Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 6, 2012

Today Is Your Birthday

My dear husband,
Today is your 26th birthday.
Happy Birthday sayang :)

As you said this morning, this is the third time you are 'getting old' while on duty, in the open sea.
We laughed, but deep down, I wish I was with you to celebrate your special day. But it's okay, I know someday we'll get the chance, insyallah :)

But one thing for sure, this year, you celebrate your birthday as a FATHER. And I know it means a lot to you. You are a good father, yes you do. You are not with us for 6 months but your love keeps us going, thank you sayang.

I wish you a very happy day today, I hope you have a beautiful year ahead and many more to come, insyallah.

I love you so much, and so does Riyadh. He may know nothing yet but I am very sure one day he will appreciate and honor you as his father, as his hero, for the sacrifices you've made and will make.

I miss you so much.

Happy Birthday My Dear Husband.
^_____^

You are NOT getting the jeep for your birthday, ever!

Happy birthday mr.razmin. >.<

Monday, April 2, 2012

Misi Dua Bulan

Atau orang putih kata; a two months' mission.
*
Misinya adalah untuk kurangkan berat badan. Kurangkan berat badan ye, bukan untuk kurus sebab itu hanya mimpi. Sobs. Kenapa 2 bulan? Sebab lagi 2 bulan laki aku nak balik dah. Bukan la 2 bulan tepat-tepat, 2 bulan setengah lah lebih kurang, tapi kira 2 bulan lah sebab aku dah set aside yang setengah tu untuk kegagalan misi ini di hari minggu bila makan kat luar dengan family. Ihiks. Keji sungguh misi ni ada faktor kegagalan yang dah dikenal pasti.
*
Aku tak ada modus operandi bersenam ala tentera, aku cuma makan bubur. Yes, aku makan bubur dah 2 hari tau. Kagum tak kagum tak? Ceritanya bermula bila aku buat chicken stock untuk riyadh. Riyadh dah nak masuk 8 bulan kan, so sebelum aku kenalkan ayam kat dia time dia 8 bulan nanti, aku rasa better aku kenalkan 'rasa' ayam kat dia so what is the most better way to introduce him, yes, chicken stock.
*
Senang je, aku beli rangka ayam (banyak nutrisi & kalsium), campak celery, carrot sebatang, bawang holland sebiji, bawang putih seulas & halia 1 x 1 cm, letak air sampai rangka ayam tenggelam, tenggek kat dapur, api kecik je, tutup periuk, reneh berjam-jam. Aku buat 4 jam, perghh memang tertanggal isi dari tulang. No garam, no gula ye.

Pastu bila dah siap, cedok keluar minyak-minyak lemak ayam yang berkilat tu, tapis, untuk riyadh amik air tapisan sahaja, pastu yang tulang isi ayam & sayur mayur semua tu aku campak pulak dalam rice cooker, tambah stok dalam 2 cawan, beras 1 cawan, garam secukup rasa, setting rice cooker kat porridge, tunggu 2 jam, bila dah siap maka terhasil lah makanan diet aku di hari pertama : Bubur McY.Hehehe siriessss rase macam bubur McD, maybe sebab ayam tu kan tapi jauh lebih healthy ye noks, maka jadilah McY. Adik aku yang kat UIA pun cakap sedap, habis semangkuk besar dia makan, tapau pulak bawak balik UIA semalam, kelassss.
*
Okay, motif nya ialah, hari pertama di MDB (Misi Dua Bulan) ialah bubur ayam, hari kedua ialah bubur sardin. Wakakaka. Buruk benor bubur sardin tapi of course lah sedap kan,jangan panggil i mak jemah hokay kalau tak sedap :p
*
Pun senang, beras setengah pot, air secukupnya, ikan sardin dlm tin kecik, carrot, celery, halia, bawang putih, bawang holland, garam sesudu kecik, campak semua dalam rice cooker, tunggu 2 jam sambil buat kerja rumah (tak ke gaya hidup sihat tu). Dah siap, tabur ikan bilis & bawang goreng homemade, sedap woooo.
*
Bubur ni makan semangkuk pun dah kenyang kan, kalau makan nasi dengan lauk sedap sedap harus makan berpinggan pun tak kenyang kan maka inilah alternatifnya. Ok fine, memang ayat nak sedapkan hati sendiri. Sobs.
*
#1: Bubur McY
*
*
#2 : Bubur Sardin
*
*
Dan ini adalah antara barisan calon-calon penggagal misi dua bulan aku.
Haih sedapnya nasi budu. *sigh*
*
*
Mari doakan aku berjaya mengharungi MDB ini. Kalau aku berjaya korang jugak yang gembira hahahaha.
Gilos.
Okay bye.

Wednesday, March 21, 2012

Hello Papa!

Lepas 2 bulan razmin belayar hari tu aku pergi Bintulu bawak riyadh kan. Sentap tau mak sebab bila lepas kahwin dia belayar takde pulak dia suruh aku pergi jumpa dia, ni dah ada riyadh beriya tetapkan syarat kena pergi Bintulu 2 bulan sekali sebab nak jumpa riyadh. Okay fine.
*
Aku pergi 3 hari 2 malam. Wah macam destinasi bajet lak 3 hari 2 malam. Yang tak tau cerita destinasi bajet dok diam-diam. Aku mula jatuh hati kat Qi time dia jadi host destinasi bajet, pastu dia couple dengan Yuna aku dah patah hati siket sebab time tu aku tak berapa suka Yuna tapi sekarang Yuna dah buat lagu Terukir Di Bintang untuk Qi aku dah suka semula kat Yuna sebab lagu tu best, feeling italy gitu. Semoga jodoh Yuna bersama Qi untuk selamanya amin.
*
Okay back to Bintulu scene, walaupun bandar Bintulu ni ado-ado sajo, aku selesa je pergi sana and enjoy jugak walaupun laki aku tak bagi pergi mana-mana sampaikan makan pun dia suruh room service je sebab dia risau aku berdua je dengan Riyadh. Tapi kalau dah namanya iron lady macam meryl streep, takkan nak dok diam kan, aku pun mintak izin nak pergi mall kat bawah hotel, itu pun jadilaa. Syok jugak sebab dapat pergi guardian beli mask muka iyelah persediaan nak menyambut suami haruslah muka kena berseri-seri. Mask acai berry 5 hengget pun jadilah kan, berseri giteww, tenang muka suami memandang, berganda pahala dapat. Ok diam sekarang Y.
*
Apa aku nak tulis sebenarnya ni eh. Owh, aku nak letak gambar riyadh dengan papa dia selepas 2 bulan tak jumpa. Kenal ke tak? Kenalllll, kalau dah nama darah daging sendiri, haruslah dia kenal. 50% darah daging riyadh adalah dari bapaknye kan.

Tak nangis pun budak ni. Siap nak menyusu pegang tangan razmin bagai, tidur pun nak mengiring kat razmin, pastu razmin bagi makan elok je dia duk diam razmin pangku. Kalau aku pangku nan hado la nak duk diam, harus bersilat nak lepaskan diri. Razmin mandikan dia siap sembang-sembang, razmin pakaikan pampers pun senang, takde macam dengan aku. Kalau dengan aku dia siap angkat bontot dia tinggi-tinggi pastu berguling sambil tarik pampers dia. Tak ada okay, tak ada. Dengan razmin dia lah budak paling baik budi. Memang lenje bak kate orang ganu. Maksud lenje cari sendiri hikhik.
*
*
Eh?
*
Eh mama, papa la!
*
Okay papa come here i nak check jerawat kulit you dah kurang ke belum.
*
Dekat sikit papa, jangan ngelat.
*
Haish, tak cuci muka ke pa, masih seperti dulu.
*
Owh no no no please no! Kulit i pakai moogoo pa!
*
*
*
*
*
Makan beradab.
*
Alolo manjanyeww. Papa tak sedar pun riyadh oiii, papa dah kroh kroh.
*
*
Ok bye papa.
Itu je, 12 jam je bertemu. Eh silap, 12 jam yang sangat bermakna, alhamdulillah.
Thank you sayang, we love you so much!
*
2 minggu lagi ke Bintulu lagi kamik orang! ^_______^

Thursday, March 15, 2012

7 Months Young Riyadh Iman

Mama mengantuk ni riyadh.
TAPI, Happy 7 Months Young anak mama, anak papa.
*
Dah 7 bulan Riyadh ceriakan hidup kami sekeluarga, semoga semuanya indah sampai ke syurga, amin.
*
Riyadh makin suka makan sekarang, kalau lambat suap siap lah dia buat bunyi berderam macam harimau nak terkam arnab. Kalau dah buat berderam tu tapi kita lambat suap, dia akan jerit macam arnab kena terkam dengan harimau tadi. Haish.
*
Dah pandai bersosial. Tunjuk kamera macam nak ambil gambar dia, confirmmm senyum. Kalau tengok Ipad2 nenek dia,dia dah tau mesti nak skype dengan Mama Chu kat Jordan. Bila skype mesti gelak-gelak jerit-jerit. Nasib baik mama chu layan ko nak.

Kalau kat rumah acik siti, suka sangat buli fadhila anak acik siti. Mentang-mentang lahir tahun yang sama (riyadh bulan ogos, dila bulan mac 2011), memang dibulinya cukup-cukup dila.

Riyadh suka berebut remote control astro dengan dila. Mama report kat papa, papa suruh mama beli remote astro kat kedai DIY untuk riyadh, buat dummy. Mama pulak kena sound dengan papa sebab tak beli mainan macam remote untuk riyadh. Hepp!

Kalau dila tidur kat sebelah dia, bukan sebelah sangat, jarak 1 meter, confirm riyadh bergolek mengengsot ke arah dila sebab nak tarik rambut dila, sampai dila nangis. Rambut kak wawa & kak zureen (kakak-kakak fadhila) pun riyadh suka tarik.

Tapi riyadh paling suka buli dila. Kalau dila merangkak/jalan depan riyadh, riyadh tendang manja manja dila tapi dila nangis jugak. Petang tadi acik siti cakap riyadh tarik kaki dila tak nak bagi dila gerak. Riyadh riyadh, nasib baik acik siti sayang. +_+

Sekarang ni kalau tinggal riyadh sorang-sorang mesti riyadh jerit. Pastu bila nampak kelibat sape-sape kat rumah ni riyadh akan tegur sambil depa tangan. Haipp. Suka nau berdukung. Tapi yang paling buat mama ketap bibir sebab suka sangat masuk bawah coffee table nenek. Siap bawak masuk mainan sekali. Ni tak merangkak lagi ni. Semoga mama cemerlang menjadi kurus dalam program Riyadh Weight Management. +_+
*
*
Riyadh at 7 months :

Mula-mula kontrol comel.
*
Lepas tu golek ke kanan sambil tarik mainan yang paling menarik di mata.
*
Lepas tu sambil sebelah tangan pegang mainan yang menarik hati tadi, tangan sebelah lagi capai kayu meja untuk support yang lebih baik, supaya cepat dapat masuk ke bawah meja sebelum mama tarik keluar.
*
Kalau guna tangan membuahkan hasil yang tidak mapan, tolak dengan kaki pulak ye, setelah stokin ditarik sehingga tertanggal.
*
Akhirnya, dapatkan posisi yang terbaik dan mula sembang dengan mainan yang paling menarik tadi. Setel! Kemudian dengar mama jerit sambil buat muka tak bersalah.
*
*
Happy 7 Months sayang, semoga terus menjadi anak yang soleh dan semoga Allah permudahkan segala urusan kamu sayang.
We love u so much. :-*
*
Ngantuk, tapi tetap mau main.

Wednesday, March 7, 2012

Poligami.

Woot woot. Tajuk mengundang kontroversi mak nih. Hehe.


Sebenarnya ni entri rentetan daripada topik kat Hot FM pagi tadi. Diorang bukak topik sudut positif berpoligami. Mula-mula dengar tajuk, fitrahnya sebagai wanita aku terus 'hak eleh apehalll' tapi teruskan jugak mendengar walaupun sekarang aku lebih suka dengar Era sebab ada Johan Raja Lawak dalam JOHARA di pagi Era, lagi simple & of course lawak nak mampsss. Memang sengal habis si Johan ni, sorry la kalau ada yang tak suka dia tapi aku & razmin suka sangat kat Johan ni dari Zizan sebab Johan lagi real. Perghhh champion lah!


Eh terkeluar tajuk lak. Berbalik kepada topik sudut positif poligami ni kan, aku tau dan memang dibesarkan dengan perpektif bahawa poligami itu tidak salah dan dibenarkan dalam Islam. (dibesarkan dengan perspektif dari pengajian di universiti ye, bukan dari pengalaman keluarga. choyy tau speku awal-awal). Kalau nak cerita pasal dalil dalam poligami ni, memang banyak la kan, dari ayat Al-Quran sampaikan sunnah Rasulullah & pendapat 4 Imam besar tapi bukan itu yang aku nak share.


Aku nak share cerita seorang caller ni yang dah buka minda aku sebanyak beberapa percent pasal sudut positif poligami ni. Nama dia ape ntah aku lupa, Hariz kot. Wah terus ombak rindu kannn.


Cerita dia, dia baru berumur 30 tahun tapi dah ada isteri dua. Isteri kedua dia adalah bekas GRO. Senang cite, korang tau lah kan kalau GRO tu kerjanya macam mana, pakaiannya macam mana, wallahualam. Katanya die bukan berkenalan kat kelab, tapi kat kedai makan. Dia mendekati perempuan tu dan setelah kenal, dia minta izin isteri pertama dia untuk bernikah dengan GRO tu.


Surprisingly, first wife dia izinkan. Dipendekkan cerita, si Hariz ni cakap sekarang isteri kedua dia dah bertudung litup, berjubah, sudah kenal semula dengan sejadah dan sudah kembali menemui orang tua di kampung lepas bertahun-tahun tak balik kampung sebab bergelumang dengan dunia GRO. Dia dah jadi muslimah yang baik alhamdulillah.


Apa yang menarik perhatian aku ialah pesanan Hariz kat akhir cerita dia. Dia cakap, sebagai lelaki, jangan main-mainkan hati dan perasaan wanita. Ramai yang berpoligami sebab berpegang kepada nas yang menghalalkan seorang lelaki berkahwin sehingga 4 isteri, tapi kalau dah kahwin lebih seorang, kehidupan lebih huru hara, baik tak payah kahwin lebih.


Nak jaga seorang isteri mungkin senang, tapi kalau ada anak-anak, itu kan amanah Allah.. Macam mana nak tunaikan kewajipan ke atas amanah ini kalau hidup dok pening bertekak dengan bini number one two three four.


Lagi satu, kalau tak yakin boleh bimbing wanita di jalan Allah, jangan kata kahwin dua tiga empat, nak mulakan hidup berumahtangga dengan seorang bini pun kena fikir panjang sebab kalau tak senget lah bahu kiri tu, berattttt.. nauzubillah.


Aku suka sangat dengar penjelasan Hariz tu, memang membuka minda aku dan slowly jadi toned down sikit dengan konsep poligami, nampak keindahan poligami tu kalau lelaki-lelaki yang pasang hajat nak berpoligami ada pemikiran macam Hariz. Dari seorang GRO, dah jadi isteri yang mithali. Mungkin ada keberkatan dalam berpoligami di situ bila niat Hariz bukan berlandaskan nafsu dan isteri pertama dia redha. Dia sendiri cakap, bila dia nak kahwin dengan GRO tu, bukan setakat isteri dia, dia pun sedih sebab dia tahu dia dah lukakan hati isteri dia tapi dia juga redha. Kalau dua-dua tak redha, mungkin tak bahagia macam sekarang katanya. Dan sebab keredhaan itulah dia makin sayang dengan isteri pertama dia.


Above all, aku kagum dengan isteri pertama Hariz tu. Izzah kot namanye ekekeke. Okay siries sikit. Honestly, aku rasa aku tak mampu untuk jadi redha seperti itu dan aku harap razmin tak ada keinginan untuk berpoligami. Uhuk uhuk. Bila difikirkan rasa menusuk nusuk sebak semacam je dada ni. Begitu hebat jiwa isteri yang merelakan seorang suami untuk berpoligami tanpa sebab macam sakit, tak boleh beri zuriat etc. Semoga hidup Hariz sekeluarga bahagia hingga ke syurga, amin...


Tapi siapa tahu kan, satu hari nanti keadaan akan berubah, kita hanya merancang...
Wallahualam..


*DISCLAIMER : ENTRI INI TIADA KAITAN DENGAN KEHIDUPAN RUMAHTANGGA AKU YE NOKS. HIDUP KAMI LAKI BINI BAHAGIA ALHAMDULILLAH, TAK ADA ORANG KETIGA KEEMPAT KELIMA. JANGAN INTAI-INTAI LAKI AKU YE, DIA TAKDOK PONG, ADA KAT LAUT NUN EKEKE.




Tapi riyadh tak kahwin lagi, boleh lah kalau kapel ramai-ramai.

Hehe..budak yang sangat suka skype dengan adik aku, pantang nampak ipad2 tok wan dia, melompat-lompat nak tengok, vain taww!

Monday, February 27, 2012

Moo Goo; Milky Goodness!


Since riyadh was born, he has mild skin problems. After birth, kulit dia menggelupas teruk, his paed & nurses called it "post due skin" i.e macam kulit baby yang terlebih minggu lahir, macam dah kering, walaupun riyadh lahir at 38 weeks.


During his first few weeks, kulit dia keep on menggelupas esp at his joints i.e kat both wrists, bawah pelipat lutut, siku, kat leher, tapi dia macam tak gatal or garu-garu or nangis or maybe budak ni memang tak ada perasaan i dunno lah kan hehe. I just keep on applying baby oil.


Bila dia admitted due to his bronchiolitis early of 2012 hari tu, baru ku tahu riyadh ni ada mild eczema & waktu warded tu memang nampak ke-eczema-an dia sebab dah di trigger oleh the bad bad bad cough and flu kan so his paed (and i think MOST hospitals) prescribed him eumovat and before that, hydroquot or something, I cant remember but something like that lah, to be applied on affected skin. Hilang memang hilang but later on aku perasan ada tompok macam panau, macam kesan menghakis so I immediately stop pakai the cream and asked his babysitter to do the same. (Now I already know that both creams are steroid and chemical based ointments, hence the panau panau thing. sigh)


At the same time, I used BUDS organic range of products, alhamdulillah the panau thing hilang but the sign of eczema is still there and whenever it became worse, contohnya bila aku makan udang and suddenly badan riyadh merah-merah (and pastu baru tau dia ni allergic seafood bagai), I will apply BUDS, the red patches hilang but riyadh menggaru-garu so tak best lah kan.


Being the paranoid mother I am, I never stopped searching for the most safe, most organic, paraffin free and steroid free ointment untuk riyadh. When I joined the AAE group (Asthma Allergies Eczema) at FB, I came to know about the Moo Goo product (from Australia).



As cute as it sounds, Moo Goo IS the Milky Goodness! I read about the product at their website and I was like "haaaa??". "siriesssss!". "masyallah", istighfar urut dada bagai because of the revealing facts yang the experts bagitau. PLEASE go to the page and baca!


I know some may say it is their way of selling their products kan but since I've used various creams & ointments and have experienced the panau-ness and the penghakisan because of the steroid based products I really believe their story.



And after few days of reading about their products & research done by them, I finally decided to buy the Eczema Starter Pack. Sebenarnya what really convinced me is the fact that the company betul-betul convince people that their product is 100% steroid & chemical free and truly organic, to the extent that they even dare us to HAVE A TASTE on their product! Yes, it is edible but as they say "it doesnt tastes good" haha so cute.



The product is quite pricey but when you read their website, you'll know why banyak produk sapu-sapu ni very affordable and banyakkkkk jual kat farmasi. I seriously nak cakap ni, I have nothing against those products, IF your skin or your family's skin or your baby's skin is OKAY bila guna skin care yang kat jual kat farmasi or the ones yang doctor prescribed, pakai lah kalau nak pakai pun BUT when you are experiencing what I am facing with riyadh, you wont mind spending lebih sikit for your baby's skin care.



After all, with the amount of RM187 per pack (promo price) I think it is a well spent money. Seriously, it works magic! Of course you wont see the result immediately. This entry pun aku tulis after two weeks guna Moo Goo and the difference is magical. For the first few days, the red patches keluar macam apa jah, tapi riyadh tak garu-garu but after that, kulit dia makin okay & no more patches alhamdulillah.


Semalam ada incident dengan my all time favourite, BUDU! Aku makan lauk singgang dengan budu pergghh memang heaven gila lah kan and after that menyusukan riyadh and voillaaa, habis berbintat leher anak aku. Budu bukan penyebab eczema or allergy hehe tapi something in it triggers the eczema to come out. So no more budu for me. Sobs.


Macam ni lah kalau breastfeed baby, sometimes for you to know what you cant eat for the sake of your baby, you have to eat it first. As for now, aku tak boleh makan durian, udang, sotong & budu. Lain baby lain kan, ada orang tak boleh makan benda-benda berangin nanti baby kembung tapi so far aku makan makanan berangin riyadh okay so yes, trial & error.



Okay back to the Moo Goo mooinggg, I really really recommend their range of products and in fact I'm eyeing for their skin care for ME hihi. You can shop online or better still you can also find their products at Caring Pharmacy (Guardian, Watson takde). Oh no, aku bukan spokeperson untuk Moo Goo, Moo Goo tak bayar aku pape pun, aku yang keluar duit untuk Moo Goo but I am a very satisfied customer! Seriously, tengok lah entry lama aku, takde satu pun cerita pasal produk ke ape ke except for BUDS.





This is the Eczema Starter Pack. RM187 per pack. At first I bought one pack, now I have two sets, one pack is at the babysitter's house. I love love love it so much. Riyadh pun bau wangi ala ala natural gitu. Psiko lah ko ni Y haha.



Again, highly recommended for those who are still searching for the most safe, organic, steroid free & paraffin oil free skin care for your baby (or for you!). Buy Moo Goo!



"IF COWS BUY SKIN CARE PRODUCTS, THEY'LL CHOOSE MOO GOO!"


Monday, February 20, 2012

Riyadh's First Trip To Bintulu.

Hola. I bersiaran dari Bintulu nih uols. Relax, jangan lah menyampah pulaks, I kan first time datang sini, haruslah over excited. =p
*
Kalau dah namanye datang bintulu, memang lah untuk jumpa orang minyak eh orang kapal nan sorang tu kan. Rindu rindu aku rindu. Time aku tulis entry ni kapal razmin baru je masuk port. Eh macam kaya ada kapal, silap, kapal di mana razmin bekerja baru masuk port. So dalam pukul 4 jugak baru boleh jumpa dia sebab dia nak kena buat watch dulu. Kerja kerja.
*
Budak kecik tuh tengah tidur. Hamboi layan sungguh dia tidur dalam aircond, sekali sekala dapat tidur dalam aircond memang jakun lah kan, 24 jam pulak tuh beraircond, memang mata layu je budak nih, kat rumah kan tidur berkipas ekeke. Memang aku tak ajar tidur dalam aircond + bilik aku memang takde aircond, aku ni kan pesakit asma tegar, sejuk sikit mula lah nak batuk, macam sekarang ni ha.
*
*
Semalam flight pukul 11.20 pagi. MAS pergi bintulu sekali sehari je pun. Adik aku, Q hantar pergi airport, baik hati die tunggu sampai aku boarding, thank you adikku. Lepas tu kak ngah dengar Q masuk dapur? Pakai 8 biji pinggan nak memasak ye? Haih macam mana lah rupa dapur tu ye, nervous la pulak nak balik mengemas esok. +_+
*
Riyadh semalam tu kira first time lah naik flight. Ye memang aku nervous tak tau nak expect apa, okay ke tak budak nih naik flight, nangis ke tak agaknya. Jawapannya, dia tak nangis langsung, high five! Alhamdulillah pandai bawak diri rupanye budak ni. Terkebil-kebil dia tengok orang ramai, tegur-tegur apek cina yang duduk kat seat aisle tapi apek tu buat bodoh je, ngek sungguh! Pastu aku rasa riyadh pun over excited dapat tidur dalam bassinet. Main-main, jerit-jerit sembang dengan mainan dia, pastu bumm tidur untuk sejam terakhir sebelum landing. Makanya mama pun tidur lah jugak. Special thanks untuk tasha & abg ikmal untuk well you-know-why-i-thank-you. Hehe.
*
Steward/ess pun baik hati bagi sampai 3 biji bantal yang mana aku je yang peluk sebab riyadh ni benda paling dia tak suka adalah bantal, rimas kot nak bergerak tak pun tak macho haha. Sampai kat bintulu cop imigresen ambil taxi shoot terus ke hotel.
*
Aku stay kat New World Suites atas recommendation Kak Ena, wife captain kapal. Memang best & selesa habis. Hotel pun baru lah jugak, attach dengan shopping mall - sebab tu aku rasa best hehe. Walaupun mall nye bukanlah sunway pyramid tapi dah namanya perempuan, gigih jugak aku round mall nih dengan riyadh malam tadi.
*
Sebenarnya aku pun tak tau nak blog pasal apa sebab macam tak ada idea atau pun aku sebenarnya nervous nak jumpa husband sendiri kejap lagi. Ihiks macam mengada pulaks. Dua bulan tak jumpa, memanglah nervous. Tapi biasanya 6 bulan tak jumpa, itu lagiiii lah nervous. Nervous apa ntah aku ni. Tapi memang itu pun perasaanya. Ala macam korang first time nak dating lah, macam tu lah lebih kurang. Rasa ada rama-rama/butterly dalam perut/stomach.
*
Alhamdulillah kali ni dia tak belayar jauh-jauh macam biasa, dapatlah dia jumpa riyadh 2 bulan sekali.
*
*
Layan gambar je lah ye. Bye.
*


Budak baik budi suka benar jalan-jalan dalam babybjorn carrier nih.




Mengintai dari tirai kamar ekeke.

Main main main.

Pastu tido. Legaaa.

Baby bassinet ni boleh direquest lepas beli tiket, call MAS. Dalam each air craft (aku naik 737-400) akan ada 4 bassinet. Dua di business class (GCC), dua di economy class (EY). Few tips, bila nak beli tiket (online), select seat row 5 (untuk economy class & add on rm40 for return ticket) sebab bassinet ni akan di attach kat wall.

Aku bersyukur sebab dah ajar riyadh pakai pacifier sebab dia memang asyik menghisap pacifier sepanjang flight tuh because of the pressure kan nanti telinga jadi berdengung. Riyadh tak berapa minat pun pacifier ni, ada ok, tak ada pun ok tapi maybe dia rase lain macam kan kat telinga die so die tak lepas-lepas hisap pacifier.

Oh, aku bawak EBM aku, bawak 90ml. Bawak yang masih frozen dari rumah, by the time dah take off EBM tu dah mencair so aku minta tolong stewardess panaskan dalam air suam. Riyadh dah kenyang sebab aku susukan dia time take off & sebelum tu kat rumah & airport tapi aku bagi jugak die, die hisap main-main pun takpe sebab aku nak pastikan telinga die tak bengang & berdengung. Alhamdulillah die okay.
*
*


New World Suites' premier room. Highly recommended utk sesiapa yg datang bintulu. Bilik sangat selesa & spacious, sangat bersih & friendly hotel staff. Room service (Paddy's Coffee House) pun sedap makanan die & price die memang affordable, in fact lagi murah dari room service hotel 4 or 5 star yg pernah aku stay.
Room rate : RM220 nett per night (for government servant)
*

And of course, daddy's best friend. Suke laaa die bergolek atas katil, kena buat empangan lah jadinye.