Hari ni dah 4 bulan 1 minggu razmin belayar.
Walaupun bulan februari hari tu dah jumpa dia untuk 12 jam tapi rasa rindu tu makin hari makin tebal.
Orang kapal / bini orang kapal panggil ni 'sindrom 4 bulan'.
4 bulan adalah limit yang paling lama untuk hati ni jadi kuat sebenarnya. Lagi 2 bulan adalah hati yang makin rapuh & penuh pengharapan agar suami pulang tepat pada masanya dan akan ada reliever untuk naik kapal bagi menggantikan suami.
Tapi ada juga reliever yang refuse untuk sign on tanpa sebab munasabah, dan orang-orang seperti ini aku label sebagai orang yang zalim. Zalim kerana menafikan hak seorang lelaki untuk bertemu ibu, ayah, isteri, anak dan keluarganya. Zalim kerana menafikan hak seorang ibu dan ayah untuk bertemu anaknya. Zalim kerana menafikan hak seorang isteri untuk bertemu suaminya dan paling zalim kerana menafikan hak seorang anak untuk bertemu ayahnya.
Tapi alhamdulillah, Allah Maha Adil. Minggu lepas ada 4th engineer sign on kapal yang razmin naik sekarang. Member laki aku jugak. Sekarang atas kapal ada dua orang 4th engineer. Razmin sangat happy! Sebab? Sebab reliever dia dah ada dah atas kapal!
Walaupun dia hanya boleh sign off 2 bulan lagi tapi tak ada sebab untuk office tak sign off-kan razmin bila dia dah due yeay yeay. Alasan standard tak boleh sign off adalah tak ada reliever kan, so sekarang dah ada sorang lagi 4th, and kapal pulak memang route bintulu-hakata sahaja maka bila sampai masanya insyallah suamiku akan pulang, of course lah dari bintulu kan, takde maknanye office nak beli tiket flight dari hakata kalau memang masuk bintulu 2 minggu sekali.
See, nampak tak 'hati yang penuh pengharapan' di situ?
Serious memang sangat berharap. Kalau razmin dapat sign off bulan 6 nanti, aku lah insan paling happy sebab dapat sambut ramadhan dan syawal bersama suami dan anak. Tahun lepas sambut jugak tapi time raya baru 15 hari bersalin so memang tak beraya mana la kan.
Alhamdulillah syukur atas segala rahmatNya...
Buat ofis laki aku, janganlah hancurkan harapan mak jemah yang cantik ini ye, ihiks.
Meh tempek gambar laki, asyik tempek gambar anak, gambar makanan, gambar anak, gambar makanan bohsan lah.
alololo suwitnyeww pengantin baru nieww jalan jalan kat vietnam.
.
eww sumpah geli. Haha. Okbai.



No comments:
Post a Comment