Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 20, 2012

Homemade Teething Biscuit

Okay  saya angkat tangan saya pernah bagi Riyadh biskut Heinz Farleys Rusk tuh. Tapi itu sebelum saya tau macam mana nak buat teething biscuit. Sekarang saya dah tau, saya pun buat laaaaa. Riyadh sukaaaa sangat, tapi dia suka yang kosong yang ada susu formula sahaja, yang ada perisa buah macam pear & kurma dia tak berapa suka, tak tau kenapa, macam orang tua takde gigi la riyadh ni, suka yang tawar tawar je hehehe. 

Cool cool, bukan tak nak letak EBM, kalau letak EBM doh tu jadi cair loley orang ganu cakap so tak boleh buat sekuk orang ganu cakap. Tak salah pun kan letak formula milk, bukan untuk dia minum, untuk makan. 

Kalau untuk minum pun apa salahnya bagi yang tak mampu nak fully breastfeed, jangan prejudis sangat dengan ibu yang bagi anak minum formula milk, ibu mana yang tak nak fully breastfeed, ibu mana yang tak nak bagi yang terbaik untuk anak. Aku hairan sangat dengan orang yang obses sampai menghina formula milk, tak baik tau, diorang bukannya pakai duit korang pun nak beli FM so shut up or bagi semangat, bagi tunjuk ajar agar next baby boleh fully breastfeed, boleh dok gitu sek sek kito?

Eh emo pulak aku nih. Okay, ini resepi untuk homemade teething biscuit or shortbread. Semudah ABC, 123, alif ba ta, wo ai ni. eh. haha.

Bahan-bahan (untuk dapat 10-12 keping bergantung kepada saiz biskut)
- tepung atta 1 cawan
- unsalted butter 1/2 cawan
- tepung jagung 1/8 cawan
- for flavor : ikut suka, boleh guna puree buah macam pear, pisang, prune tapi pastikan puree kasar, jangan cair ye.If pakai formula milk, hari tu aku dapat sample dari Giant, satu sachet ada la dalam 3 sudu besar.


Steps :
- cairkan butter
- campur semua bahan
- simpan doh dalam peti sejuk dalam setengah jam
- sementara setengah jam tu, preheat oven 180 degrees C.
- lepas setengah jam, bentukkan doh ikut bentuk suka hati. Hati aku suka buat bentuk panjang-panjang, senang Riyadh nak pegang. Sangat bagus untuk baby led weaning.
- masuk dalam oven, bake for 20 minutes in 180 degrees C. Kalau tengok gambar bawah ni, yang color cerah tu aku bake untuk 15 minit, yang brownish tu 20 minit.
- boleh simpan dalam air tight container, letak dalam fridge, tahan lah seminggu bergantung kepada keperluan baby.


Senang kan? Sedap pulok tuh, mama cha Riyadh pun makan hari tu, macam biskut sugi hari raya katanya, sebab cair dalam mulut bila dah kena ayaq liuq, so memang terbaik untuk baby. Paling penting, homemade uolsss, sugar free, salt free, tak macam farley rusk, ada sodium. 

Tapi tanggalkanlah baju anak anda bila bagi dia makan sebab memang sepah yang amat sebab biskut tu rapuh, tapi kalau rajin nak mengemas or ada bibik boleh la pakaikan dia jeans pastu makan atas karpet, huehuehue.

No comments: