Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 6, 2013

Love Affair with Mr.Petai.

I have this love affair with petai i have to admit. I can eat petai everyday. Suka gile tapi nanti tak beragak lah makan hari-hari laki pun tamau dok dekat huehuehue.

Since now it is the petai season, we are never short of supply at home. Makcik bagi, mak beli, mertua kasi.

Mak keeps the petai in a tupperware & it goes into the chiller, the skin will turn darker in color but the petai stays fresh!

Besides eating them raw cicah dengan budu, I also cook the petai with its best match as in the pictures.

1) Udang masak tempoyak petai
2) Ayam masak lemak cili api petai
3) Bilis rangup bercili petai

The winner i must say, is the ikan bilis.

Siriuss okay. Simple tapi ni lah yg buat makan nasi bertambah2. Lawan dengan nasi panas2 & kicap. Cukup!

Sangat senang. Here's the recipe:

-bawang besar sebiji hiris nipis
-bawang putih 2 ulas hiris nipis
-halia setengah inci hiris nipis
-cili api 3-5 biji hiris
-petai sepapan, kulit biarkan, sebiji petai potong dua.
-ikan bilis 2 genggam
-kicap manis setengah sudu besar

Goreng ikan bilis dlm minyak yg sikit sampai bilis garing. Ketepikan.

Dalam kuali yg sama tambah minyak satu sudu teh, tumis semua bahan2 di atas & bila bawang layu sikit, masukkan bilis tadi & kicap.

Gaul mesra. Siap! :))

You may also keep them dlm tupperware, put into the chiller & makan bila mahu. Sedap gilss.

Thursday, August 29, 2013

Raya! 2013

Oh ya, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada yang membaca blog ini iaitu laki aku hehehe. 

Raya tahun ini lain dari yang lain. Lain sebab raya kat Taiping, rumah mertuaku - for the first time :) Raya ni kali ketiga as husband and wife, as a parent pun kali ketiga jugak. 

Kali pertama raya kat USJ, tapi tak consider raya sebab iols baru 15 hari bersalin, pakai kain batik lagi mak. Raya kedua kami anak beranak semua raya kat kampung mak ayah aku kat Dungun Terengganu, sebabnya- kononnya itu last dapat kumpul complete satu family sebab DD cakap dia dah tak boleh balik raya dah lepas tu, which ntah kenapa kitorang percaya sebab tahun ni dia balik jugak. ceh. 

Tapi ada hikmahnya balik Dungun tahun lepas. Sebab tak berapa lama lepas tu, nenek aku meninggal. Itulah raya terakhir bersama nenek aku, yang aku rapat sangat, yang jaga aku time aku sekolah MRSM kat Dungun dari tahun 1998-2000. I miss you, Tok. Alfatihah.:(

Okay berbalik kepada raya di Taiping, kitorang balik hari terakhir Ramadhan, dalam pukul 3 gerak dari USJ. Sebabnya aku masih bekerja, aku amik cuti raya kelima dan keenam. Berbuka puasa kat R&R Sg.Perak, highway okay tak jam pun cuma heavy traffic, tapi tidak ler tersangkut kat mana-mana, alhamdulillah.

Bila dah sampai Taiping, ngam-ngam dah isyak- terus takbir raya berkumandang. Haa, masa ni aku nangis hehe. Sayu sebak semua ada. Berjujuran air mata mengenangkan mak abah & adik beradik kat Dungun tengah buka puasa makan bubur lambuk lauk ayam goreng, tradisi turun temurun buka puasa kat kampung aku bila hari terakhir Ramadhan. Sobsss. 

Sampai rumah, mak mertua aku dah setel masak nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging & rendang hijau daging. Baik punya menantu :p Bukan setakat tu, dinner pun dah siap hehe. Thank you mama, love u lah!

Pagi raya, bangun siap-siap, jalan kaki ramai-ramai pergi Masjid Daerah Taiping, Kg.Jambu. Dekat je dengan rumah mertua aku, tak sempat berpeluh pun. Alkisahnya, bila orang dah nak start solat, Riyadh ni main lari-lari lah pulak, adoi mak dengan beaded chiffon nyew, takkan lew mak nak berlari jugek. Aku rasuah Riyadh jalan dengan aku balik rumah atok cakap kat dia kita balik amik kereta pastu pergi masjid naik car. Dengar je car haruslah setuju budak ni. So gigihlah aku patah balik dengan Riyadh gi amik kereta & duduklah aku & Riyadh dalam kereta depan masjid sambil dengar khutbah raya. Tahun depan buat lagi perangai membuas mama piat telinga!

Lepas solat, makan, bermaafan, pastu lepak rumah tunggu orang datang. Tu je raya aku hehehe. Sebabnya kampung laki aku kat Masjid Tanah sebenaunye. Tapi tahun ni mertuaku nak beraya kat rumah sendiri, so merasalah raya takde sedara mara. Tapi enjoy je, ramai orang datang, budak2 datang, kawan2 sekolah rendah laki aku pun datang. Sempatlah aku masak nasi tomato, ayam masak merah, acar nenas, buat cocktail, mee goreng udang. Alhamdulillah.

Balik USJ, berpusu-pusulah undangan open house kan. Tapi nak dijadikan cerita aku diarrhea yang agak teruk selama 3 hari. Kuruslah sementara hahaha. Takpelah, sakit penghapus dosa kan. Makanya tak sempat lah memenuhi jemputan open house. Pergi yang wajib je, rumah abang aku, rumah Fatin sebab nak jumpa bffs, rumah pakcik Razmin & rumah mak sendiri yang buat doa selamat kecil-kecilan sempena 2nd birthday Riyadh 15/8/2013, birthday adik aku Q 16/8/2013, sempena Tasha pregnant, sempena abang aku naik pangkat, sempena Razmin nak sign on & sempena Q nak fly pergi Manchester next week sambung masters. Banyak sungguh sempena, jimat belanja :p

Selain dari tu, of course ada raya kat office. Ada majlis raya kat MISC Logistics Port Klang tapi tak dapat pergi sebab meeting dengan lawyer sobs. Yang pergi cuma satu je kat Dayabumi itu pun rushing. Takpelah, panjang umur tahun depan ada rezeki nak berjimba dengan rakan-rakan seofis.

Okay uols, mak tengah cuti ni mulalah rajin nak update blog. Laki takde lagilah rajin sebab takde benda nak buat lepas balik kerja. Riyadh sekarang dah pandai main sendiri kan, cari aku kalau nak baca buku, kalau nak nyusu & kalau nak tidur je. Pasrahh.

Gambar raya 2013 :

Bertiga untuk kali ketiga bersama. :)

Baju mak adalah recycle baju abg long nikah bulan 12 tahun lepas, pakai sekali je. Baju melayu Razmin buat sekali time abg long nak nikah jugak, tak pernah dipakainya. Raya 2013, raya paling jimat, serious talk!

Nak ke masjid. Handbag tahun ini adalah tajaan Avent, thermal bag bawak fresh milk Riyadh. Redho. 

Nyawa, jiwa raga. Semualah.


Mini open house untuk kawan-kawan Razmin. Iols masak nasi tomato, ayam masak merah, mee goreng udang, acar nenas & fruit cocktail. 

Gambar di whatsapp dari Dungun. Sobsss.

Atok & Tokma Riyadh. Dengan makcik2 nya gambar semua tak bertudung lah puloks. Pak Ngah di lautan. 

Cinta hati yg sengal tapi inilah kawan dunia akhirat. Fatin's open house. Thank you Fatin!

Birthday celebration untuk mereka berdua. Riyadh yang fokusnya hanya pada lilin cake. Adik saya berumur 24 tahun, lulusan Bachelor in Engineering (Honors), minggu depan sambung Masters in Science, tajaan MARA di University of Manchester, al-Hafiz- 30 juzuk di usia 17 tahun alhamdulillah,tak suka makan nasi, suka makan salmon, masih single dan mencari. Haha itu pointnya. Berkenan? Sila hubungi saya. :p

Mak iols masak. Nasi kunyit, rendang ayam, nasi himpit & kuah kacang.

 Selamat Hari Raya Aidilfitri! 
Maaf zahir dan batin :)
-Razmin, Elya & Riyadh.

Wednesday, August 28, 2013

Back To Being Supermom

Yeah laki mak dah nak naik kapal. Sabtu ni, 31 Ogos. Selepas 4 bulan setengah cuti uols. Lama sungguh cuti kali ni. 3 bulan cuti + sebulan lebih pergi Pasir Gudang buat kerja-kerja sleeving. 

Alhamdulillah kali ni pun dapat naik kapal dekat, route Bintulu-Jepun. Naik Seri Ayu kali ni. Suka lah dia. Hari tu naik Seri Alam. Mak pun suka, dapat bawak Riyadh pergi Bintulu jumpa papa. Syukur syukur.

Perkembangan terbaru? Selain mengembang (read : gemuk), Riyadh dah 2 tahun dah 15 Ogos lepas, alhamdulillah. Makin banyak mulut dia. Tokwan dia cakap dia mulut lembik hahaha. Layankan aje. Ni dah psiko2 dia bagitau papa nak kena pergi work lagi 3 hari, dia jawab "okay". ha baru mak nak lega, boleh pulak dia sambung "nak ikot pa" alamak. mampuih. 

Riyadh ni boleh tahan jugak firm dia (read : degil). Kalau hitam, hitamlah. Aku pulak terima nasihat mak aku, "jangan rasuah" dia, tapi explain. Nanti dia faham. Takpelah mak, bab ayah anak ni Y akan guna taktik berjanji belikan apa2. Tak sanggup den.

Pastu apa lagi ek. Oh kakak ipar aku dah pregnant 2 bulan yeay! Alhamdulillah. Tak lama lagi dapat anak sedara pertama buat aku, cucu kedua mak abah & cousin pertama Riyadh. Ya ampun Riyadh sekarang ni sejak-sejak Tasha pregnant manja bukan main dengan Tasha. Manja tahap nak kena lempang hahaha. Bila dengan Tasha bukan main lentok dia, suara pun halusssss je takdelaa nak memetir macam cakap dengan aku. Nak minum susu pun beriba uols. Pastu asyik la nak berdukung dengan Mama Cha dia. Sekejap2 bagi telefon kat aku suruh call "ma, ma shaaaaaa". Gedik. Baby girl la kot ekk Tasha ngandung ek ek ek. Bestnyaaaa!

Oh pastu hari ni & esok & Jumaat aku cuti. Dah lama dah pun amik cuti Rabu & Khamis, sebab tau dah Jumaat mesti MISC bagi cuti sebab Sabtu kan Hari Merdeka, so Jumaat replacement leave. Elok je amik cuti, rupanya laki nak kena naik kapal Sabtu ni, alhamdulillah. Dapatlah spend masa dengan dia lama sikit. Sesungguhnya Allah sememangnya sebaik-baik Perancang.

Speaking of MISC, alhamdulillah minggu depan dah setahun aku kerja dengan MISC sejak-sejak meninggalkan gomen. Alhamdulillah aku happy sebab banyak sangat belajar benda baru, especially sekarang ni, sebab bos baru aku sangat hebat & sangat baik berkongsi ilmu. Sumpah dia sangat sabar mengajar aku teknik vetting agreement dan dia tak segan silu mintak aku ajar dia pasal hal2 mahkamah and prosedur. Tak macam bos lama yg pendek kata, tak tahu vetting dan telah ajar aku macam2 benda yg salah dalam vetting. Tutup buku, I dont need you. If you are reading this, yes, I mean it.

Okay itu je. Laki mak ajak breakfast roti canai cicah kari kambing uolsss. Gemoknya. Ahh pedulikkk.

Thursday, May 9, 2013

Getaways : Cameron Highlands in 2012 & 2013

Wah wah tiba-tiba skip bab abang long kahwin terus pergi ke semangat baru nak tulis pasal getaways la pulak. Semangat, cita-cita & berangan adalah seiring sejalan bagi aku hehe.

Ini cerita lama baru. Lama sebab nak cerita pasal 2012 punya, pastu baru sebab baru bulan lepas (April 2013) pergi semula Cameron Highlands dengan kawan-kawan tersayam.

Mula-mula Razmin ajak aku pergi Cameron Highlands lepas beraya kat Taiping tahun lepas aku macam skeptikal sikit. Aku macam "err..siries bang, cameron?". Sebab dalam kepala aku adalah jalan bersimpang siur, pening dan muntah. Tapi sangkaanku meleset sama sekali. Seronok sangat pergi CH. Siap pergi dua malam tuh.

THE HIGHWAY



Dari Taiping kami ambil exit Simpang Pulai, exit yang lebih ke utara dari KL, lebih kurang sejam dari Taiping. And bila pergi dengan kawan-kawan tersayam bulan lepas, kitorang amik exit Tapah sebab dah lagi dekat kan dengan KL and hotel pula book di Ringlet.

Taiping-Simpang Pulai exit-Tanah Rata : 3 jam (Tol tak ingat berapa, maaf)
Shah Alam (dari rumah Aishah)- Tapah exit-Ringlet : 2 jam (Tol Subang-Tol Tapah : RM19.80)

Jalan ke CH melalui Simpang Pulai adalah lebih santai dan tidak memeningkan langsung. Jalan baru yang luas, sebab tu lama sikit sebab bukit adalah ditarah untuk menjadi lebih landai maka kurang mendaki, jarak jadi lebih jauh.

Jalan ke Tapah pula seperti anda sedia maklum adalah jalan Amazing Race, sebab tu Aishah dan Riyadh tidur dan pening keduanya. Aku tak pening sebab aku yang drive, Atun pun tak pening sebab dia bergosip dengan aku. Maria & Fatin kereta asing dan mereka pun tidak pening kerana bergosip sesama sendiri.

HOTEL

Razmin book 2 hotel untuk 2 malam. Untuk malam pertama stay di De La Ferns Hotel. Dari Brinchang, this hotel situated on the way to Tanah Rata, on your left. Quite new and bilik not bad. Boleh tahan besar, service was good. Breakfast, bolehlaaa. Not that bad but surely can be improved. We booked via booking.com, price from RM350+ with breakfast for 2 kalau tak silap, since time tu musim raya and they consider it peak season but it was worth the price as we enjoyed our stay, and so did Riyadh. Budak baru nak dapat kaki time tu, habis semua bunga dia nak petik and makan.




For the second night, hubby surprised me with Cameron Highlands Resort,a hotel by the YTL brand. Being YTL, they never come cheap so memanglah mak terkezut. But it was a sweet gesture by my sweet husband, so thanks sayang :) RM550+ with breakfast for 2. The best hotel ever I must say! Situated exactly opposite the golf course.You are greeted by your name, and the room is perfect, tho the bathroom kecik sikit lah. Breakfast was superb! No buffet, ala carte but what more you need when the bread is freshly baked and the jem is homemade. Gila sedap! Memang feeling orang kaya, sian aku haha, tapi takde sorang pun pandang kerek kat kitorang hehe. Highly recommended!







With my darling girlfriends, we stay at The Lakehouse. This too, one of the best hotels I've stayed. Cantik sangat! Macam zaman kolonial. We stay at the Family Suite that came with two rooms, one with queen sized bed and two super single in the other room. RM855 nett with breakfast for four. Breakfast is nice. We enjoyed our stay sampai riyadh pun memang tak tidur langsung the whole day so akhirnya dia sendiri menyerah diri untuk tidur. Oh hotel ni kat Ringlet, on your way up to Tanah Rata. Tak berapa sejuk, you need the air cond placed in your room but tengah malam boleh tutup dahh. Unlike De La Ferns & CHR, takde aircond, ada kipas. But seriously, hotel ni cantik, and perhaps because I went there with my bestfriends, semua pun jadi seronok! 






MAKAN

No problem at all. Cameron Highlands maa, bukan Hong Kong mahu pun Macau hehe. Tanah Rata banyak kedai makan. Just choose and pay. Deret gerai depan Starbucks at Tanah Rata is recommended for their nasi and lauk tomyam2 tu. Not the tomyam lah yang jadi igauan but the sayurrrrr. Fresh maaa, sedap nak mamps! Kailan ikan masin dia terangkat, rangups! And of course, the steamboat. Pergi dengan Razmin 2x makan steamboat. Maybe jadi sedap lain macam sebab kat sana sejuk so makan steamboat panas-panas feeling dia lain sikit hehe.



ACTIVITIES

Tea Plantation :
Ada dua boleh pergi. Kalau jalan dari/ke Tapah, bolehlah singgah Bharat Tea Plantation. Kalau dari/ke Simpang Pulai, bolehlah singgah di the famous Boh Tea Plantation. Ke Bharat jalan tak mencabar, betul-betul tepi jalan, but ke Boh di Sungei Palas memang Amazing Race lah but subhanallah cantik!! Not an avid tea lover, the tea all taste the same to me hehe. So not much review here. But the view in both plantations memang breathtaking, and I personally prefer Boh lagi :)





Pasar Brinchang.
I think this pasar only opens on weekend kot sebab time pergi dengan Razmin time weekday and takde pasar ni. Pergi dengan kawan-kawan tersayam on weekend so memang berbondong bondong lah borong sayur. We did not stop by at the Kea Farm sebab harga slightly mahal. Pasar Brinchang memang best. All the sayur, buah, bunga, even the foods pun sedap! Kitorang siap makan durian lagi haha. Freaking tourist :p



Strawberry Farm
And with my friends we only singgah at the Strawberry Farm to take a break from the heavy traffic on the way down to Simpang Pulai. Weekend kan. With Razmin we singgah the Avantgarde Chocolate Factory and had the most delicious strawberry-choc frap. Teringat sampai sekarang hehe.


Itu je lah kot hehe. Most of the time we just lazying around the great hotel we stayed. And I feel that good hotel mainkan peranan kat CH ni sebab nothing much you can do here, kalau pergi Genting tu amik hotel biasa pun tak apa sebab your aim is to pergi berjimba kan. Amik angin malam, sejuk2, lepak kat fireplace, amik-amik gambar sambil upload kat fesbuk and instagram hahaha. Mainstream maaa. And owh, we celebrated Atun's belated birthday at The Lakehouse :) and that was the main reason we went to CH, to celebrate the diva's birthday hehe. Hai Mak Ton :p






I will definitely pergi lagi Cameron Highlands for I love the beautiful scenery and the cold breeze but I will try my best untuk tak pergi time cuti sekolah for I heard it is super jam and hotel super mahal! And because I went there with my love ones, great memories are created :)


Akhir kata, pergilah cuti-cuti Malaysia, kerana Malaysia pun cantik. (dari saya yang tak mampu pergi London muahahaha)

Friday, March 15, 2013

B.o.s.a.n

Pagi pagi.
Pergi kerja tak tenang.
Drive menangis tak berhenti.
Tak tahu kenapa.
Tak tahu salah apa.

Sepanjang hari.
Mesti fikir kenapa.
Macam biasa.

Nothing new.
Aku bosan.

Sungguh.

Tuesday, March 5, 2013

Abangku kahwin.

Ini cerita kebasian tapi the scale of the story is hugeee. Very important. Event of 2012 lah kiranye. Seperti mana tajuk entry ini, itulah pengisiannya, abang sulungku kahwin dah dengan tasha, alhamdulillah, my only abang pun sebab I anak nombor dua (yes, second child syndrome haruslah ade yooo).

21.12.2012, akad nikah day.

Alhamdulillah all went well. Akad nikah di Masjid alFalah USJ 9, masjid yang sama I akad nikah. Nak jugak tuh. Why tak buat di masjid kariah tasha di Seri Kembangan? Atas sebab logistik dan untuk senangkan semua pihak, makanya dua keluarga sepakat untuk langsungkan akad nikah di USJ 9 & majlis selepas akad nikah di buat di perkarangan masjid, simple & sweet. Sangan convenient untuk semua orang. :)

Dengan 2 kali lafaz, selamat sudah abang aku menjadi seorang suami. 2 kali lafaz sebab lafaz yang first tu ayah tasha tertinggal perkataan apa ntah so abang aku tegaskan dia hanya lafaz sekali je kekeke.

Theme color is white & green. Seperti biasa adik aku si DD tiada di hari kejadian kerana exam buuuuu. Tu lah, jauh sangat belajornye hehehe.

Ini bukan baju pengantin. Ini baju adik pengantin.


Khemah untuk majlis selepas akad nikah. Padang right besides masjid.

Kakak ipar :)


Dengan pengantin baru. Pengantin lama bersama anak. Laki tiada, ada di atas kapal, harap maklum.


Riyadh. Tasha. Siblings (DD di dalam ipad). Abg long & riyadh.


Disebabkan buat tepi masjid majlisnya, makanya sepanjang panjang orang mengaji sebelum azan tu dia semayang :P

 23.12.2012 Tasha's reception

Hari ahad, reception belah tasha. Buat kat Dewan Sapura dekat dengan The Mines tu. Cantikkk. Colorful. Color2 favourite tasha, putih pink purple. Makan pun sedapss. Catering yg sama untuk reception aku. Nak jugak tuh. Catering yg sama jugak utk hari nikah jumaat tu. Memang layan makan je aku. Riyadh pulak memang tengah ngantuk, baik budi dia dok dlm stroller tidor & makan sambil muka pelik tengok ayoh jek dia bersanding. Sedih je muka die, huhu. Dia macam tau2 je ayoh jek dia nak pindah dari rumah tokwan. Favourite person katekan, memanglah dia sedih.




Okay sekian. Next episode, reception belah family aku pulak ye. Reception belah family aku lambat sikit, 19 Januari 2013 baru buat sebab tunggu DD terhegeh hegeh balik dari Jordan hehe. Sebulan gak jaraknya dari hari nikah. So lagi sebulan lah ye aku update wahahaha. Malas tak beragakkk.


Friday, March 1, 2013

Resepi

Hehe atas permintaan ramai (1 komen blog + 3 pm kat FB = 4 orang) kehkeh ramai lah sgt, here I am blogging on resepi untuk riyadh's meals seperti yang sebelum ini. Resepi adalah resepi sesuka hati ye, sebarang ketidaksedapan yang bakal berlaku saya tak akan bertanggungjawab hehehe.

Resepi untuk riyadh ni tiada garam tiada gula apatah lagi bahan perasa. Makanya kalau nak senang masak untuk sekeluarga, sebelum nak masukkan garam gula perasa tu asinglah untuk baby yang berumur bawah 2 tahun. Itu yang I buat bila masak untuk riyadh & bekal untuk lunch I.

Minyak yang I pakai untuk foods riyadh adalah minyak sunflower seed oil or unsalted butter. Before this waktu riyadh baby2 dulu pakai virgin olive oil. La ni dok masak hari2 makan kita kurangkan budget but still way better dari minyak kelapa sawit eh.

Resepi #1 - Kari Kepala Ikan

- Sesuai untuk 10 bulan ke atas sebab ada penggunaan rempah & santan. Actually 8 bulan ke atas pun boleh tapi I start bagi riyadh spices bila dia 10 bulan.
- Sesuaikan serbuk kari untuk tahap kepedasan anak

* Tumis bawang merah 2 biji, bawang putih 1 ulas & halba satu sudu besar
* Bancuh 2 sudu besar serbuk kari (I pakai Adabi) dengan air panas untuk membentuk paste
* Bila bawang dah wangi, masukkan bancuhan serbuk kari tadi
* Masukkan air sikit
* Masukkan sayur yang diingini (trick mak pemalas terlebih rajin, campur sayur dalam kari tadaaa one complete meal hehe) - I selalu letak riyadh's favourite : keledek oren, sawi & tomato.
* Agak-agak keledek dah lembut, masukkan santan segar 4-5 sudu besar
* Masak santan sekejap, then masukkan kepala ikan (I selalu pakai kepala ikan siakap sebab selalu beli seekor, potong 4. The cuts & tail I steam)
* Masak api kecil, sampai ikan masak.
* Ha siap dah lah. :p

Resepi #2 - Siakap stim

* Susun dalam pinggan siakap or any other white fish (e.g ikan merah)
* Tabur hirisan halia
* Tabur hirisan seluas bawang putih
* Tabur sayur (I used sawi, carrot & french beans)
* Stim dalam air menggelegak utk 10-15 minit
* Ha siap dah. Patut tukar nama resepi ni jadi siakap stim tabur hehe.

- Untuk rasa, I goreng hirisan tempe with garlic, pastu tabur atas ikan bila dah siap stim. Tabur lagiii.

Resepi #3 - Ikan masak lemak

* Tumis bawang merah 2 biji, bawang putih seulas & ikan bilis 1 sudu besar
* Bila dah wangi masukkan air
* Untuk warna kuning, masukkan keledek oren yg dah stim/rebus or labu
* Bila dah lembik keledek/labu tu, masukkan santan segar
* Masak sekejap, nanti kuah tukar jadi kuning labu/oren keledek
* Masuk ikan. Sedap pakai ikan sardin or kembung
* Siap yo!]

Resepi #4 - Ikan goreng / grill

* Kalau ikan goreng, I marinade with serbuk kunyit & serbuk kari
* Kalau grill (mostly salmon), I marinade with garlic & black pepper
* Cara goreng & grill tak payah cite la ye dop :p

Resepi #5 - Mashed potato ala riyadh

* Stim 5 biji kentang size sederhana dengan 3 ulas bawang putih
* Bila dah lembut, lenyekkan kentang & garlic together with satu sudu besar unsalted butter & 3 sudu besar fresh milk
* Tabur lada hitam
* Perghh!

Resepi #6 - Scrambled egg

* Haha melampau.
* I tambah grated cheese & fresh milk dlm telur yang dah dipukul. Gebuss!

Resepi #7 - Pasta in Pumpkin gravy

* Rebus any kind of pasta
* For gravy, tumis garlic 3 ulas in heated unsalted butter
* Masuk tepung jagung 1 sudu besar
* Air sikit
* Bila dah likat, masukkan fresh milk
* Masukkan labu yang dah di steam/rebus
* Lenyekkan labu
* Sprinkle lada hitam
* If nak add in protein, boleh masukkan shredded isi salmon or udang
* Masak sampai protein masak, kejap je pun
* Masukkan pasta yg dah direbus tadi
* Tabur grated cheese
* Done! Voilaaa

Resepi #8 - Nasi goreng yong chow

* Tumis bawang putih 4-5 ulas
* Masukkan tempe & french beans (kacang buncis) or mix vege or ape-ape je lah sayur
* Masukkan nasi sejuk semangkuk
* Pecahkan telur
* Ha goreng macam buat nasi goreng.
* Siap!

Itu je la kot kan seperti entry sebelum ni. Every meal riyadh akan ada fruits. I'll make sure he eats well balanced meal everyday, that is the least I boleh buat untuk dia when I am away at work kan?

Selamat mencuba, kalau tak sedap silalah jangan marah hehehe. Peace. :))