Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 27, 2012

Riyadh Masuk Wad

Riyadh masuk ward untuk kali ketiga pada 9 April 2012. (keempat kalau dikira yang dia admitted seminggu lepas lahir kat NICU). Semuanyadi DEMC Shah Alam.

Kali ni riyadh warded due to high fever and later on, he was diagnosed with ulcerative pharyngitis. Pharyngitis ni in simple term is sore throat, sakit tekak lah lebih kurang but it appears in the ulcerative form, because of the viral fever.

Riyadh being riyadh, budak yang tak banyak ragam langsung sejak lahir walaupun demam and warded dua kali sebelum ni dia memang tak nangis siap senyum senyum makan ubat, pakai nebulizer & buat physio, tapi bila dia dah kesakitan yang amat hari tu, dia menangis dan menangis and tangisan dia memang aku tak pernah dengar sebelum ni, resulting in aku panik and dengan aku aku sekali menangis tsk tsk.

Disebabkan ulcer ni, riyadh tak makan minum, hatta breastfeed sekalipun tak nak.. Biasanya kalau dia tak sedap badan, and most babies too, akan nak mengempeng and breastfeed semata-mata bila tak sihat kan, because they tend to find mother's breasts are a comfort tapi this time around, riyadh tak nak setaknak taknak nya which sangat sedihkan aku. :(

Mula-mula 8hb April pagi, sebelum subuh dalam pukul 5 pagi kot, riyadh nak susu, so macam biasa dia akan tepuk-tepuk aku and selak baju aku, aku pun biar je dia menyusu tapi melompat aku pagi tu sebab badan dia panassss sangat! Aku check badan dia, temperature 38.8,cepat cepat bukak baju dia, pakaikan pampers je & jeram badan and kepala dia dengan air sejuk, pastu sekali nampak bintik-bintik merah ni kat leher.


Hmm, campak ke eh? Masalah aku pulak, kat rumah takde orang langsung. Parents aku macam biasa holiday lah kan, eh tak, diorang pergi umrah. Adik-adik aku takde kat rumah, abang aku pun takde so aku blur tak tau nak tanya kat sape kan, so aku pun siap-siap, terus bawak riyadh pergi DEMC. Nasib baik hari ahad kan, so jalan tak jem pagi tu.

Sampai ER kat DEMC,doctor on duty check temperature dah turun ke 37.6, riyadh pun nampak okay so doctor cakap takde pape, aku pun ballik rumah.

Bila dah kat rumah tiba-tiba petang tu riyadh dah start menangis menangis tak berhenti, berdukung pun tak nak, minum susu pun tak nak, makan pun tak nak, apa pun tak nak. Bila dia penat, dia tidur, pastu dia bangun nangis nangis tak berhenti, pastu penat, dia tidur. 


 Sepanjang malam macam tu and pagi tu dalam pukul 8 lebih dia masih macam tu tapi kali ni temperature badan dia shoot up, dah jadi 39.1 and aku rasa panik tak tau nak call siapa, terus aku call tasha, bakal tunang abang aku.

Flight tasha baru sampai dari Colombo, dia balik rumah tukar baju semua pastu terus datang rumah. Kesian tasha sebab aku tau dia mesti penat sebab dia kerja dari flight pukul 10 malam sebelum tu and bila sampai KL terus amik aku kat rumah, bawak riyadh pergi DEMC.

Sampai DEMC, terus aku demand, demand okay, nak jumpa pakar. Cet macam anak dia sorang je sakit kan tapi pedulik lah kan huahuahua. Ramai betul orang kat DEMC biasalakan hari Isnin, nak amik MC kot ekekeke tak baik aku nih sempat lagi tuh mengata.

Bila dah jumpa paed yg oncall hari tu, Dr.Koshy, terus dia advised untuk admit ward sebab dalam mulut riyadh penuh dengan ulser and badan dia flare up due to heat trapped dalam badan. Kesian riyadh. Pastu aku and tasha bawak riyadh pergi lab untuk amik darah, confirmed viral fever dan virus tu yang sebabkan ulcer penuh dalam mulut riyadh, hence the ulcerative pharyngitis.

Aku bagi nurse kad ING riyadh and nurse uruskan admission. Lajuuu je diorang ni kalau ada insurance ek huehuehue, biasa lah tu kannn kat mana-mana pun kan kehkeh. Alhamdulillah, walaupun razmin takda tapi sekurang-kurangnya coverage insurance untuk anak bini oleh MISC sangat tip top and tinggi coveragenya esp untuk outpatient patient.

Aku tasha and riyadh stay kejap kat observation bay sementara tunggu nurse uruskan admission and kat bay tu lah riyadh kena cucuk untuk drip air. Tasha suruh aku keluar sebab dia tak nak aku tengok riyadh kena cucuk, kesian kan tapi naluri hati seorang ibu aku wahh gitu, kuat cakap anak aku ni okay punya, which is true sebab budak riyadh ni tak nangis pun kene cucuk untuk drip air. Clap clap! Oh, amik darah pun dia tak nangis, cuma nganga mulut macam nak cakap 'ouch' hehehe. Tapi bila dia perasan ada nurse pegang dia tak nak kasi dia gerak ha baru dia merengek. Anak aku ni memang, janganlaaa biar pergerakan dia terbatas, pantang tauuu.

Pastu masuk ward. Sebelum ni riyadh stay kat wad mutiara i.e wad kanak-kanak tapi kali ni aku tak nak sebab kena tunggu pukul 2 baru boleh masuk sebab wad penuh, and sebab utama is aku tau wad tu boleh tahan bising kalau dapat bilik dekat dengan playroom sebab dah namanya playroom kan, budak yang sakit and yang tak sakit enjoy la main dalam playroom tu kan. Riyadh ni pulak jenis telinga lintah, bunyi syiling jatuh pun dia boleh terjaga dari tidur haishh cuma dia jenis tak nangis je tapi pastu mak dia tak dapat tidur mana la kan kalau dia terjaga. Nampak tak motif akhir di situ? Ekeke.

So kitorang pilih nak stay kat executive ward kat tingkat 6. ING cover bilik RM150 per night (single room), so the remaining of charges kat exec ward ni bayar sendiri. Tak kisahlah kan, janji selesa. And memang selesa bangat lah alhamdulillah. Sunyi je and of course lah nurse extra baik extra semua semua nya. Thank you suami untuk semuanya.

Exec room 601. Mama cha tidur kat day bed, mama atas katil dengan riyadh.

Takdop mood.

 :(

3 hari 2 malam, alhamdulillah, riyadh progressing well. Ubat dia, doctor bagi ubat untuk kebaskan mulut, so dia dapat menyusu and also drops untuk ulcer dia. Antibiotik bagi untuk first day sahaja sebab tau je lah aku kan, antibiotik is a big NO since riyadh cuma ada viral fever and that's the best about Dr.Koshy, dia understand parent's concern about antibiotic, plus, bila dia nak prescribe hydrocort untuk rashes riyadh, dia siap tanya sama ada aku okay dengan steroid based cream which of course lah tak kan, so aku declined and bagitahu dia yang aku ada bawak MooGoo magic aku, and he's fine with it. You are the best!

Third day, riyadh dah boleh balik tapi seminggu lepas tu datang balik untuk follow up, alhamdulillah semua dah okay.. Memang menggerunkan jugak riyadh sakit kali ni sebab dia demam panas plus ada heat trapped dalam badan, takut sangat dia sawan and oxygen tak sampai kat otak plus major dehydration sebab tak makan minum nauzubillah!

Anyway, aku nak ucapkan thanks kepada meraka yang datang melawat riyadh, yang call & yang sms tanya pasal riyadh.. Aku memang tak post kat fb sebab tak nyompek pun nak main fb, gitu gitu je pong. But of course big thanks to tasha yang setia menemani aku, thank you tasha! Memang Y hargai sangat sangat and sebagai tanda terima kasih Y hadiahkan abg long buat peneman setia hidup tasha hahaha.


Budak dah makin sihat, dah boleh solat dah haa.

Budak dah sihat, follow up day.

Alhamdulillah, sekarang dah sihat and makin memeningkan kepala mama adoiyaiii. 
Takpe riyadh, kita manja-manja eh sementara mama nak masuk kerja semula 7hb Mei ni. Yezza, mak jemah dah tak kerja gomen dah, cukuplah 3 tahun lebih alhamdulillah, 7hb ni masuk kerja baruuu, MISC gituu, kata laki bini kannn haruslah nak sama ekeke. Bye!

No comments: