untuk anak. Aku hairan sangat dengan orang yang obses sampai menghina formula milk, tak baik tau, diorang bukannya pakai duit korang pun nak beli FM so shut up or bagi semangat, bagi tunjuk ajar agar next baby boleh fully breastfeed, boleh dok gitu sek sek kito?

Eh emo pulak aku nih. Okay, ini resepi untuk homemade teething biscuit or shortbread. Semudah ABC, 123, alif ba ta, wo ai ni. eh. haha.

Bahan-bahan (untuk dapat 10-12 keping bergantung kepada saiz biskut)
- tepung atta 1 cawan
- unsalted butter 1/2 cawan
- tepung jagung 1/8 cawan
- for flavor : ikut suka, boleh guna puree buah macam pear, pisang, prune tapi pastikan puree kasar, jangan cair ye.If pakai formula milk, hari tu aku dapat sample dari Giant, satu sachet ada la dalam 3 sudu besar.


Steps :
- cairkan butter
- campur semua bahan
- simpan doh dalam peti sejuk dalam setengah jam
- sementara setengah jam tu, preheat oven 180 degrees C.
- lepas setengah jam, bentukkan doh ikut bentuk suka hati. Hati aku suka buat bentuk panjang-panjang, senang Riyadh nak pegang. Sangat bagus untuk baby led weaning.
- masuk dalam oven, bake for 20 minutes in 180 degrees C. Kalau tengok gambar bawah ni, yang color cerah tu aku bake untuk 15 minit, yang brownish tu 20 minit.
- boleh simpan dalam air tight container, letak dalam fridge, tahan lah seminggu bergantung kepada keperluan baby.


Senang kan? Sedap pulok tuh, mama cha Riyadh pun makan hari tu, macam biskut sugi hari raya katanya, sebab cair dalam mulut bila dah kena ayaq liuq, so memang terbaik untuk baby. Paling penting, homemade uolsss, sugar free, salt free, tak macam farley rusk, ada sodium. 

Tapi tanggalkanlah baju anak anda bila bagi dia makan sebab memang sepah yang amat sebab biskut tu rapuh, tapi kalau rajin nak mengemas or ada bibik boleh la pakaikan dia jeans pastu makan atas karpet, huehuehue.

First Haircut

First haircut riyadh di salon. Sebelum ni cukur botak kat rumah panggil imam masjid Alfalah datang time riyadh dalam hari.


Sebenarnya tak plan pun nak gunting rambut dia walaupun dah panjang amat ya rabbi macam baby girl dah tapi semalam time pergi amik dia kat rumah babysitter kat kedai bawah tu ada salon aunty chinese ni tengok tengok aunty tu tengah gunting rambut baby jugak, dalam setahun kot, so aku terus masuk bawak riyadh. Aunty tu cakap "waaa manyak comel baby girl luu, mau gunting yaaa?"


See, sebab tu aku rasa perlu gunting rambut riyadh ni, dah pakai seluar jeans biru baju kemeja siap bagai, masih orang tanya baby girl ye, tambah pulak dengan stroller pink dia ekeke. Ok maapkan mama riyadh, stroller baru bulan depan sampai ye sayang.


Alkisahnya rambut budak ni memang panjang, waktu lahir pun dah panjang, macam artis k-pop gitu. Dah tutup telinga sikit, dah cecah lehar sikit. Bila dicukur botak, dalam masa 2 hari dah tumbuh semula rambut macam padang golf tu, tajam tajam je rambutnya.


Jom tengok permanjangan rambut riyadh tapi gambar tengah gunting rambut takdop la pulok sebab tak bawak handphone, adeh la.


Riyadh 1 hari : rambut cecah tengkuk dah tu.



Riyadh 3 hari : tengok rambut tepi tu.

Riyadh 3 hari : k-pop!

Hari-hari seterusnya :




Rambutttttt tuuuuuuuuuu rimasnyaaa tapi mak sokaaaaa hehehe.


My pretty pretty boy ekeke.


And tadaaaa, budak rambut baru semalam. Ha, baru macam baby boy. Ini kalau orang tanya lagi boy ke girl aku tayang bebird riyadh hehehehe.




^____________^

Thursday, April 19, 2012

Homemade Chicken Stock

Sebenarnya bila riyadh dah start solid food, aku telah diberi mandat oleh suami untuk update setiap makanan yang aku masak untuk riyadh supaya tak lupa nanti untuk anak-anak seterusnya. Boleh?

Tapi memandangkan aku ni memang rajin tahap dewa, aku baru nak start sekarang bila riyadh dah masuk 8 bulan. Abang, berikut adalah alasan saya :
1) Saya ma_ _ s.
2) Time riyadh 6 bulan, dia hanya makan fruits & veges puree so tak dikira 'masak' sebab stepnya adalah sama tak kira apa jenis buah/sayur sekalipun : steam-blend-tapis.
3) Time riyadh 7 bulan pun sama jugak, tapi dah start makan bubur (brown rice) & rolled oats (which riyadh tak suka) yang di campur dengan puree fruits/veges. So memasak hanya boleh digunapakai time masak bubur, which tak perlulah saya cerita macam mana nak masak bubur pulak kan.
4) Time 8 bulan ni baru best nak update pasal makanan sebab dia dah boleh makan protein (ayam,ikan,daging) so variety tu ado.

Atas alasan-alasan yang kukuh di atas, saya isytiharkan bahawa saya tak bersalah sebab tak update langsung pasal makanan riyadh sejak dia start solid food 2 bulan lepas. Hehe.

Walaubagaimanapun berikut adalah senarai fruits/vege yang lulus untuk riyadh :
1) Pear
2) Banyak sgt lah bang, rasa macam tak best pulak nak tulis panjang-panjang.

Haha. Okay siries sikit. Sepanjang tempoh riyadh weaning ni, dia hanya allergic kepada 1 perkara : Yogurt dari Farm Fresh, which is expected sebab dia ada eczema so probably riyadh allergic to protein lembu, what more if it is from fresh product macam Farm Fresh ni, which dikuatkan lagi dengan teori bila saya minum fresh milk dari Farm Fresh & menyusukan riyadh, dia memang akan gatal-gatal.
*
End of story, lets start with the first menu : HOMEMADE CHICKEN STOCK

Before 8 months, your baby doesnt need any animal protein since his bowel & kidney are too fragile to process the protein enzymes in animals. But at 7 months, you can introduce your baby to organic smooth tofu which contains soya but be careful since soya can be a possible allergen.

The best way to start introducing chicken to your baby is by first giving him the chicken stock and the best is of course homemade chicken stock. Stok ni boleh campur dalam bubur or oat or with other fruits or vege, terpulang kepada selera anak sendiri. Aku campur dalam bubur riyadh & he loves itttt, siap ada bunyi mmm mmm mmm.

Bahan-bahan :


-chicken bone
-garlic, a clove
-ginger, 1cm x 1cm (kot)
-holland onion, medium size
-1 celery stick
-1 carrot

Steps :
- Campak semua dalam periuk, slow cook for 4 hours. Orang putih reneh sampai 6 jam tapi aku buat 3-4 jam je hehe.
- Bila air dah tinggal 2/3 or half, stop masak, scoop lemak di lapisan atas and buang.


- Tapis semuanya, ambil air sahaja untuk baby, ayam & sayur-sayur yang ditapis tu jangan buang, sayang woo, boleh buat bubur/moi untuk diri sendiri makan.



- Stok perlu jadi stok yang clear untuk baby, tidak ada bendasing. Letak dalam ice cube tray & once dah frozen, chicken stock cubes boleh disimpan dalam tupperware or ziplock bag, simpan dalam freezer and boleh ambil je cube untuk diguna pada bila-bila masa.

Itu je, senang maaa.


Untuk riyadh : Brown rice porridge with carrot & broccoli (blend) + chicken stock & sweetened with pear puree.

Untuk mama riyadh : Guna bahan tapisan tadi, buat bubur ayam McY, sedap!
*
Okay, kita tunggu episod resepi untuk baby seterusnya, mungkinkah bulan depan? wahaha. Bye.

Sunday, April 15, 2012

8 Months Young Riyadh Iman

8 bulan dah. Alhamdulillah :)

Thank you Allah for this greatest gift of all.

Riyadh sekarang makin banyak mulut, banyak sangat. Tapi dah pandai memilih orang. Kalau kat tempat baru dengan orang yang dia tak berapa kenal, memang diam je dia, siap boleh nangis teresak-esak sambil peluk mama. Manja, sangat manja. Macam mama kan? Bukan bab manja, tapi bab susah nak percayakan orang.

Tapi bila dah 'panas enjin' dia, memang suara paling tinggi dia keluarkan, memang banyak sembangnya, sambil bebel. Comel je. Anak sendiri, siapa lagi nak puji kalau bukan maknya kan.

Kuat makan, kalau dulu bubur nasi dalam 2 oz campur dengan puree sayur/buah 1 oz sekali makan, sekarang ni bubur nasi je dalam 3 atau 4 oz, tambah lagi puree sayur/buah 1 0z, tambah lagi dengan sup ayam 1 0z, licin! Tapi berat tak berapa naik, sebabnya kuat main. Merangkak macam main cak cak je, tak berapa nak bersungguh, lagi suka berdiri, duduk pun tak suka. Memang lenguh selenguh lenguhnya kalau ampu dia berdiri sebab suka melompat.

Suka tengok kereta. Kalau dah nampak kereta mulut tu bising uu uu uu. Kalau nampak mama pakai tudung laju je depa tangan sambil tengok luar. Naik kereta memang favourite. Mama tak pernah risau bawak riyadh naik kereta dari dulu sampai sekarang sebab riyadh tersangatlah behave dalam kereta, sikit pun tak nangis. Main kat belakang sorang-sorang, bila penat, tidur. Kesian mama tengok, sabar ye sayang, nanti papa balik, papa drive, mama teman riyadh ye sayang.

Happy 8 months sayang. Be good boy okay?
We love you so much little man!



PICTURE COURTESY OF KAK KAY. TQ KAK.

Friday, April 6, 2012

Today Is Your Birthday

My dear husband,
Today is your 26th birthday.
Happy Birthday sayang :)

As you said this morning, this is the third time you are 'getting old' while on duty, in the open sea.
We laughed, but deep down, I wish I was with you to celebrate your special day. But it's okay, I know someday we'll get the chance, insyallah :)

But one thing for sure, this year, you celebrate your birthday as a FATHER. And I know it means a lot to you. You are a good father, yes you do. You are not with us for 6 months but your love keeps us going, thank you sayang.

I wish you a very happy day today, I hope you have a beautiful year ahead and many more to come, insyallah.

I love you so much, and so does Riyadh. He may know nothing yet but I am very sure one day he will appreciate and honor you as his father, as his hero, for the sacrifices you've made and will make.

I miss you so much.

Happy Birthday My Dear Husband.
^_____^

You are NOT getting the jeep for your birthday, ever!

Happy birthday mr.razmin. >.<

Monday, April 2, 2012

Misi Dua Bulan

Atau orang putih kata; a two months' mission.
*
Misinya adalah untuk kurangkan berat badan. Kurangkan berat badan ye, bukan untuk kurus sebab itu hanya mimpi. Sobs. Kenapa 2 bulan? Sebab lagi 2 bulan laki aku nak balik dah. Bukan la 2 bulan tepat-tepat, 2 bulan setengah lah lebih kurang, tapi kira 2 bulan lah sebab aku dah set aside yang setengah tu untuk kegagalan misi ini di hari minggu bila makan kat luar dengan family. Ihiks. Keji sungguh misi ni ada faktor kegagalan yang dah dikenal pasti.
*
Aku tak ada modus operandi bersenam ala tentera, aku cuma makan bubur. Yes, aku makan bubur dah 2 hari tau. Kagum tak kagum tak? Ceritanya bermula bila aku buat chicken stock untuk riyadh. Riyadh dah nak masuk 8 bulan kan, so sebelum aku kenalkan ayam kat dia time dia 8 bulan nanti, aku rasa better aku kenalkan 'rasa' ayam kat dia so what is the most better way to introduce him, yes, chicken stock.
*
Senang je, aku beli rangka ayam (banyak nutrisi & kalsium), campak celery, carrot sebatang, bawang holland sebiji, bawang putih seulas & halia 1 x 1 cm, letak air sampai rangka ayam tenggelam, tenggek kat dapur, api kecik je, tutup periuk, reneh berjam-jam. Aku buat 4 jam, perghh memang tertanggal isi dari tulang. No garam, no gula ye.

Pastu bila dah siap, cedok keluar minyak-minyak lemak ayam yang berkilat tu, tapis, untuk riyadh amik air tapisan sahaja, pastu yang tulang isi ayam & sayur mayur semua tu aku campak pulak dalam rice cooker, tambah stok dalam 2 cawan, beras 1 cawan, garam secukup rasa, setting rice cooker kat porridge, tunggu 2 jam, bila dah siap maka terhasil lah makanan diet aku di hari pertama : Bubur McY.Hehehe siriessss rase macam bubur McD, maybe sebab ayam tu kan tapi jauh lebih healthy ye noks, maka jadilah McY. Adik aku yang kat UIA pun cakap sedap, habis semangkuk besar dia makan, tapau pulak bawak balik UIA semalam, kelassss.
*
Okay, motif nya ialah, hari pertama di MDB (Misi Dua Bulan) ialah bubur ayam, hari kedua ialah bubur sardin. Wakakaka. Buruk benor bubur sardin tapi of course lah sedap kan,jangan panggil i mak jemah hokay kalau tak sedap :p
*
Pun senang, beras setengah pot, air secukupnya, ikan sardin dlm tin kecik, carrot, celery, halia, bawang putih, bawang holland, garam sesudu kecik, campak semua dalam rice cooker, tunggu 2 jam sambil buat kerja rumah (tak ke gaya hidup sihat tu). Dah siap, tabur ikan bilis & bawang goreng homemade, sedap woooo.
*
Bubur ni makan semangkuk pun dah kenyang kan, kalau makan nasi dengan lauk sedap sedap harus makan berpinggan pun tak kenyang kan maka inilah alternatifnya. Ok fine, memang ayat nak sedapkan hati sendiri. Sobs.
*
#1: Bubur McY
*
*
#2 : Bubur Sardin
*
*
Dan ini adalah antara barisan calon-calon penggagal misi dua bulan aku.
Haih sedapnya nasi budu. *sigh*
*
*
Mari doakan aku berjaya mengharungi MDB ini. Kalau aku berjaya korang jugak yang gembira hahahaha.
Gilos.
Okay bye.